Monday, October 10, 2011

Isteriku Di Dapur, Dengan Apron, Topi Chef dan Sarung Tangan Pembakar, Tercegat Di Depan Oven

Kalau kali pertama kau makan Cheese baked meatball, atau blueberry cheese tart, dan mata kau menjadi bulat kerana ianya terlalu sedap, itu adalah orgasm. Dan kali pertama itulah yang paling kau ingati sampai bila bila.

Kalau esoknya atau lusanya kau pergi semula makan Cheese baked meatball atau blueberry cheese tart tadi, mata kau mungkin masih bulat juga dan orgasm tetap berlaku, cuma kenikmatannya tidaklah seperti kali pertama tadi.

Apa apa yang kau buat kali pertamanya nikmat gila, kau tidak boleh expect kali keduanya menjadi senikmat tadi, kerana hati, akal dan lidah kau sudah dapat mengagak respons tadi. Tapi, nikmat tetap nikmat.

Benda yang sebenar aku nak cakap ialah, aku rindu untuk makan enak enak dengan kau macam dulu dulu. Sekarang, makan sendiri, bujang bujang, masak pulak. Kalau dah nama bujang, kau masak ayam masak merah warna hitam pun kau akan menangis nikmat. Tak salah kalau aku kabar rasa nak kahwin tu ada. Kahkahkah. Ok, harapnya isteri aku pandai jugak masak benda benda mat saleh tadi tu.

Tapi tak apa, makan enak enak selalu sangat pun tak boleh jugak. Diabetes tu satu ceritalah, tapi poket ni pun berbunyi jugak nanti. Melaka Hotel, minggu ni part-time, boleh?

2 comments:

  1. aloh makanan mat salleh ni, tutup mata je aku masak..haha

    ReplyDelete
  2. Okeh, memandangkan kau dah berlagak, kau kena la masak satu kali untuk aku. Tapi jangan bubuh racun dah la.

    ReplyDelete