Bidadari Khayalan
Warung: Hakikatnya
Hakikatnya, 24 jam sehari terlalu lama bagi aku dahulu. Bangun tatkala embun sudah hilang, dan bos sudah masuk ke pejabat. Dan hari hari begitu akan dilalui dengan panjang. Aku terdetik, mengapa 24 jam dalam sehari? Itu terlalu lama. Kelas. Game. Makan. Tidur. Hanya itu lah mampu aku lakukan, dan kebosanan memang sinonim. Bosan itu kehidupan. Tiada masa depan. Hanyalah rutin harian yang sama dilalui hari hari yang mendatang. Seperti beruang kutub yang hanya berhibernasi selama 8 bulan.
Namun, kehadirannya telah membuatkan aku menyedari apa erti kehidupan. Setiap detik dan setiap nafas yang dilalui terlalu mahal untuk dilepaskan. Seukir senyuman di bibirnya, membuatkan aku terlihat syurga. Dan sesaat pandangan mata, berharga sebuah alam. Sesaat seperti sepurnama lamanya. Dan sepurnama seperti selama lamanya. Tapi, selama lamanyakah keadaan ini berkekalan? Masa masa yang bersepihan adalah untuk aku memikirkan betapa ini hanyalah sementara. Ya, terlalu sementara. Kerana? Kerana hanya aku yang merasakan kebahagiaan maksima itu. Terlalu bahagia, hingga di saat aku menerokai realiti, aku sedar, aku dalam fantasi. Terlalu fantasi. Hidup untuk mengharapkan mati. Dan mati yang tidak meninggalkan senyuman terakhir. Apakah ini takdirnya? Aku masih belum bertemu dengan suratan takdir, kerana surat itu memang tidak akan pernah kita temui. Namun, tercatitkah kesengsaraan hidup? Tiadakah walau setitis kebahagiaan di mata pena catatan kehidupan ini?
Berputus asa? Frasa semudah itu sudah menjadi terlalu beban untuk hidup ini dengari. Kerana apa? Kerana berputus asa menyebabkan hidup lebih memikirkan tentangnya. Dia. Ya, dialah segalanya. Dan segala galanya tentang dia. Dari saat pertama Tuhan mempertemukan dua hamba ini, lelaki ini telah menjumpai kehidupan. Dan angannya agar perempuan itu merasakan yang sama. Samakah? Senyumannya, layanannya, tuturnya, memberi harapan. Harapan kepada angannya. Hanyalah angin angannya itu, kerana harapan hanyalah palsu. Semata mata. Maka, pertemuan itu bertakdirkan penyeksaan?
Gerai : Penantian sebuah penyeksaan.
aku rase kat semua pompuan ko berprasaan mcm ni kn??
ReplyDeleteceh,,mgade..
haha
x
ReplyDeleteini mmg sorg je budak ni
hahah
Ok. Aku amik kartun.
ReplyDeletehaha
ah,suka suki jep
ReplyDeletehahaha
xley2