Friday, June 8, 2012

Strategi Pemasaran Sebuah Kedai Makan

"Hm, ramai juga orang. Orang cakap kuih kuih dekat sini sedap." Perlahan ucap Ismadi kepada kawannya Syuib.

Mereka berdua lantas duduk di satu meja kosong.

"Bagi saya teh tarik. Kau?" Syuib memandang Ismadi sambil berkira kira menu apa yang mahu dimakannnya hari ini.

"Saya kasilah teh o ais limau satu kak. Letak limau eh?" berkata pula Ismadi dengan yakin. Sedikit kerut di kening akak ambil order.

Ismadi berdiri lalu pergi ke kaunter makanan untuk tengok tengok apa makan yang ada.

"Apa makan ada kak?" Tanya Ismadi.

"Macam macam dik. Kuih, karipap, nasi ayam, popia pun ada dik," jawab akak kaunter makan sambil tengok sibuk mengibas ngibas lalat.

"Hm, popia ni nampak sedap kak. Bagilah 4 kak." jawab Ismadi semula kepada kakak tadi dengan yakin.

Kakak tadi memberi muka sedikit gusar.

"Hm, nak makan sorang ke berapa ni dik?" Tanya akak kaunter kepada Ismadi.

Ismadi kehairanan lalu menjawab, "Saya nak makan sorang je ni kak. Kawan saya makan benda lain kot."

"Oh, maaf dik, kalau seorang makan, akak limitkan 3 biji popia je sorang dik." Akak tadi menjawab dengan nada serba salah.

"Haa??? Kenapa macam tu pulak akak?" Ismadi bertambah kehairanan.

Sambil berasa semakin kurang selesa, akak tadi membalas, "Kalau beri 4 dan ke atas dik, akak takut tak habis. Nanti, bila ada kuih tak habis atas meja, nanti ada orang lalu lalang tengok tak habis kuih, pasti orang lalu lalang tadi fikir kuih akak tak sedap, sebab itu tak habis. Maaf dik."

Ismadi termangu. Ini antara strategi pemasaran yang jarang jarang diajar oleh pensyarah.

Wednesday, June 6, 2012

Is This For "A Better Malaysia?"

Bagaimana kita membina masa depan sesebuah negara? Yes. Masa depan anak anak adalah apa yang dicorakkan oleh ibu bapa anak anak itu hari ini. Kalau bagus didikannya hari ini, maka baguslah harapnya anak itu hari ini.

Testimoni, bilamana kebanyakan remaja bermasalah hari ini, berpunca daripada keluarga yang bermasalah, kerana mereka telah melihat penderaan dan sebagainya sejak dari kecil lagi.

"Biji yang kita tanam hari ini, dan kita siram serta bajakan hari hari, akan menghasilkan pokok yang kita impikan. Kalau tembikai biji itu, maka tembikailah pokok itu." - Gory.

Jadi, jika hal hal sebegini yang diterapkan dalam minda dan jiwa anak anak kita pada hari ini, apakah masa depan yang kita sedang bina untuk mereka? Inikah Malaysia yang kita mahukan? Inikah "Better Malaysia" yang sering dilaung-laungkan?

Fikirkan.




Sunday, June 3, 2012

Perniagaan Percutian Memang Menguntungkan!!!

Usai aku sudah bercuti selama seminggu ini, yang mana rata rata orang pun turut bercuti, seperti budak sekolah, budak universiti, budak Gawai dan beberapa penganggur, tiba tiba aku mendapat ilham yang tahap tinggi.

Habis sahaja cuti, ramai yang merungut cuti mereka tak cukup lah, nak cuti lagi lah, apa lah dan sebagainya. Ini menunjukkan, keperluan bercuti ini sudah menjadi satu demand, dan supplynya kurang. Maka, kalau ikut konsep ekonomi, high demand and low supply can create high income.

Jadi, aku memikirkan, untuk membuka sebuah perniagaan yang menjual cuti kepada rakyat Malaysia. Sehari bercuti, aku jual RM200. Feh. Siapa nak partner dengan aku buka meniaga ni?

Masalahnya, mana nak cari raw material sebagai resources untuk mula meniaga ni?