Saturday, March 12, 2011

God, Save Us, Save Japan.

Sana Jepun kena bom kita belum,
Sana Jepun kena gempa kita leka,
Pandang sana pandang bala tapi kita tak buat apa,
Istighfar mengucap itu sahaja.

Mana perubahan mana penyesalan,
Mana yang engkau katakan peringatan dari Tuhan,
Kalau masa berlalu nanti engkau macam dulu,
Hidup kiri kanan atas bawah bertuhankan nafsu.

Buka tabung isi derma,
Buka cek besar mahu keluar kaca,
TV TV kalau ikhlas tak apa,
Tapi kalau sekadar elak cukai aku pun tak kisah,
Janji orang Jepun sana dibantu,
Ikhlas hati engkau Tuhan sahaja yang tahu.

Aku bukan cakap pasal engkau orang,
Tapi kalau terasa jangan bengang,
Sebab aku pun sama sahaja macam yang aku cakap,
Jadi mari kita sama sama mengucap,
Pandang Tuhan cari titik taat,
Sebelum masa tammat, kita dah terlambat.

God, save us, save Japan.

No comments:

Post a Comment