Sunday, October 30, 2011

Sebenarnya, Merogol Bukanlah Suatu Kesalahan.

Ambik kau. Kalau kau memaki aku dengan membaca tajuk, sesungguhnya kau tergolong dalam orang orang yang judge a book by its cover, judge an entry by its title.

Pertama, it's a true f**k when setiap kali aku ada perkara penting yang perlu dilakukan, setiap kali itulah idea menulis mencurah curah jatuh ke riba. Tapi, based on experience, procrastination makes a blog a sawang.

Ok. Ceritanya begini. Sebentar tadi, aku seperti diserang seorang gay dengan statement yang berbunyi,

"Pergilah mati kami nak jadi gay ke apa. Itu HAK ASASI kami. Bukan kami menyusahkan kau pun. Bukan aku makan duit mak bapak kau pun!"

Ya. Demikianlah kenyataannya.

So, dah nampak? Ianya tidak salah menjadi gay, kerana, pertama, hak asasi dia. Kedua, dia tak makan duit mak bapak aku.

Mari kita ambil situasi dan simpulkan.

Eh, ada seorang wanita menawan. Maka, aku pun datang mampir kepadanya, lalu merogolnya.

Aik? Kenapa salahkan aku? Ianya HAK ASASI aku untuk merasa perempuan tadi. Lagipula, aku bukan makan duit mak bapak kau pun. Aku cuma merogol dia. Duit mak bapak dia pun aku tak makan. So, mana ada aku bersalah?

Ok, janganlah label aku sebagai perogol. Aku cuma merekayasa satu situasi di sini. Jadi, dah nampak? Bagaimana interpretasi sebuah kesalahan telah cuba dilakukan di sini?

What we called it..hm. Oh yes. Dangkal. Pemikiran dangkal. Bilamana kita cuba menegakkan benang yang basah, menghalalkan kesalahan kita dengan sebuah pemikiran yang bangang.

Ok, penceramah dah start call call aku. Ya ya. Saya datang Maaf lambat. Saya baru siap memerhati seorang gadis ni. Ops.

Ok chow.

Wednesday, October 26, 2011

Pre-Mason

Sebenarnya, aku dah pernah tulis tribute sebelum ni untuk diploma. Tapi, sahajalah nak tulis sekali lagi.

Pertamanya, terima kasih Tuhan kerana meletak tinta dalam Mahfuz akan kehidupan aku sebegini rupa.

Keduanya, terima kasih ibu dan bapa aku kerana meluangkan sen dan ringgit untuk menyara sebuah kutu seperti aku. Entah bila last aku talipon mak bapak aku betul betul ikhlas tanpa ditemani niat meminta sen.

Kemudian, ok, kenalah juga dedikasi kepada keluarga. Karang tak kasi karang, sentap. Alah. Lagipun bukan ada siapa siapa tahu pasal tulisan aku ni. Ah, persetan.

Ok, now the real deal. First of all, of course, terima kasih kepada lecturers yang entah berapa kali jemu mengajar aku. Terima kasihlah kerana tabah.

Then, tentunya terima kasih kepada coursemates. Sebenarnya, tanpa kau orang, entah sampai sekarang aku tak tahu jadual kelas. Jujur, sampai sekarang aku tak reti lagi nak cari jadual kelas. Kalau tak korang yang menyalin, mungkin dah jadi pekerja Tesco aku sekarang.

And kawan kawan. Babi. Tulis kawan kawan ni rasa macam makwe makwe punya blog pun ada. Ok, mampus. Kepada budak budak semua, kos kos lain, budak budak blok. Budak budak Taman Dimensi. Ok, tak termasuk budak yang curi kasut aku dua pasang tu. Berat lagi hati aku nak maafkan kau. Engkau assume dendam aku ni sampai 2032 la.

Lagi, kepada makcik makcik yang tak putus putus mengerah keringat memasak dan menyediakan makanan yang terer terer. Makcik Kelemak, Mak Jan, bomba, dan sudah tentu, Asam Pedas yang terhebat dalam Planet Bumi ini, Asam Pedas JKR Jejantas Kuning! Makcik. Walau sampai ke Brunei makcik, tak pernah saya jumpa Asam Pedas sesayu makcik punya. Terer terer.

Ok, siapa lagi belum dapat?

Ok, sahaja aku membuat buat terlupa. Dan sudah sudah tentu terima kasih juga kepada jeng jeng jeng! Intan Shakira! Sebab....sebab....sebab....er... :p

Terima kasih sebab membuat saya rasa saya ini sehensem Shaheizy Sam.

Ok. Sekian ucapan saya tuan pengerusi majlis. Mungkin tuan boleh sambung semula majlis ini dengan upacara potong kek.

Thursday, October 20, 2011

Secara Jujur, Oleh Winston Churchill

Melihat akan pola arus politik negara, membuatkan aku semakin bimbang dari hari ke hari.

"Gory, pergi mampus lah. Biarlah diorang nak bersorak. Nak buat apa. Kau pening pening kepala buat apa."

Ya, perkara paling senang sebenarnya, adalah aku tumpu sahaja dengan hidup aku. Nak jadi apa dengan politik negara, lantaklah.

Tidak.

Lantak inilah meletakkan diri kita dilanyak satu per satu. Kerana sikap ah tak apa ini yang membuatkan pihak lawan tersenyum bersorak kemenangan percuma.

"Sultan pun manusia bai. Kita kena patuh Allah, bukan Sultan."

Ya. Tepat. 100%. Tiada salah sepatah pun. Malah, Duli Yang Maha Mulia Sultan pun pada aku salah, kerana Maha ini hanya untuk Yang Tertinggi. Yang Terpaling sekali. Dan semestinya bukan manusia. Betul?

Jadi, buat apa kita taat dengan Sultan? Takut murka? Ah, persetan.

Inilah Melayu, apabila diletakkan slogan kemajuan, maka terlupa nenek moyang. Tulah dan daulat itu, mungkin terlalu tinggi nilainya dalam masyarakat Melayu dahulu, tetapi masyarakat kita hari ini meletakkan iPhone dan Rolex sebagai nilai. Nilai yang diterjemah dengan mata, bukan hati.

Persoalan ramai bermain sekarang ialah, apa gunanya dan relevannya Sultan pada hari ini, bukan? Kenapa perlu Sultan jika kita betul betul berpegang teguh kepada agama, bukan?

Ya, tepat. Agama dan Allah ialah segalanya. Berpegang kepada ini, dan anda tiada akan sesat. Tetapi, adakah dengan berserah sahaja, kita boleh lepas tangan dan mengharapkan kesudahan yang baik? Bukankah kita diseru untuk berusaha, sebelum meletakkan tawakkal kepada Allah?

Jadi, apa point aku sebenarnya? Ya, Sultan. Apa perlunya Sultan ini?

Engkau melalak akan demokrasi. Apa itu demokrasi? Suara majoriti. Bermaksud, jika majoriti katakan sedemikian, maka sedemikianlah. Mari kita ambil contoh. Negara ini totally demokrasi. Jadi, kita ambil suara rakyat. Dan suara majoriti mengatakan, mahu meletakkan Islam sebagai bukan agama rasmi. Bolehkah kita umat Islam membantah? Sudah tentu tidak. Kerana majoriti sudah mahukan yang sedemikian. Dan perlu diingat, umat Islam bukan lagi suara majoriti di Malaysia. Kenapa berlaku dengan hebat sekali upacara memurtadkan anak Melayu? Saja sajakah? Suka suka? Tak nampakkah anda tujuan sebenarnya?

Ya, untuk mengurangkan suara umat Islam di negara ini! Bila semakin berkurangan suara Islam, maka macam mana kita mahu bersuara untuk mempertahankan agama kita?

PAS? Pasti? Lihat senario berlaku baru ini, dan berlaku jujur. Apabila Nik Aziz dengan beria mengatakan niat untuk melaksana hudud, aku sokong. Kerana masalah sosial, pembuangan bayi, HIV AIDS, di Malaysia ini, terutama di Kelantan, semakin membimbangkan. Oh, Kelantan, jangan melenting. Semak balik Sidang Dewan hari ini. Dibahaskan usul agar lelaki lelaki menjauhi pelacur kerana penularan wabak AIDS. Tidak, ini bukan masalah negeri, ini masalah negara. Di tahap yang paling membimbangkan. Dan sudah tentu, rotan 100 kali mungkin sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada umat Islam sekalian. Dan memang ini yang telah Tuhan letak. Ini datang dengan hikmahnya. Dan perlaksanaannya bukan untuk ditunggu tunggu. Wajib!

Cumanya, baru sahaja PAS membahas isu ini, tiba tiba Pakatan Rakyat sudah keluar warning, semua ahli diminta berdiam diri (inilah kebebasan bersuara yang dijuangkan Pakatan Rakyat). Dan sebulat suara mengatakan, kerana tiada termaktub dalam Buku Jingga, maka hudud tidak akan dilaksana. Jadi, melentinglah PAS menyalahkan UMNO. Apa ni? Ini nak jadi benteng terakhir Islam? Bila tak kena, salahkan UMNO? Nonsense!

Jadi, siapa sebenarnya benteng terakhir? Sepatutnya yang menjadi benteng sebenar ialah umat Islam itu sendiri, tetapi apabila berpecah kita kepada 3: UMNO, PAS, PKR, ke mana matlamat dan tujuan kita?

Sebab itu aku rasa, antara benteng terakhir, adalah orang silat, dan orang orang yang mempunyai ilmu berjuang yang dalam, yang mewarisi apa Dato Bahaman, Mat Kilau, Hang Tuah telah turun temurunkan. Tetapi, masih banyakkah lagi semangat ini?

Ya, oleh sebab itu, walaupun tidak nampak jelas, tetapi sebenarnya, Sultanlah benteng terakhir agama kita. Kerana, ini sahajalah kuasa kita orang Melayu, khususnya Islam di Malaysia ini.

Ok, panjang entri aku. Oh, aku bersikap racist? Jangan begitu.

Kembali kepada sejarah. Winston Churchill. Perdana Menteri Britain yang menyerang Tanah Melayu, or Malay Peninsula as they called. MALAY PENINSULA. Terjemahkan. Tanah Melayu. TANAH MELAYU.

Dan British juga menjajah, dengan cara menjadi PENASIHAT RAJA RAJA MELAYU. Maknanya, British sendiri mengiktiraf, pemerintah tanah ini ialah Raja Raja Melayu.

Wahai Melayu, tolonglah bangun. Bukan untuk engkau, tetapi untuk akidah anak engkau.

Salam,
Winston Churchill The Third.

Tuesday, October 18, 2011

Aziz Bari, Aziz Bari.

Sejujurnya, UIA merupakan antara sebuah institusi tertinggi yang aku lihat di negara ini. Masuk sahaja UIA, no free hair, no short pants. Jadi, terterap sedikit sebanyak budaya yang Islamik untuk ditanam dalam jiwa anak anak, tak kira anak Melayu, anak Gadafi, anak Bosnia, anak Cikgu Amran.

UIA merupakan cetusan idea Dr Mahathir semasa beliau di dalam OIC, yang mahukan sebuah universiti Islam untuk negara negara dalam pasukan OIC ini.

Akan tetapi hari ini, seorang yang ahli katanya, dengan melantang berkata, "Siapa Dr M ini?" hanya kerana dia merupakn ahli yang akademik dari institusi ini.

Ok, jangan suruh aku ulas pasal perundangan dan had kuasa Sultan Selangor dan JAIS bagai. Aku tidak ahli. Aziz Bari ahli. Mungkin kalau mahu bertanya, boleh tanya Karpal Singh. Ah, terlupa. Dia juga ahli dalam undang undang. Tapi dia juga ahli dalam politik. Jadi, mungkin keahliannya akan terbidas ke sana sini.

Cuma, apa yang aku boleh katakan kepada kau wahai Aziz Bari yang hebat. Engkau itu ahli akademik di UIA. UIA itu, kalau tanpa Dr M, tiada UIA. Dan kalau tanpa UIA, tiada siapa siapa engkau tu Aziz Bari.

Datuk nenek aku pernah berpesan. Setinggi mana pun engkau belajar Rosyam, engkau tetap kena hormati orang tua. Sebab, ilmu yang engkau dah belajar itu, sekelumit sahaja nak dibanding dengan ilmu ilmu orang tua ini.

Rosyam Nor. 8:55 AM.

Saturday, October 15, 2011

"If You Do Not Enjoy In What You Are Doing..."

...then you are tend to be disappointed. Ready jeng jeng jeng lah.

Dulu, aku tak paham langsung catchphrase ni. Maksud aku, kalau dah diberi kerja, memang kita tak akan enjoy, dan memang kita akan mencarut memaki dan bercakap pakai kaki.

Tapi, lepas balik event semalam, baru aku paham.

Nantilah cerita pasal event ni. Pening kepala ni dah rasa macam kena kaki je dekat dahi ni.

Cuma, apa yang penting, bila kau salah cakap semasa kau menjadi Master of Ceremony, jangan berasa ganjal, eh, ginjal, eh, janggal. Biarkan audience dan tetamu kehormat ketawa keh keh keh. Sebenarnya, kita bukan melakukan kesalahan. Kita cuma meletakkan hiburan. Hahaha.

Monday, October 10, 2011

Isteriku Di Dapur, Dengan Apron, Topi Chef dan Sarung Tangan Pembakar, Tercegat Di Depan Oven

Kalau kali pertama kau makan Cheese baked meatball, atau blueberry cheese tart, dan mata kau menjadi bulat kerana ianya terlalu sedap, itu adalah orgasm. Dan kali pertama itulah yang paling kau ingati sampai bila bila.

Kalau esoknya atau lusanya kau pergi semula makan Cheese baked meatball atau blueberry cheese tart tadi, mata kau mungkin masih bulat juga dan orgasm tetap berlaku, cuma kenikmatannya tidaklah seperti kali pertama tadi.

Apa apa yang kau buat kali pertamanya nikmat gila, kau tidak boleh expect kali keduanya menjadi senikmat tadi, kerana hati, akal dan lidah kau sudah dapat mengagak respons tadi. Tapi, nikmat tetap nikmat.

Benda yang sebenar aku nak cakap ialah, aku rindu untuk makan enak enak dengan kau macam dulu dulu. Sekarang, makan sendiri, bujang bujang, masak pulak. Kalau dah nama bujang, kau masak ayam masak merah warna hitam pun kau akan menangis nikmat. Tak salah kalau aku kabar rasa nak kahwin tu ada. Kahkahkah. Ok, harapnya isteri aku pandai jugak masak benda benda mat saleh tadi tu.

Tapi tak apa, makan enak enak selalu sangat pun tak boleh jugak. Diabetes tu satu ceritalah, tapi poket ni pun berbunyi jugak nanti. Melaka Hotel, minggu ni part-time, boleh?

Saturday, October 8, 2011

Bajet 2000 12

"Kerajaan kejam! Makan duit rakyat!" - Kalau tidak dapat apa apa.

"Ah, 200 setahun, mana cukup beli buku banyak ni!" - Baucer RM200 buku tahunan.

"Boleh lingkup negara kalau ada bajet macam ni!" - Kononnya it is overbudget.

"Macam mana nak fund semua ni? Alik alik kita pembayar cukai yang kena fund!" - Luahan dari pembayar cukai yang cukainya entah bayar entah tidak. Entah ke lari atau banyak pengecualian dah pun.

"Apasal penjawat awam je naik gaji? Kami swasta nak gaji jugak! Jom tukar kerajaan!" - Pekerja swasta.

"Ah, bajet untuk pilihanraya!" - Penyokong bukan kerajaan.

"Engkau tak rasa susah hidup apa yang aku rasa masalahnya, senanglah kau cakap!" - Kenalan berkata kepadaku dengan rokok di celah jari dan mulut berasap.


Konklusi yang aku dapat:

- Kalau kita tak dapat, kita akan merungut tak dapat.
- Kalau kita dapat, kita akan merungut tak cukup.
- Kalau kerajaan makan duit rakyat, pembayar cukai merungut kerajaan babi.
- Bila kerajaan pakai duit rakyat tadi untuk kasi semula ke rakyat, kerajaan tetap babi juga.
- Bila suruh kerja kerajaan, ah, tak cool. Macam kuli. Gaji ciput.
- Bila pekerja kerajaan naik gaji, kerajaan babi.
- Bila bajet Anwar manis macam gula gula, Anwar diangkat sebagai mahkota.
- Bila bajet Najib semanis gula gula juga, Najib ini tak ikhlas, untuk pilihanraya.
- Bila cakap bajet macam babi, mulut tanpa rasa ragu ragu menghebus asap rokok.

Manusia tidak akan pernah puas dengan apa apa sahaja dalam hidup ini. Asasnya, belajar bersyukur dan menghargai. Jika tidak puas, berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati.

Tuhan tidak letak semua manusia di tempat yang sama. Ada yang lahir hidup senang, ada yang hidup susah. Ada yang lahirnya makan kambing golek. Ada yang lahirnya mencari sesuap nasi. Dugaan itu berbeza beza untuk setiap manusia. Dan setiap dugaan juga datang dengan keimanan yang berbeza beza.

Mungkin kau lahir hidup miskin, dugaan Allah kepada kau hanyalah untuk mencari sesuap nasi. Engkau pula yang lahir kaya, dugaan Allah datang dalam bentuk rasuah, arak, perempuan dan takbur.

Tahap kesyukuran, keredhaan, itu yang ada di sisi Allah.

Tuesday, October 4, 2011

Kau Tahu Maksud Bakat Dan Rupa Paras?

Kalau kau berbakat sangat besar, atau rupa paras kau sangat kacak dan tampan dan menawan dan cantik, maka blog kau akan menjadi hit.

Kau ingat, dalam pembentukkan blog ni, tak memerlukan kriteria kriteria AF ni? Ah, sudah. Blog ini sebenarnya tempat mencarut sahaja. Cumanya, tak adalah aku nak tulis terlalu tak senonoh. Kot kot nanti aku jadi Perdana Menteri ke, jadi Rosyam Nor ke, ada pulak haters yang bangkit isu ini karang. Ah.