Saturday, February 21, 2009

Perihal Terhangat

Gerai : Sume orang juga cakap sama ini topik

Bola,bola,bola. Malaysia,Malaysia,Malaysia. Bola dan Malaysia memang seperti irama rock kapak dan lagu indie, tidak boleh dipisahkan, tetapi tak masuk langsung. Bola memang menjadi mainan di bibir bibir kebanyakan orang akhir akhir ini. Di warung mahupun di kementerian. Kalau la ade kementerian sihir macam dalam cite J.K Rowling tu, pasti bola tak akan lekang di bibir para sihir.

Kalau bukak sini, banyak sangat perihal bola yang diperkatakan, lebih lebih lagi dengan kisah Jepun yang datang ke Malaysia suatu masa dahulu untuk belajar bagaimana untuk membuat liga bolasepak. Aku malas cerita pasal ape yang Lucius Maximus da cite. Aku pun malas nak tulis pasal ape yang Pipiyapong da tulis.
Aku terbace suatu artikel baru baru ini yang dipetik daripada kata kata seorang pegawai FAM berkenaan dengan komen peminat bolasepak tanahair yang menuntut kemajuan dalam pembangunan bolasepak. Beliau berkata, peminat tidak sepatutnya membandingkan taraf bolasepak Malaysia dengan liga liga luar. Seperti contoh England kerana bolasepak di sana telah wujud sejak tahun 1858 lagi. Baiklah wahai pegawai FAM, tidak perlulah kita membandingkan dengan BPL atau La Liga. Kita ambil J-League, yang kini merupakan liga nombor 1 di Asia. Mereka datang ke Malaysia mempelajari cara cara membentuk sebuah liga, dan kini mereka berjaya menganjurkan FIFA World Club setiap tahun. Malaysia,guru mereka? Liga D di Asia, dan pencapaian antarabangsa tidak perlulah di sebut. Bila kali terakhir Malaysia memenangi piala emas di Sukan SEA?

Lagi ada cakap peminat tempatan tak sokong pasukan negara. Huhu, ada tak tuan lihat keadaan pasukan England yang di-boo oleh peminat mereka,seperti contoh Frank Lampard dan Ashley Cole? Mereka hanya mahukan yang terbaik daripada pasukan kebangsaan. Begitu juga peminat tempatan. Kami tidak mem-boo pasukan Malaysia kerana kami masih sayang akan maruah pasukan bolasepak negara. Kami hanya mengkritik kerana mahukan peningkatan. Tetapi, setiap kritikan diibaratkan sebagai kutukan, sedangkan kritikan adalah kerana rasa sayang akan skuad kebangsaan.


Apabila FAM memecat B.Sathianathan, beliau menjawab dengan berkata,"Lihat kepada kelab besar seperti Chelsea, mereka memecat Phil Besar kerana jurulatih lah yang pertama sekali harus dipecat sekiranya kelab tidak menyerlah." Baiklah sekali lagi wahai pegawai, Chelsea memenangi EPL 2 kali, FA Cup sekali, Carling Cup 2 kali, dan final Champions League. Malaysia? Selepas berpuluh puluh pengurus, apekah hasilnya? Juara Pestabola Merdeka? Claude Le Roy pun kene pecat sebab tak bagus? Beliau berjaya membawa Cameroon ke Piala Dunia sejurus selepas dipecat oleh FAM. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan? Tuding jari ke arah orang lain, sedangkan empat jari lain tertuding ke arah sendiri. Jadi, kalo betul lah tuan tuan dan tuanku yang saya hormati sekalian memang betul betul mahu berbakti demi bangsa,khususnya demi masa depan bolasepak negara, adalah lebih elok jika tuan tuan berundur dan memberi ruang kepada mereka yang lebih profesional untuk menjalankan tanggungjawab ini.


Warung : Aku tak berani nak kritik orang berkuasa, tapi kesalahan perlu ditegur

No comments:

Post a Comment