Sunday, February 14, 2010

Apa Nak Jadi?

Tidak. Aku bukannya sedang menyanyikan lagu S.M Salim, walaupun sememangnya sampai sekarang aku tak kawin lagi. Ah, tade duit. Bukannya apa. Tapi, aku mahu kata kata tentang kemelayuan. Ya, aku sememangnya anak Melayu, dan aku sangat berbangga. Tetapi, apa yang dah jadi dengan Melayu sekarang? Mengapa? Berdiamkah sahaja kita? Apa kejadahnya mak bapak membiarkan anak anak mereka sewenang wenangnya berwenang? (Suara Wan Kamaruzaman.)

Pertamanya, isu blog menghina sultan. Ya, mungkin anak anak Melayu sekarang nampak institusi kesultanan sebagai sebuah institusi yang mewah, tetapi tidak mampu kita kecapi, kerana kita bukan keturunan. Oleh itu, mereka mula mengecam. Dan banyak juga ura ura untuk memornakikan negara kita. Penghapusan Raja Berpelembagaan dan mengamalkan corak pemerintahan Republik. Seperti Indon dan You Ass A. Lebih demokrasi bukan? Hak asasi manusia bukan? Kamu tersilap wahai pemikir pemikir sekalian. Demokrasi adalah senjata Barat lahanat paling lembut yang berjaya menusuk jiwa lemah lembut Melayu. Nabi S.A.W bersabda, di akhir zaman, orang bodoh diangkat menjadi pemimpin. Mengapa? Kerana mereka hanya perlu berlembut lidah dan bermanis mulut. Ya, dengan menampakkan anda ini seorang yang terpelajar, belajar tinggi tinggi sikit, tanam sebatang dua tebu di bibir, sudah melayakkan anda menjadi pemimpin. Inikah yang dimahukan? Seharusnya, seorang pemimpin itu haruslah menjadi imam kepada rakyatnya. Menjadi imam di masjid masjid dan di mana sahaja. Maaf, bukan nak menghina, tetapi apabila tidak berpuas hati dengan keputusan Raja, mulalah sesetengah pihak melaga lagakan rakyat, kononnya suara kita tidak didengar. Atau suaranya menjadi pemimpin tidak kesampaian?

Mengapa Raja perlu dihormati? Kerana Islam menyeru umatnya untuk menghormati pemerintah. Dan kenapa ironinya, Malaysia antara yang masih mengekalkan institusi beraja, selain Jepun dan Thailand. Lihat, kedua dua mereka tidak dijajah, malah mempunyai identiti tersendiri, begitu juga dengan kita. Malah uniknya Malaysia, sampai ada 9 orang Raja! Kerana jika tidak, kita akan menjadi seperti Indonesia, yang mana tanpa campur tangan Raja yang telah digulingkan, pluralisme agama telah menjadi kenyataan. Konsep tiada agama yang sempurna, dan semua agama adalah sama menjadi pegangan. Mahukah kita melihat agama Islam kita digadaikan hanya kerana demokrasi? Tanpa Raja, Melayu hilang tuannya. Dan hilang jugalah ketuanannya ke atas bumi ini. Bukan bersikap perkauman, tetapi kedaulatan tanah ini sememangnya terletak di bahu kami. Tanggungjawab kami untuk menjaga bumi permai ini agar kita sama sama dapat hidup aman. Tanpa kemelayuan, bumi Malaysia tidak akan menjadi sama kawan kawanku yang berlain bangsa. Nilai estetika dan tradisional yang kita kongsi bersama akan dihakis satu persatu sekiranya kemelayuan kami tidak mempertahankan tanah kita ini. Dan simbol kemelayuan adalah pada Sultan-sultan yang memerintah.

Propaganda hak asasi manusia yang dicanang sebenarnya telah dimanipulasi untuk menghalalkan kekacauan. Rakyat Afrika yang tidak mampu untuk makan dan tinggal secara normal, itu baru betul hak asasi. Bukannya hak asasi kamu kamu yang tidak berjaya menjadi pemerintah wahai yang terasa. Manusia itu ada hak, tetapi kepada Sang Pencipta. Suara kamu bebas untuk didengar, tetapi berbataskan kepada hak hak yang telah Tuhan kamu gariskan. Nafsu kamu menjadi pemerintah tidak dipenuhi, itu bukan hak tuan tuan. Jelaskan sedikit minda dan keluar dari sawang sawang Barat yang diselerakkan di minda kamu. Kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Jika mahu lebih true, bacalah buku Hamas yang ditulis saudara Maszlee. Pemimpin Hamas tidak ada gaji tuan tuan, kerana semasa mereka bertanding pilihanraya, tujuan mereka adalah untuk nasib rakyat, bukan nasib anak pinak hang yang nak pakai kete Lamborgini lah, gitu lah. Itulah pemimpin. Saidina Umar Al Khattab, sanggup memotong gajinya sendiri kerana mengetahui isterinya mampu membeli seutas rantai hasil daripada duit beliau menjadi pemerintah. Ya Allah, Kau haramkanlah api neraka menjilat tubuh tubuh pemimpin sebegini. Jika ditakdirkan kita tidak menjadi pemimpin, bantu nasib rakyat dengan cara lain. Ke nak lawan takdir? Atau parti agung anda memang jenis yang boleh mengkafirkan sebangsa seagama sendiri kan? Agung sungguh.

Kenanglah sejarah wahai saudara saudaraku. Mahukan kita melihat maruah kita digadai, seperti mana Portugis merampas tanah ini dari kita dahulu? Bersama sama kita, rakyat dan pemerintah sekali, bersatu kembali, dan mencari identiti kemelayuan kita. Janganlah budaya dan adat Melayu itu hanya menjadi pameran dan persemabahan untuk pelancong, tanpa kita sendiri mengamalkannya. Kembali kepada atuk dan nenek mu, dan buku buku sejarah, dan ambil semula semua khazanah kita untuk dijadikan amalan seharian. Sesungguhnya bangsa Melayu bukanlah bangsa sebarangan. Setelah dajal keparat berjaya menjatuhkan bangsa Arab untuk bergaduh sesama sendiri, janganlah pula kita, bangsa kedua terbesar yang dikenali kerana agama Islam, pula lemah menyerah.

Allahu Akbar!

Hm, apalah nak jadi. Sekarang dengar ada pula kempen 'no panties' untuk St. Valentine ni. Palat. Budak budak Melayu je yang galak mempromosikan. Kena bakar sikit terus macam setan minat idea ni.

3 comments:

  1. pergh...ayat ori ko sendiri ke nh? kagom ar~

    ReplyDelete
  2. kempen pebenda la budak2 uitm ko tu buat..

    tak hip langsung. kih3.

    ReplyDelete
  3. rosak tul
    melayu oh melayu


    erk888.blogspot.com

    ReplyDelete