Sunday, January 31, 2010

Hanya Maaf Yang Ku Pinta, Walau Diriku Ini Sememangya Hina

"Awak...sorry la pasal tu...," aku cuba memujuk sayu si dia.

"..." Diam tak berbalas.

"Saya tau salah saya dah lama tak contact dengan awak, tapi saya sibuk sikit," aku semakin menyusun kata agar tak tersalah kata.

Ya, sejujurnya aku telah berlaku curang.




***




Sapa suruh Rahman duk bawak game banyak banyak ni! Age Of Empire la, Harvest Moon lah, lompat tikamlah. Dah aku lama tak update blog. Mule r dia merajuk. Cilake betul nak pujuk non-human thing ni.

Saturday, January 30, 2010

Mengapa? Kerana...

Law dan Economy Malaysia. Ya, itulah subjek aku yang sangat pembunuh untuk semester ini. Siang malam aku duk mengadap mende ni. So, tak pelik la kalau aku jarang update blog. Bukan, aku bukan mengadap Law mahupun Eco Mal. Aku mengadap PS1 kat bilik aku ni! Woi, bangang apa main PS 1 dah umur 20-an ni!

Saturday, January 23, 2010

No. 3, Jalan Kemuning, 25150 Togo 1, Kedah.

Jadi anak anak, selamat datang ke kelas Finance 101. Dalam kelas ini, abang Hamzah akan mengajar tentang asas asas dalam sistem kewangan kita. Sistem respirasi dan masturbasi abang Hamzah tak ajar ya, minta maaf.

Baiklah, sebelum itu, sebagai pembuka bicara kelas kita, abang Hamzah ingin membuka sesi soal. Sapa sapa ada nak tanya? Ya, kamu. Apa nama kamu? Karim, bagus. Ya, Karim, nak tanya apa? Hm…cara cara nak mengawal kewangan? Baiklah, bagus Karim. Baiklah, seperti yang kita semua sedia maklum, dunia kita sedang menghadapi? Bagus, pandai. Kemerosotan ekonomi. Jadi, nak tak nak, kita kena berubah dalam proses perbelanjaan kita sebab duit sekarang semakin turun nilainya dan harga pula makin mahal. Contoh ok? Kalau masa abang Hamzah kecil kecil dulu, keropok sekeping 10 sen. Sekarang, 10 sen pun dah tak ada nilai. Keropok pun dah naik harga jadi berposen posen sekeping. Cuma, setem 20sen je yang masih 20sen kalau tak silap abang Hamzah lah. Tak tahulah kalau diorang dah jual setem 20sen pada harga 50sen. Rasuah betul. Ok, ha, abang da mula melalut. Hal rasuah kita cerita dalam kelas akan datang.
Ok, masuk topik. Pertama, secara asasnya, duit kita guna untuk apa? Pandai. Untuk membeli. Dan, secara asasnya, apa perkara pertama yang kita PERLU beli? Salah ya, bukan rokok Fatimah. Saya bagitau ibu bapa awak nanti. Kita perlu beli makanan setiap hari. Dan, makanan juga makin lama makin mahal. Jadi, dalam mengawal poket kita, kita perlu minimakan makanan yang tak penting. Kalau anak anak baca internet sekarang, mereka selalu sarankan kurangkan makan di luar. Betul juga tu, tapi, kalo beli McD lepas tu makan kat rumah, itu namanya takeaway. Kurang pandai namanya. Jadi, sebagusnya, kalau ada 4 5 orang ahli rumah, memasak di rumah adalah lebih saving. Tapi, kalau sorang sorang dekat rumah macam abang Hamzah, dan jenis masak telur pun tak masak masak, makan di luar adalah tak salah. Cuma, makan tu janganlah ikut nafsu sahaja. Selalu abang jumpa orang cakap jangan berkira kalau pasal makan. Tapi, cuba diorang kira apa yang diorang makan. Kalau makan di fastfood fastfood memang memang dah buang duit dah namanya. Dah lah tiada nutrien, bawa penyakit lagi ada. Penyakit diabetes akibat unsaturated fat dalam patty burger, dan penyakit stress sebab bayar. Ini satu lagi kalau jenis makan dekat kedai main order ikut sedap bontot, er, maafkan abang, ikut sedap mulut sahaja. Sama juga ya? Jadi, kawal pemakanan. Makan biar berpada pada. Kita bukannya Bill Gates atau Robert Kiyosaki. Bukan Shamsul. Bill Gates bukannya bapa Synester Gates. Baiklah, makan berpada pada. Cukup sekadar dalam satu hidangan ada satu lauk utama dan sayur. Jangan sampai makan ada ikan lah, ayam lah. Sayur nya tak ada. Lagi satu, jangan makan ikan dan ayam dalam satu hidangan. Makanan laut dan darat jangan dicampur untuk otak yang lebih pandai. Dan, jangan lupa makan sayur. Di samping poket, perut juga kita boleh kawal kerana kebanyakan penyakit datangnya dari perut yang tak mampu menyerap nutrient nutrient tak patut yang memasuki oesofagus kita. Jangan tanya oesofagus tu apa. Dulu kelas biology buat apa? Dengar Cikgu Hasmawati pasang lagu?

Er, sebentar ya, abang nak pergi ke tandas. Bacalah dulu muka surat 376 itu dan pahamkan.

Sunday, January 17, 2010

Kegembiraan Kemuncak Dirampas Dengan Kejam Oleh Sang 'Prihatin'

Walaupun result UPSR sudah terlalu lama dah keluar, aku baru tau pasal kes ni tadi. Tu pun atas ketidak sengajaan menjengah blog seorang lagi bekas pelajar sekolah aku, Ubi Sang Kartunis.

Baiklah, fokus kepada topik. Anda anda baca berita ini, di mana adik Izzaty, sekolah rendah Ipoh mana entah, telah mendapat 5A dalam UPSR. Bukan itu sahaja, beliau juga telah diumumkan sebagai pelajar terbaik sekolah itu. Ya, air mata kegembiraan tidak dapat dibendung lagi tatkala melihat namanya dipaparkan di papan kenyataan sebagai pelajar terbaik sekolah. Sang ibu dan anak menangis, namun di sebalik itu, tangisan itu membawa erti lain. Mereka menangis kerana Izzaty hanya mengetahui akan keputusannya melalui papan kenyataan itu kerana beliau tidak dibenarkan mengambil slip peperiksaan kerana tidak bayar yuran sekolah sebanyak RM 57! Ya, RM 57, bukan RM 57 juta, atau hatta RM 570 sekalipun. Hanya RM 57 telah merentap kebahagiaan sebuah keluarga. Hakikatnya, kedaifan yang keterlaluan telah menyebabkan mereka berhutang. Dan pihak sekolah tidak membenarkan pengambilan slip selagi hutang tidak dilangsaikan.

Yang bertanggungjawab dalam bab bab pendidikan telah memberi komen bahawa isu itu bukan baru, dan mereka tidak dapat membantu kerana kononnya pelajar tidak berurusan secara langsung dengan pihak sekolah. Jadi, mereka tidak ada prosedur ke pe bende tah, lebih kurang gitu la bunyi nye.

Ok, cukup dengan info. Mari kita lihat komen aku sebagai orang awam.

WAT DE FAK!!!!!!!

Dah lah budak tu top student, lagi mau ego. Mana manifesto membawa kemajuan masyarakat kepala tanah lu! Pertama, dah budak tu top student sekolah, tak yah lah berkire sangat. Kalau anak VVIP lah yang dapat 5A tu, da semesti mestinya sekolah tu dah buat kenduri grand grand, siap dapat support pejabat pendidikan lagi. Ini sebab si budak ini anak bukan sapa sapa, beria heboh masuk paper. Halal sudah. Apalah ertinya sangat RM57 nak dibandingkan dengan effort dia yang memang sah sah tak pernah kenal erti tuisyen. Mak bapak budak tu sakit tak boleh keje, tapi dia boleh je perform. Aku pun malu. Yang anak korang korang yang kononnya menegakkan nasib rakyat, pergi lah tuisyen bagai, kalau top student pun tak heran sangat lah. Entah entah dah suap ke examiner dak? Aku sanggup la woi bayarkan yuran budak tu. Yelah, korang korang di atas mesti terpikir lagi hal nak support dia, pasal nanti lari lak bajet nak wat jamuan anak lu dapat 5A nantikan? Pakai duit rakyat. Taik.

Kedua, yang hal tak ikut prosedur pe bende sume tuh. Cakap senang. Cuba lu orang daif gaya itu, nak nye naik ke pejabat pengetua kabo tak boleh bayor ke RM57 tu? Ade keh ingat kene geloknye budok tu. Celake. Budak tu bukannya taknak ikut prosedur. Dia pun tak tau agaknya prosedur pe bende tah tu. Aku pun tak tau. Dah semesti mestinya dia ni jenis yang bukan jaja kisah kedaifan keluarga untuk mendapat simpati. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan keluarga ini. Mananya manis bibir katanya pendidikan percuma untuk rakyat? Kalau bukan untuk semua pun tak pe lah. At least, angkat lah nasib golongan yang macam ni. Ini tidak. Duk priority kan dulu ke sang kaya di atas tuk jadi lebih senang. Yang golongan sederhana dan bawahan tak berapa nak beria sangat. Iya lah, kita ni bukannya ade kepentingan sangat dalam government tu ye dok? Tungkil betol.

Akhir kata, maaf atas keterkasaran bahasa. Biasalah, ikut rasa binasa. Emosi ni beb. Bergelinang manik manik jernih membarisi pipi gebuku ini. Ceyt. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Kata kata dalam blog boleh dipadam dengarnya. Ye ke?

Wednesday, January 13, 2010

Lagi 'Pengajaran' Tersembunyi Dari Harry Potter

Selepas membaca ini, terus tawar hati aku terhadap Harry Potter, terutama ke Miss Granger. Maaf Hermione, aku tak dapat membalas cintamu padaku. Argh... Di sini juga aku selitkan sedikit sebanyak 'pengajaran' yang cuba ditanam ke dalam minda kita, terutama kanak-kanak melalui cerita ini.

'Pengajaran' Pertama

Harry terkenal dengan sikapnya yang selalu melanggar peraturan, seperti bapanya. Namun, setiap kali melanggar peraturan, dia seperti bebas, atau mempunyai immuniti kerana setiap kali dia melanggar, kononnya dapat menyelamatkan keadaan. Ya, dia seperti mengikut gerak hati. Adakah kita dibenarkan mengikut gerak hati kita sesuka hati tanpa mem'bound'kan diri kita dengan sebarang peraturan? Jadi, si keparat J.K. Rowling cuba menanamkan ke dalam minda anak muda bahawa tidak salah untuk mengikut gerak hati dan melanggar peraturan, kononnya akan membawa kejayaan. Dia juga menerapkan aspek populariti Harry dengan menampakkan sisi 'cool' jika kita melanggar peraturan.

'Pengajaran' Kedua

Menjadikan labah-labah sebagai salah satu raksasa dan fobia, terutama buku kedua, The Chamber Of Secret. Kononnya Rowling mengaku dia takutkan labah-labah, dan meletakkan sifat itu dalam diri Ron dan Dumbledore. Mengapa labah-labah? Sedangkan, Nabi S.A.W telah diselamatkan oleh labah-labah ketika bersembunyi dari kafir Quraisy. Jadi, dengan mengangkat aspek ketakutan terhadap labah-labah, seperti cuba mempengaruhi minda anak muda supaya membenci haiwan yang telah menyelamatkan Nabi S.A.W kita. Subhanallah.

'Pengajaran' Ketiga

Dumbledore, yang sepertinya mengetahui segala-galanya tentang dunia, dan kononnya telah berjaya mencipta Sorcerer Stone bersama Nicholas Flame yang mampu memberi immortality dan elixir for life. Ya, mampukah seseorang mencipta sesuatu sepertinya? Mungkin dewasa seperti kita dapat berfikir secara rasional tentang logik, namun, apa yang sedang berlegar di fikiran kanak-kanak yang belum mampu berfikir secara total? Mereka seakan akan ditanam dalam minda mereka untuk mempercayai akan adanya benda seperti ini, kepercayaan adalah kunci keimanan. Lagi, watak Dumbledore yang serba tahu juga menyebabkan ramai seperti mengagungkannya. Ketua yang dilihat hebat ini juga adalah seorang gay. Jadi, apakah kita mahu kanak-kanak memasuki kehidupan mereka dengan membawa aspek-aspek ini dalam hidup mereka?

'Pengajaran' Keempat

Semuanya adalah tentang sihir. Seolah-olah, dunia mereka tidak mempunyai Tuhan yang mengawal segala-galanya. Ya, satu lagi kawalan minda yang cuba diterapkan olah Iblis dan Dajal laknat supaya manusia menjauhkan minda mereka dari memikirkan Tuhan. Sihir hakikatnya adalah sesuatu yang sangat sangat dilarang oleh Allah S.W.T. Namun, realitinya, minda bersih anak anak telah diperkenalkan dengan sihir di awal permulaan hidup mereka berbanding mengenali Tuhan. Mereka seperti nampak sihir adalah segala-galanya, sihir adalah hebat. Terdapat kemungkinan besar bahawa mereka akan lebih beriman kepada sihir berbanding Tuhan! Subhanallah, minta dijauhkan perkara perkara syirik sebegini supaya kita tidak lebih hanyut ke dalam dunia yang sangat 'indah' ini dan melupakan 'ultimate goal' kita, yakni syurga di sana. Wallahualam.

P/S: Ini bukan teori semata-mata. Selain rujukan ini tadi, aku juga cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri yang telah lama memasuki dunia Harry dan sesat di dalam sana. Syukur Tuhan memberi sedikit hidayah untuk aku melihat di mana kebenaran dan di mana 'syurga' Dajal. Astaghfirullahalazim.

Thursday, January 7, 2010

Serangan September 11 Terlalu Konspirasi Untuk Pengganas?

Sejak 12 September 2001, dunia telah berubah. Pemikiran manusia terlalu terbuka untuk menganggap Amerika Syarikat adalah polis dunia kerana serangan sebegitu ‘pengganas’ berjaya dilakukan, tanpa sebarang halangan. Dunia pada mulanya meletakkan belas kasihan terhadap negara Uncle Sam itu kerana telah dilanggar pengganas, seperti Singapura dilanggar todak. Kini, Singapura telah pulih dan semakin dilanda Kodak, terutama daripada pelacong. Ah, terpesong sudah. Namun, belas kasihan yang mulanya menebal lama lama bertukar kepada kebencian apabila US semakin menjadikannya sebagai alasan untuk menyerang negara-negara Arab yang dikaitkan dengan serangan berkenaan. Jadi, terlalu pengganaskah sang Arab yang berjaya menyerang negara ‘Hebat’ US, atau sang Arab hanyalah kambing hitam yang dilabel, untuk dijadikan alasan mereka menghampiri Palestin, di mana Masjid Al-Aqsa yang digilai mereka dapat diambil alih?

Debat terhadap ini terlalu luas, terlalu spekulasi dan konspirasi untuk saya kupas. Kenyataan bahawa tiada SEORANG pun Yahudi daripada 4000 yang bekerja di WTC terbunuh sudah sedikit sebanyak menimbulkan teori. Hal itu, biarlah professor professor dan polis polis pandai yang mengkaji. Saya hanya mengambil satu perspektif kecil yang dirasakan remeh.

Kawalan keselamatan di lapangan terbang merupakan antara yang paling dititik beratkan dalam aspek keselamatan mana mana negara, kerana lapangan terbang merupakan salah satu pintu masuk ke sesebuah negara. Lihatlah senario sekarang, atau dalam mana mana movie hari ini, secara lawaknya mereka menahan sesiapa yang cuba melalui beg-screening machine ditahan, kononnya membawa barang-barang terlarang seperti pengetip kuku, tali pinggang berkepala besi, ataupun sekadar makanan dari luar. Remeh bukan? Jadi, apa yang terjadi di lapangan terbang pada pagi 11 September itu? Mungkinkah beberapa penumpang biasa ditahan kerana membawa barang-barang haram seperti kucing peliharaan, pengetip kuku, dan beberapa barang besi kegunaan harian manakala ‘sebilangan’ penumpang yang kelihatan ‘biasa’ yang membawa pisau dan pistol untuk melakukan rampasan kapal terbang tidak pula ditahan?

Saya tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya, begitu juga anda-anda. Tetapi, sedikit pemikiran memungkinkan kita berfikir bahawa tidak mungkin semudah itu untuk kira-kira 20 orang ‘pengganas’ yang membawa pistol dan pisau telah di’terlepas pandang’kan oleh pengawal keselamatan yang jarang terlepas pandang kepada pengetip kuku. Orang dalam? Fikirkanlah. Wallahualam. Moga Allah melindungi kita umat Islam