Tuesday, September 14, 2010

Akronim

Apabila seminggu sudah tak berjumpa internet, seperti biasalah, macam macam hal dunia luar tidak sampai ke pengetahuan aku.

Seperti contoh, Si Polan sudah ditemui selepas beberapa tahun hilang di dalam hutan.

Contoh lagi, budak budak Koya dah pandai masuk dapur buat cupcakes. Mungkin empayar baru 30 tahun akan datang, mungkin.

Perihal Liverpool seri lawan kelab besar Birmingham tu aku dah dengar, pasal kecoh juga orang kampung duk bercerita ada satu kelab besar dapat seri dengan The KOPitiam tu.

Lepas tu, datang satu lagi perkara paling aku saspen.

Usai aku online facebook, datang satu buzz chat dari satu makwe bersama beberapa huruf.

SHRADMZB.

Full of surprises and acronyms and character and whatsoever.

Jadi, Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin saya ucapkan kepada semua.

Ah, biasalah lambat. Saya punya kampung true. Tiada akses kepada dunia luar. Jalan tar pun baru dengar ura ura nak dibuat. Bukan macam Jengka 11, usah kata internet, Dota pun dah common. Hilang scene rempit dengarnya. Sekian.




Sebarang tempahan dari segi kapkeks, baju, basikal lama dan lens boleh disalurkan ke badan badan yang berpatutan. KOYA

No comments:

Post a Comment