Wednesday, June 30, 2010

" Maria Oh Mariana..." -Awie, Sekitar 1990-an-

Lama dah Awie ni layan Maria O nya.

Monday, June 28, 2010

Slap Better

Slap is Better fo Sepp Blatter

Menurut FIFA secretary general, Jerome Valcke, extra official behind each goal is considered for World Cup 2014.

Ok. Damn. Experiment mereka ketika Europa League itu hari seperti celaka. Dah ada extra official pun, offside dan goal masih jadi kelam kabut.

Apahal lah susah sangat si Sepp Blatter ni nak guna goal-line tech? Kalau pakai extra official, nanti kang kena bayar upah diorang lagi. Lagi satu, kalau dah namanya manusia, mesti lah ada bias sikit sikit. Guna saja lah goal-line tech.

Oh, luahan ini tiada kaitan dengan unawarded Lampard's goal. Saya memang tak minat England ni. Saya sokong Slovakia.

Ini adalah rentetan game Ireland-France. Sememangnya Blatter mengatakan kesilapan referee adalah rencah permainan, sebab permainan memihak kepada France. Platini, kawan baik si barua ni. Cuba kalau Ireland yang try pakai handball?

Oh, untuk rujukan dan link dan kredit, cari sendiri di akhbar akhbar. Malas saya nak link kan. Takkan semua nya nak kena suap.

Thursday, June 24, 2010

Preview The Queen VS The Führer


Standartenführer Hans Landa of the Schutzstaffel (SS) aka "The Jew Hunter


Wayne Mark Rooney

So, who will win?

Tuesday, June 15, 2010

Vuvuzela and Jabulani in HD!

Menjejakkan kaki pertama kali ke tanah ini memang benar benar mengujakan. Suasana sekeliling mengalahkan Jom Heboh. Mereka di sini seperti berpesta sakan selama sebulan ini saya rasa. Sah kerja semua entah ke mana ni. Kerajaan dah boleh isytihar cuti je terus.

Pergi bersendirian memberi peluang kepada saya untuk menambah 'kenalan'. Ya. Game Korea Selatan dan Italy adalah dua game yang saya mahu pergi untuk melihat penonton. Niat paling tulus saya di Port Elizabeth untuk perlawanan Korea Selatan VS Sparta ini, selain menyokong wakil Asia Ji Sung Park dan Chung Young Lee, adalah untuk mencari SNSD. Damn tak ada. Tak apa. Awek Korea lain ramai. Terhibur saya.

Cumanya, lagak saya untuk berbahasa Korea tidak dilayan oleh mereka. Oh, bukan kerana saya tidak kacak, tetapi kerana gangguan bunyi vuvuzela. Ya. Damn.

Selesai perlawanan, saya ke pantai berdekatan untuk mencari ala ala California Girl. Ok. Mereka mereka di sini bermain bola tampar pantai, menggunakan Jabulani! Sekurang kurangnya berguna juga bola ini.

Ok, duit kurang. Backpack saya di sini hanya sempat untuk satu game. Tak sempat saya nak pergi game Italy. Untung untung boleh usha makwe Buffon.

Saya paling layan Lampard dan Messi in HD lagi best. Nasib baik dua mat saleh ini tak muncul depan umah.

Oh, satu lagi, tak HD pun, saya rasa sedap dah tengok. Nak nak time replay dalam slow-mo. Pergh!

Friday, June 11, 2010

Jutaan Terima Kasih

Pertama, kesyukuran ke atas hadrat Ilahi menjadikan semua ini sebagai takdir.

Dato' Najib mungkin mendengar rintihan hati aku, lalu aku diberi ruang untuk melihat keputusan peperiksaan. Ok la, not bad sangat la.

Keduanya, terima kasih kepada Syakira kerana Wakawaka Afrika time time aku dapat tengok result. Jadi terhibur!

Jadi, mari kita beralih arah kepada yang nyata. It's time For Africa!

Thursday, June 10, 2010

RMK-10

Rancangan Malaysia Ke-10. Semua TV perdana tayang Najib pagi tadi. Maka, tiada Wanita Hari Ini. Aku rindu Wardina.

Oh, ya. Bersempena dengan RMK-10, saya mengusulkan pembentangan mengenai Bajet Pelebaran Kapasiti Student Portal UiTM.

Seperti yang diketahui umum, UiTM adalah universiti terbesar di dunia, dengan mempunyai jumlah pelajar hampir hampir 50,000 dalam satu satu masa. (Ye ke? Main bantai je aku). Jumlah ini belum meliputi pelajar pelajar asasi seperti makwe Ehsan. Selain dikenali dalam kalangan pencari pencari bluetooth video macam Mael, UiTM juga mempunyai alumni yang hebat, seperti Farid Kamil, Ana Rafali dan Syed Hafeez.

Justeru, apabila tiba hari hari penting seperti pengumuman keputusan peperiksaan, maka trafik yang mengunjungi web berkenaan dikatakan hampir mencecah 2.8juta orang, jumlah yang dikatakan melebihi trafik Google, Youtube dan HilangPunca.

Maka dengan ini, saya mengusulkan cadangan supaya Encik Najib mengeluarkan bajet sekitar RM16juta bagi menambah had kapasiti web portal agar memudahkan pelajar pelajar universiti terbesar dunia ini membuat keputusan menyusun jadual repeat masing masing di samping membuang debaran yang bagai faking hell menanti.

Sekian laporan usul saya.

Oh, 16juta tu, dah masuk sekali dengan kos kos duit kopi dan beli jersi Slovenia.

Wednesday, June 9, 2010

Racun

Malas adalah racun yang paling berbisa.

Ketawa adalah ubat yang paling mujarab.

Jadi, jika anda malas, anda ketawa.

???

Ok, craps.

One more thing. Having my observation about the fast-moving world, and all the development to make this world 'a better place to live' kononnya, did you realize that technology is making human into robot!

PlayStation. When we were a kid, we were fascinated with this 'wuuuu' console game. We sit together, play each other and have fun, although the fun is not so true. Main pasir dengan mandi sungai is better damn true.

But today, 'they' changed the enjoyment into a 'live in your own world' excitement. Why? PSP. Play by yourself. While working, almost everyday, I could see family dine in together, but the 'dining moment' isn't there. Children buzying play their PSP. Sampai makan pun taknak. Gila.

Jadi, saya dengan ini, menyeru kepada semua, supaya kita bangkit dan menyokong pasukan kegemaran kita masing masing. Menang kalah adat permainan. Yang penting, keriangan di mamak kita kecapi bersama. Renung renungkan, dan selamat beramal!

Sunday, June 6, 2010

Peredaran Zaman

Entri ini tiada kaitan dengan Zamani Slam.

Adik sepupu saya darjah empat dah main facebook. Saya darjah empat dulu sibuk main lawan pemadam lagi.