Thursday, October 20, 2011

Secara Jujur, Oleh Winston Churchill

Melihat akan pola arus politik negara, membuatkan aku semakin bimbang dari hari ke hari.

"Gory, pergi mampus lah. Biarlah diorang nak bersorak. Nak buat apa. Kau pening pening kepala buat apa."

Ya, perkara paling senang sebenarnya, adalah aku tumpu sahaja dengan hidup aku. Nak jadi apa dengan politik negara, lantaklah.

Tidak.

Lantak inilah meletakkan diri kita dilanyak satu per satu. Kerana sikap ah tak apa ini yang membuatkan pihak lawan tersenyum bersorak kemenangan percuma.

"Sultan pun manusia bai. Kita kena patuh Allah, bukan Sultan."

Ya. Tepat. 100%. Tiada salah sepatah pun. Malah, Duli Yang Maha Mulia Sultan pun pada aku salah, kerana Maha ini hanya untuk Yang Tertinggi. Yang Terpaling sekali. Dan semestinya bukan manusia. Betul?

Jadi, buat apa kita taat dengan Sultan? Takut murka? Ah, persetan.

Inilah Melayu, apabila diletakkan slogan kemajuan, maka terlupa nenek moyang. Tulah dan daulat itu, mungkin terlalu tinggi nilainya dalam masyarakat Melayu dahulu, tetapi masyarakat kita hari ini meletakkan iPhone dan Rolex sebagai nilai. Nilai yang diterjemah dengan mata, bukan hati.

Persoalan ramai bermain sekarang ialah, apa gunanya dan relevannya Sultan pada hari ini, bukan? Kenapa perlu Sultan jika kita betul betul berpegang teguh kepada agama, bukan?

Ya, tepat. Agama dan Allah ialah segalanya. Berpegang kepada ini, dan anda tiada akan sesat. Tetapi, adakah dengan berserah sahaja, kita boleh lepas tangan dan mengharapkan kesudahan yang baik? Bukankah kita diseru untuk berusaha, sebelum meletakkan tawakkal kepada Allah?

Jadi, apa point aku sebenarnya? Ya, Sultan. Apa perlunya Sultan ini?

Engkau melalak akan demokrasi. Apa itu demokrasi? Suara majoriti. Bermaksud, jika majoriti katakan sedemikian, maka sedemikianlah. Mari kita ambil contoh. Negara ini totally demokrasi. Jadi, kita ambil suara rakyat. Dan suara majoriti mengatakan, mahu meletakkan Islam sebagai bukan agama rasmi. Bolehkah kita umat Islam membantah? Sudah tentu tidak. Kerana majoriti sudah mahukan yang sedemikian. Dan perlu diingat, umat Islam bukan lagi suara majoriti di Malaysia. Kenapa berlaku dengan hebat sekali upacara memurtadkan anak Melayu? Saja sajakah? Suka suka? Tak nampakkah anda tujuan sebenarnya?

Ya, untuk mengurangkan suara umat Islam di negara ini! Bila semakin berkurangan suara Islam, maka macam mana kita mahu bersuara untuk mempertahankan agama kita?

PAS? Pasti? Lihat senario berlaku baru ini, dan berlaku jujur. Apabila Nik Aziz dengan beria mengatakan niat untuk melaksana hudud, aku sokong. Kerana masalah sosial, pembuangan bayi, HIV AIDS, di Malaysia ini, terutama di Kelantan, semakin membimbangkan. Oh, Kelantan, jangan melenting. Semak balik Sidang Dewan hari ini. Dibahaskan usul agar lelaki lelaki menjauhi pelacur kerana penularan wabak AIDS. Tidak, ini bukan masalah negeri, ini masalah negara. Di tahap yang paling membimbangkan. Dan sudah tentu, rotan 100 kali mungkin sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada umat Islam sekalian. Dan memang ini yang telah Tuhan letak. Ini datang dengan hikmahnya. Dan perlaksanaannya bukan untuk ditunggu tunggu. Wajib!

Cumanya, baru sahaja PAS membahas isu ini, tiba tiba Pakatan Rakyat sudah keluar warning, semua ahli diminta berdiam diri (inilah kebebasan bersuara yang dijuangkan Pakatan Rakyat). Dan sebulat suara mengatakan, kerana tiada termaktub dalam Buku Jingga, maka hudud tidak akan dilaksana. Jadi, melentinglah PAS menyalahkan UMNO. Apa ni? Ini nak jadi benteng terakhir Islam? Bila tak kena, salahkan UMNO? Nonsense!

Jadi, siapa sebenarnya benteng terakhir? Sepatutnya yang menjadi benteng sebenar ialah umat Islam itu sendiri, tetapi apabila berpecah kita kepada 3: UMNO, PAS, PKR, ke mana matlamat dan tujuan kita?

Sebab itu aku rasa, antara benteng terakhir, adalah orang silat, dan orang orang yang mempunyai ilmu berjuang yang dalam, yang mewarisi apa Dato Bahaman, Mat Kilau, Hang Tuah telah turun temurunkan. Tetapi, masih banyakkah lagi semangat ini?

Ya, oleh sebab itu, walaupun tidak nampak jelas, tetapi sebenarnya, Sultanlah benteng terakhir agama kita. Kerana, ini sahajalah kuasa kita orang Melayu, khususnya Islam di Malaysia ini.

Ok, panjang entri aku. Oh, aku bersikap racist? Jangan begitu.

Kembali kepada sejarah. Winston Churchill. Perdana Menteri Britain yang menyerang Tanah Melayu, or Malay Peninsula as they called. MALAY PENINSULA. Terjemahkan. Tanah Melayu. TANAH MELAYU.

Dan British juga menjajah, dengan cara menjadi PENASIHAT RAJA RAJA MELAYU. Maknanya, British sendiri mengiktiraf, pemerintah tanah ini ialah Raja Raja Melayu.

Wahai Melayu, tolonglah bangun. Bukan untuk engkau, tetapi untuk akidah anak engkau.

Salam,
Winston Churchill The Third.

5 comments:

  1. im loving this entry...exactly apa yg ada dlm otak aku..sobs..T____T

    ReplyDelete
  2. utk hudud tu,PAS tak boleh nak buat ape selagi takde kuase pemerintahan di peringkat pusat. walaupun di klantan sendiri pernah diusahakan, tetapi dr.mahathir halang dgn mngunakan kuase pusat.dlm buku jingga hanya termaktub jaminan agama islam sbg agama rasmi sama seperti dlm perlembagaan skrg cuma utk hudud depa tak dapat kesepakatan bersame, jadi tidak termaktub dlm buku itu. tapi sekiranye PAS diberi mandat yg besar, tidak mustahil hudud dpt dilaksanakan. Nak harapkan UMNO memang taklah sebab suatu mase dulu Nik Aziz sanggup bubar PAS kalau UMNO laksana Hudud. UMNO tetap tolak Hudud kalau DAP yg tolak boleh terime lagi sebab depa tu kafir dan jahil. Wasallam. -Hamba Allah yg hina

    ReplyDelete
  3. Habis, Anwar pun tolak juga hudud, kan? Macam mana? Anwar agama apa? Sama macam UMNO?

    Satu lagi. Terengganu, 2004. Pas pegang. Kenapa enakmen hudud Nik Aziz dan Hadi Awang, ada perbezaan? Lain lain ke macam mana?

    ReplyDelete