Sunday, February 20, 2011

Suatu Hari Nanti...

"Nazim, ceritakan pada kelas pekerjaan bapa awak," kata Cikgu Senah kepada Nazim anaknya Ramli.

"Bapa saya cikgu cikgu. Kan bapa saya tu suami cikgu." Dalam nada agak tegas, Nazim menjawab soalan Cikgu Senah bininya Ramli maknye si Nazim tu.

"Er, hu. Ok. Terima kasih kerana berkongsi dengan kelas," kata Cikgu Senah dengan memberi emoticon =,=.

"Ha, awak pula Majid. Bapa awak kerja apa?" tanya Cikgu Senah kepada Majid.

Majid berdiri di mejanya, sambil mengangkat ngangkat seluar membela penampilannya.

"Bapa saya kerja menyelamatkan dunia Cikgu. Melawan raksasa saban hari. Bapa saya Ultraman cikgu."

Rebah si Senah.

Ya, aku mahu anak aku masuk darjah satu nanti bangga menjawab sebegini kepada rakan sekelasnya akan pekerjaan aku. Cuma, nama Majid tu aku tak sure. Nanti lah bincang dengan isteri. Kahkahkah.

4 comments: