Sunday, March 27, 2011

Let Us Back To 1997

Dan apabila George Soros, spekulator matawang terkenal Amerika Syarikat datang ke Asia dan mengucar-ngacirkan matawang matawang di sini, kita mengalami Asia's Financial Crisis 1997 yang sangat dahsyat. Kenapa perlu dia datang ke sini dan membuat spekulasi tentang matawang? Ya, George Soros merupakan agen Yahudi melalui IMF. Apabila negara negara Asia mengalami masalah ketidak stabilan matawang, maka IMF akan menghulurkan bantuan kewangan dalam usaha 'membantu' negara negara kecil ini tadi. Akan tetapi, faedah yang tinggi gila babi IMF akan menyebabkan negara negara kecil ini tadi berhutang dengan IMF dalam tempoh jangka masa yang sangat lama, sekaligus membenarkan USA untuk mengawal negara terbabit dari segi sumber tenaga, alam semula jadi dan manusia, dasar dasar luar negara, dan macam macam lagi. Pendek kata, USA seperti memegang negara itu secara halus. Seperti yang terjadi kepada Indonesia sekarang, yang mana segala macam keputusan yang ingin dilakukan perlu dirujuk kepada Uncle Sam ini tadi.

Kita tahu tujuan Soros adalah untuk memaksa negara negara kecil ini tadi untuk memohon bantuan kewangan daripada IMF. International Monetary Fund. Dan di Malaysia, seorang pemimpin tinggi dalam negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan antara suara yang paling lantang dalam menggesa negara kita untuk membuat pinjaman ini tadi. Pelik atau tidak? Sedangkan umum maklum akan 'penjajahan' yang bakal dilakukan oleh Yahudi Amerika melalui IMF ini. Syukur, Tun Mahathir pantas menyedari akan hal ini, dan dengan memerah segala keringat, bersendirian di Asia, untuk menentang peminjaman dari IMF. Ya, ketika seluruh Asia seperti sudah menyerahkan nasib kepada IMF, dan desakan demi desakan dari Timbalannya sendiri Anwar, Mahathir tetap dengan pendiriannya untuk tidak meminta bantuan IMF demi negara yang tercinta. Demi kebebasan negara.

Cuba bayangkan kalau kita meminta bantuan IMF. Sebarang penentangan terhadap Israe tidak akan berlaku di negara ini. Tiada sokongan kepada saudara Palestin kita. Tiada acuan negara akan berlaku. Di mana letaknya agama Islam di Malaysia? Sedarlah, Malaysia merupakan antara kubu terkuat Islam walaupun Islam kita sendiri lemah, kerana hanya Malaysia antara negara negara yang belum dijajah sepenuhnya oleh Yahudi. Janganlah biarkan hiburan dan suka ria menodai maruah negara dan agama kita. Bangkitlah anak Melayu, carilah darah silat dalam diri kamu, dan angkat keris untuk mempertahankan panji Islam yang terletak di bahu kita! Allahu Akbar!

2 comments: