Friday, June 8, 2012

Strategi Pemasaran Sebuah Kedai Makan

"Hm, ramai juga orang. Orang cakap kuih kuih dekat sini sedap." Perlahan ucap Ismadi kepada kawannya Syuib.

Mereka berdua lantas duduk di satu meja kosong.

"Bagi saya teh tarik. Kau?" Syuib memandang Ismadi sambil berkira kira menu apa yang mahu dimakannnya hari ini.

"Saya kasilah teh o ais limau satu kak. Letak limau eh?" berkata pula Ismadi dengan yakin. Sedikit kerut di kening akak ambil order.

Ismadi berdiri lalu pergi ke kaunter makanan untuk tengok tengok apa makan yang ada.

"Apa makan ada kak?" Tanya Ismadi.

"Macam macam dik. Kuih, karipap, nasi ayam, popia pun ada dik," jawab akak kaunter makan sambil tengok sibuk mengibas ngibas lalat.

"Hm, popia ni nampak sedap kak. Bagilah 4 kak." jawab Ismadi semula kepada kakak tadi dengan yakin.

Kakak tadi memberi muka sedikit gusar.

"Hm, nak makan sorang ke berapa ni dik?" Tanya akak kaunter kepada Ismadi.

Ismadi kehairanan lalu menjawab, "Saya nak makan sorang je ni kak. Kawan saya makan benda lain kot."

"Oh, maaf dik, kalau seorang makan, akak limitkan 3 biji popia je sorang dik." Akak tadi menjawab dengan nada serba salah.

"Haa??? Kenapa macam tu pulak akak?" Ismadi bertambah kehairanan.

Sambil berasa semakin kurang selesa, akak tadi membalas, "Kalau beri 4 dan ke atas dik, akak takut tak habis. Nanti, bila ada kuih tak habis atas meja, nanti ada orang lalu lalang tengok tak habis kuih, pasti orang lalu lalang tadi fikir kuih akak tak sedap, sebab itu tak habis. Maaf dik."

Ismadi termangu. Ini antara strategi pemasaran yang jarang jarang diajar oleh pensyarah.

No comments:

Post a Comment