Friday, May 14, 2010

Hospital Putrajaya

Pertama, esok, beramai ramailah datang ke Putrajaya. Ok, itu semua atas kehendak masing masing. Aku cadangkan saja. Dan kalau kalau pergi Putrajaya dan ke Alamanda pun atas kehendak masing masing. Cuma, di sini, aku nak cadangkan ke Lorong Seni. Itu saja. Aku tak dapat ke sana. Maafkan aku yang lain lain. Kalau kamu kamu tertanya tanya apa motif ke Lorong Seni, sila mousekan mouse anda dan klik sini. Sila sila.

Ok, aku tak dapat ke sana kerana aku terpaksa pulang ke kampung Sabtu dan menuju ke Hospital Temerloh. Nenek sedara aku sakit. Sangat. Dia sangat pandai masak nasi ayam. Ada juga khabar angin mengatakan aku gemuk kecil kecil dulu sebab merasa nikmat dunia makan nasi ayam. Mari doakan Wan We aku supaya cepat sembuh.

Mak aku juga ajak ke KL esok petang petang untuk melawat makcik aku sorang lagi, Mak Ngah yang dikhabarkan masih belum sembuh. Aku pun tak tau sakit ape. Alang alang hantar bapak aku ke KLIA. Aku mintak dia tolong ke Austria sekejap, tengok tengok kan perkembangan skuad England di sana.

Ada sapa sapa nak pesan suruh dia belikan Crocs ke kat sana?

Oh, butang S pada papan kekunci komputer riba aku dah menunjukkan tanda tanda pra-monopaus.

4 comments:

  1. crocs ? uptown bersepah .

    tgk blog aku ( :

    ReplyDelete
  2. Austria punye crocs best skit kot. ade bau bau eropah gitu.

    ReplyDelete
  3. gua nak pergi uptown ini malam...lu nak kirim crocs? dgr cerita, kat sana lagi murah..hehehe

    ReplyDelete