Monday, September 6, 2010

30 Tahun Akan Datang (Realiti Version)

"Awaknye, itu ha ada anak cucu kita balik awaknye," ujar lembut isteriku padaku bersama secawan air panas dan sebiji kapsul.

Halus tertera pada kapsul itu tulisan Romania yang berbunyi, Ceai de Plante. Teh herba. 3-in-1 sudah diharamkan sejak 20 tahun yang lalu selepas ura ura bahawa diabetes, obesiti, sakit buah pinggang dan kahwin lambat berpunca daripada amalan meminum 3-in-1. Jadi, sejak itu, syarikat pembuat minuman segera berlumba lumba mencipta teknologi baru, dan kapsul antara yang paling hit. Lantang juga mereka mengaku mencetuskan idea penciptaan kapsul ini, sedangkan masa zaman aku muda, Bulma sama Son Goku dah pakai kapsul buat kereta.

"Atok! Atok! Mya rinduw cangat cangat kat atok!" Berlari lari cucu sulungku ke arah aku. Lalu aku berdiri dan mendukung Mya Sara yang semakin pantas meluru ke arahku.

Seperti biasa, menjadi kegemarannya untuk dilambung lambung ke siling. Selepas dilambung beberapa kali, terketar ketar juga lutut dia. Kecut.

"Best cangat atok lambung lambung. Papa Mya jarang lambung. Dyew cakap dyew tak larat pown," betah sungguh si cilik berusia berapa tahun entah itu. Walaupun tenaga aku cukup gagah, namun ingatanku agak lemah. 4 ke 5 tahun macam itu lah umur dia.

"Aok ni dari manenye Insyirah? Ngapenye tetibe aok balik shockingly without even noticing me first?" tanyaku pada anak sulungku, Insyirah. Ah, walaupun dah lama balik Malaysia ni, kadang kadang terlepas juga English loghat Mancunian aku ni.

"Ini ha, Syirah dengan Abang Daud baru balik dari rumah mak abang Daud ni. Besan papa tu, terbaring je semenjak dua menjak ni. Papa tak pegi jenguk jenguk ke? Bukannya jauh sangat Taman Guru tu."

"Hm, ada si mak Daud, makcik Mimi Azila engkau tu talipon papa kemarin cakap abahnya Daud, Fuad Asri tu sakit. Tapi papa tunggu pakcik Ehsan engkau dengan Uncle Eminem balik esok baru pergi melawat kot. Makcik Shasha engkau lahirkan anak diorang yang ke 7 ke 8 entah. Tu yang pakcik Ehsan lambat sikit tu. Uncle Eminem pulak tak habis habis dengan main basikal. Umur dah nak masuk 50 pun tak sedar lagi. Tak apa lah, sekurang kurangnya aktif juga lah. Ikut perangai siapalah main basikal ni,' panjang lebar aku terang kepada Insyirah.

Insyirah duduk termenung di anjung teratak mahligai aku, manakala lakinya, Daud anak Fuad Asri sibuk online menggunakan laptop aku. Tak malu punya menantu. Anak siapa lah tu. Cari benda tak senonoh barangkali.

"Pakcik Syed Hafeez tu semalam Syirah nampak main dekat Zouk dengan pakcik Mael. Sejak bila pakcik Mael tu mula main lagu Hip Hop papa? Apa jadi dengan Correctamundo dia?"

***

Hye Fuad Asri. Amacam?

Entri asal oleh Fuad Asri

Entri tak asal oleh Ehsan yang berangan nak jadi Adam (Adam Sandler kot)

5 comments: