Thursday, June 10, 2010

RMK-10

Rancangan Malaysia Ke-10. Semua TV perdana tayang Najib pagi tadi. Maka, tiada Wanita Hari Ini. Aku rindu Wardina.

Oh, ya. Bersempena dengan RMK-10, saya mengusulkan pembentangan mengenai Bajet Pelebaran Kapasiti Student Portal UiTM.

Seperti yang diketahui umum, UiTM adalah universiti terbesar di dunia, dengan mempunyai jumlah pelajar hampir hampir 50,000 dalam satu satu masa. (Ye ke? Main bantai je aku). Jumlah ini belum meliputi pelajar pelajar asasi seperti makwe Ehsan. Selain dikenali dalam kalangan pencari pencari bluetooth video macam Mael, UiTM juga mempunyai alumni yang hebat, seperti Farid Kamil, Ana Rafali dan Syed Hafeez.

Justeru, apabila tiba hari hari penting seperti pengumuman keputusan peperiksaan, maka trafik yang mengunjungi web berkenaan dikatakan hampir mencecah 2.8juta orang, jumlah yang dikatakan melebihi trafik Google, Youtube dan HilangPunca.

Maka dengan ini, saya mengusulkan cadangan supaya Encik Najib mengeluarkan bajet sekitar RM16juta bagi menambah had kapasiti web portal agar memudahkan pelajar pelajar universiti terbesar dunia ini membuat keputusan menyusun jadual repeat masing masing di samping membuang debaran yang bagai faking hell menanti.

Sekian laporan usul saya.

Oh, 16juta tu, dah masuk sekali dengan kos kos duit kopi dan beli jersi Slovenia.

2 comments:

  1. Gaya babil.apehal ad syed sebagai alumni?
    Lagi satu. .pehal bedebah sangat sampai 16 juta?
    Mintak lebih lagi la !

    ReplyDelete
  2. Lu jangan tamak. Duit lain boleh buat untuk pembangunan negara. Macam berkempen contohnye.

    ReplyDelete