Friday, February 27, 2009

Optimis Kate Orang

Sejak melihat perubahan Lemang yang telah susut berat badannya dalam 50kg(aku agak) dalam masa sebulan, aku telah rase tercabar. Tak kan aku kalah ngan lemang kot. Lalu, sejak tadi, aku telah mule mengambil langkah berterusan untuk menyahut cabaran dari Lemang.

***********************************************************
******
Fakh merupakan bekas pemain ragbi Alor Star Blues, dan bermain posisi wing (Ala ala Cristiano Ronaldo la katenye). Tinggi 168cm, dan berat agak agak dalam 66kg, badannya sekali pandang nampak tulang terus. Muke ala ala askar, dan mengambil jurusan Komunikasi Media. Memang tak kene lah kos MassComm ni ngan muke dye. Tapi, bagi aku, kalo dye grade nanti, ok la gak. Ley berlakon Gerak Khas.


Kaitannya?


Selesai joging lepas 5 minit, dan sit-up 2 kali, aku bertanye kepade Fakh.


Aku : Fakh, ape beze badan kite ha?

Fakh : (Buat buat tido.)

Optimistik?

Gerai : Jage ko Lemang!


Thursday, February 26, 2009

Lu Ingat Ni Maen Cuit duduk?

Ko ingat aku suke nak maen cuit duduk, penat je nak kejar kejar ni. Dan aku cuit orang apabila orang cuit aku, dan dalam kes ini, Syed dah cuit aku. Barua

A)People who have been tagged must write their answers in their blog.


B) Tag 8 people to do this quiz.

C) Continue this game by tagging 8 other people

my tagged 8::

syed

mael

zainab

fatimah

zaiton

borhan

roslan

karim

1.What have you been doing recently?
Belajar,belajar dan belajar.

Do you ever turn your cell phone off?
yup3.

What happened at 10am today?
aku terhegeh hegeh bangun tido berdebar pasal miss kelas kul 8.

When did you last cry?
Time tengok cite titanic 1994 dulu.

Believe in fate/destiny?
sangat2.

What do you want in your life now?
Winona Ryder!

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
umbrella???? gile x macho(pinjam syed nye ayat)

8.What's your favourite thing to do on the bed?
Er,secret.Haha.

9.What bottoms are you wearing now?
boxer dikire bottom x?.

10.What's the nicest things in your inbox?
Her name is there.

11.Do you tend to make the relationship complicated?????
Tak penah ade sebarang hubungan, terutama sejenis.

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
Ye kot.

What was the last movie you caught?
Titanic

14.What are you proud of?
Nasi lemak dan teh tarik kerana mereka kebanggan rakyat Malaysia.

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
I've deleted all my messages la.

16.What was the last song you sang out loud?
Lagu Jonas Brothers

17.Do you have any nicknames?
Tiade, dan tidak pernah. Gory? Tu name dalam I.C.

18.What does the newest text say and from who?
Lecturer cari ko pasal x g kls from my classmate

19.What time did you go to bed last night?
Mak kate 10.30 da kene tido

20.Are you currently happy?
Entah

21.Who gives you the best advise?
Fadzilah Kamsah dan Fazley Yaakob

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
Nope,tp time keje Secret recipe dulu penah la

23.Who did you talk on the phone last night?
Tade. Tade orang sudi cakap tepon dengan aku, kecuali Winona Ryder.

24.Is something bugging you now?
The clocks counting for Jasin Mraz's concert!

25.Who was the last person to make you laugh?
Afdlin Shauki dan Harith Iskandar

Saturday, February 21, 2009

Perihal Terhangat

Gerai : Sume orang juga cakap sama ini topik

Bola,bola,bola. Malaysia,Malaysia,Malaysia. Bola dan Malaysia memang seperti irama rock kapak dan lagu indie, tidak boleh dipisahkan, tetapi tak masuk langsung. Bola memang menjadi mainan di bibir bibir kebanyakan orang akhir akhir ini. Di warung mahupun di kementerian. Kalau la ade kementerian sihir macam dalam cite J.K Rowling tu, pasti bola tak akan lekang di bibir para sihir.

Kalau bukak sini, banyak sangat perihal bola yang diperkatakan, lebih lebih lagi dengan kisah Jepun yang datang ke Malaysia suatu masa dahulu untuk belajar bagaimana untuk membuat liga bolasepak. Aku malas cerita pasal ape yang Lucius Maximus da cite. Aku pun malas nak tulis pasal ape yang Pipiyapong da tulis.
Aku terbace suatu artikel baru baru ini yang dipetik daripada kata kata seorang pegawai FAM berkenaan dengan komen peminat bolasepak tanahair yang menuntut kemajuan dalam pembangunan bolasepak. Beliau berkata, peminat tidak sepatutnya membandingkan taraf bolasepak Malaysia dengan liga liga luar. Seperti contoh England kerana bolasepak di sana telah wujud sejak tahun 1858 lagi. Baiklah wahai pegawai FAM, tidak perlulah kita membandingkan dengan BPL atau La Liga. Kita ambil J-League, yang kini merupakan liga nombor 1 di Asia. Mereka datang ke Malaysia mempelajari cara cara membentuk sebuah liga, dan kini mereka berjaya menganjurkan FIFA World Club setiap tahun. Malaysia,guru mereka? Liga D di Asia, dan pencapaian antarabangsa tidak perlulah di sebut. Bila kali terakhir Malaysia memenangi piala emas di Sukan SEA?

Lagi ada cakap peminat tempatan tak sokong pasukan negara. Huhu, ada tak tuan lihat keadaan pasukan England yang di-boo oleh peminat mereka,seperti contoh Frank Lampard dan Ashley Cole? Mereka hanya mahukan yang terbaik daripada pasukan kebangsaan. Begitu juga peminat tempatan. Kami tidak mem-boo pasukan Malaysia kerana kami masih sayang akan maruah pasukan bolasepak negara. Kami hanya mengkritik kerana mahukan peningkatan. Tetapi, setiap kritikan diibaratkan sebagai kutukan, sedangkan kritikan adalah kerana rasa sayang akan skuad kebangsaan.


Apabila FAM memecat B.Sathianathan, beliau menjawab dengan berkata,"Lihat kepada kelab besar seperti Chelsea, mereka memecat Phil Besar kerana jurulatih lah yang pertama sekali harus dipecat sekiranya kelab tidak menyerlah." Baiklah sekali lagi wahai pegawai, Chelsea memenangi EPL 2 kali, FA Cup sekali, Carling Cup 2 kali, dan final Champions League. Malaysia? Selepas berpuluh puluh pengurus, apekah hasilnya? Juara Pestabola Merdeka? Claude Le Roy pun kene pecat sebab tak bagus? Beliau berjaya membawa Cameroon ke Piala Dunia sejurus selepas dipecat oleh FAM. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan? Tuding jari ke arah orang lain, sedangkan empat jari lain tertuding ke arah sendiri. Jadi, kalo betul lah tuan tuan dan tuanku yang saya hormati sekalian memang betul betul mahu berbakti demi bangsa,khususnya demi masa depan bolasepak negara, adalah lebih elok jika tuan tuan berundur dan memberi ruang kepada mereka yang lebih profesional untuk menjalankan tanggungjawab ini.


Warung : Aku tak berani nak kritik orang berkuasa, tapi kesalahan perlu ditegur

Tensiak!

Warung : Tertekan




Aku ingat, Barrack Obama je yang lebih tertekan daripada aku buat masa sekarang.



Gerai : Gile aku cakap ko....

Friday, February 13, 2009

Yesterday, I'm Yours












Angpa suma kenai tak sapa ni? Sama tak muka depa?

Kome udoh kabo ke mike awai awai ye dok? Si Jesen Meraz dengan Ser Pol Mekkartney ni same muke nye

Ate sore deme pun sedap bebenornye ye dok. Itulah bile kome kabo mike gelak ke kome.

Warung : Nok bebenor pegi ke konsert si Jesen ni, tapi ade test le pulak.

Monday, February 9, 2009

Basah

Di saat aku memerlukan matahari.....
Matahari tiada menghulur pertolongan.

Di saat aku memerlukan angin.....

Angin tiada di situ.

Bagaimanakah kehidupan perlu diteruskan

Apabila angin dan matahari tiada

untuk aku.....

keringkan kasut aku.

Warung : Tak pergi kelas

Sunday, February 8, 2009

Bidadari Khayalan

Warung: Hakikatnya
Hakikatnya, 24 jam sehari terlalu lama bagi aku dahulu. Bangun tatkala embun sudah hilang, dan bos sudah masuk ke pejabat. Dan hari hari begitu akan dilalui dengan panjang. Aku terdetik, mengapa 24 jam dalam sehari? Itu terlalu lama. Kelas. Game. Makan. Tidur. Hanya itu lah mampu aku lakukan, dan kebosanan memang sinonim. Bosan itu kehidupan. Tiada masa depan. Hanyalah rutin harian yang sama dilalui hari hari yang mendatang. Seperti beruang kutub yang hanya berhibernasi selama 8 bulan.

Namun, kehadirannya telah membuatkan aku menyedari apa erti kehidupan. Setiap detik dan setiap nafas yang dilalui terlalu mahal untuk dilepaskan. Seukir senyuman di bibirnya, membuatkan aku terlihat syurga. Dan sesaat pandangan mata, berharga sebuah alam. Sesaat seperti sepurnama lamanya. Dan sepurnama seperti selama lamanya. Tapi, selama lamanyakah keadaan ini berkekalan? Masa masa yang bersepihan adalah untuk aku memikirkan betapa ini hanyalah sementara. Ya, terlalu sementara. Kerana?
Kerana hanya aku yang merasakan kebahagiaan maksima itu. Terlalu bahagia, hingga di saat aku menerokai realiti, aku sedar, aku dalam fantasi. Terlalu fantasi. Hidup untuk mengharapkan mati. Dan mati yang tidak meninggalkan senyuman terakhir. Apakah ini takdirnya? Aku masih belum bertemu dengan suratan takdir, kerana surat itu memang tidak akan pernah kita temui. Namun, tercatitkah kesengsaraan hidup? Tiadakah walau setitis kebahagiaan di mata pena catatan kehidupan ini?

Berputus asa? Frasa semudah itu sudah menjadi terlalu beban untuk hidup ini dengari. Kerana apa? Kerana berputus asa menyebabkan hidup lebih memikirkan tentangnya. Dia. Ya, dialah segalanya. Dan segala galanya tentang dia. Dari saat pertama Tuhan mempertemukan dua hamba ini, lelaki ini telah menjumpai kehidupan. Dan angannya agar perempuan itu merasakan yang sama. Samakah? Senyumannya, layanannya, tuturnya, memberi harapan. Harapan kepada angannya. Hanyalah angin angannya itu, kerana harapan hanyalah palsu. Semata mata. Maka, pertemuan itu bertakdirkan penyeksaan?

Gerai : Penantian sebuah penyeksaan.