Menjejakkan kaki pertama kali ke tanah ini memang benar benar mengujakan. Suasana sekeliling mengalahkan Jom Heboh. Mereka di sini seperti berpesta sakan selama sebulan ini saya rasa. Sah kerja semua entah ke mana ni. Kerajaan dah boleh isytihar cuti je terus.
Pergi bersendirian memberi peluang kepada saya untuk menambah 'kenalan'. Ya. Game Korea Selatan dan Italy adalah dua game yang saya mahu pergi untuk melihat penonton. Niat paling tulus saya di Port Elizabeth untuk perlawanan Korea Selatan VS Sparta ini, selain menyokong wakil Asia Ji Sung Park dan Chung Young Lee, adalah untuk mencari SNSD. Damn tak ada. Tak apa. Awek Korea lain ramai. Terhibur saya.
Cumanya, lagak saya untuk berbahasa Korea tidak dilayan oleh mereka. Oh, bukan kerana saya tidak kacak, tetapi kerana gangguan bunyi vuvuzela. Ya. Damn.
Selesai perlawanan, saya ke pantai berdekatan untuk mencari ala ala California Girl. Ok. Mereka mereka di sini bermain bola tampar pantai, menggunakan Jabulani! Sekurang kurangnya berguna juga bola ini.
Ok, duit kurang. Backpack saya di sini hanya sempat untuk satu game. Tak sempat saya nak pergi game Italy. Untung untung boleh usha makwe Buffon.
Saya paling layan Lampard dan Messi in HD lagi best. Nasib baik dua mat saleh ini tak muncul depan umah.
Oh, satu lagi, tak HD pun, saya rasa sedap dah tengok. Nak nak time replay dalam slow-mo. Pergh!
No comments:
Post a Comment