Friday, March 19, 2010

Kasut Kulit

Dengan malas aku mengangkat tubuhku dari tilam empuk. Deras air yang turun dari langit mendinginkan suasana. Lebat, selepas hampir seminggu teriknya matahari merekahkan tanah tanah dan kulit muka. Aku masih mencari cari apa yang ingin dilakukan. Aku melangkah ke dapur, dan mengangkat tudung saji di atas meja. Kosong. Cekodok yang aku tinggalkan untuk diriku semalam yang dimasak olehku kelmarin sudah tiada. Ah, mungkin toyol makan, bisik hatiku.

Aku melangkah ke beranda dan melabuhkan punggung ke atas kerusi bersama segelas kopi susu panas. Super Power. Hujan semakin reda. Titis-titis air kelihatan di bucu hujung dedaunan. Matahari mula keluar dari persembunyian di balik awanan kelabu. Dari kondominiumku yang berada di tingkat 13, jelas kelihatan dedaunan menghijau, pohonan merimbun, dan tupai mengawan.




Akan bersambung…




…serta merta.




Aku memaling ke langit dan menatap sang suria dengan mata kasar, lalu aku mengalih pandangan ke meja untuk mencapai air panasku untuk dihirup bersama skon. Ah, tidak jumpe. Blind spot masih silau. Aku pejamkan mata, dan hilang idea untuk berkata kata.

Ini betul betul bersambung, dan akan disambung masa masa aku trauma tengah study atau proposal direject bos.

6 comments:

  1. haha:))
    trauma kew study nice

    ReplyDelete
  2. baru la cam william shakespeare. haha.

    tapi wany, trauma belaja fizik lagi seram.

    ReplyDelete
  3. ape kes dengan kasut kulit?gua nak tao jugak.

    ReplyDelete
  4. macam drama da sambung2....erk888

    ReplyDelete
  5. tah. kasut kulit macam sepatu timur kot. aku pun tatau yan. haha

    ReplyDelete