"Komputer pertama wujud dalam tahun 1980an. Tiba tiba, 2014, 3 dekad lebih kurang, komputer sebesar bagak dah jadi tablet dan smartphone sebesar tapak tangan. Advance gila technology sekarang," kata makwe aku.
" Itulah. Aku pun baru lepas pergi seminar invention. Ada satu company dari Australia, dia cipta satu invention - buat paperwork hanya dengar bercakap. Kau cakap cakap idea kau, dalam masa few hours, dia boleh siapkan paper dekat 10 helai. Siap editkan font, susun kasi center apa semua lagi. Canggih gila manusia sekarang," kata pula rakan gay aku.
Keyword yang aku nak tekankan dalam dua ayat di atas, adalah SEKARANG. Betul ke manusia sekarang dah makin maju? Sejak bila manusia mula join scene invention, innovation, apa semua ni? Siapa orang pertama?
Berhenti belek buku sejarah sekejap, dan cari balik manusia pertama yang Tuhan sendiri cipta. Islam ke, Kristian ke, Yahudi Majusi semua, semua sepakat bahawa manusia pertama yang diciptakan ialah Adam.
Tanpa melihat kepada Adam, bayangan kita akan manusia zaman dahulu adalah bercawat, tinggal dalam gua, berbahasa "uk, uk, uk". Now, let us put Adam back into the framework. Can you imagine, Adam doing all these? Bercawat, tinggal dalam gua, dan uk uk uk?
Maka, manusia hari ini sibuklah mencari siapakah pioneer atau kebangkitan teknologi. Pernah tak kita fikir, bahawasanya Adam itu sendiri hidup di Bumi, sebagai seorang manusia? Dan sebagai manusia, Adam mempunyai segala macam curiosity atau sifat ingin tahu, seperti juga kita semua? Macam mana nak masak, nak makan, nak mandi, nak tidur berteduh. Selama beratus tahun hidupnya, tak adakah sebarang invention yang beliau dah buat? Macam mana nak hidupkan api nak masak. Macam mana nak baca bintang di langit (Adam dan Hawa terpisah selama ratusan tahun masa jatuh ke Bumi. Mesti diorang baca anak sungai, struktur Bumi, bintang di langit nak cari satu sama lain. True love yaww! Ini mencari cinta paling abadi kau tahu tak?) Sedangkan kita yang hidup 20-30 tahun pun teknologi dah boleh maju dan pesat, takkan yang hidupnya 200-300 tahun tak boleh buat lebih dari itu?
Tapi, kita semua cuba berdiri atas "our finding" yang rumah orang-orang dulu hanyalah gua. Hanyalah batu. Pakaiannya hanyalah cawat. Kau pergi cari rumah usang berusia 100 tahun, tengok macam mana rupa dia? We are talking about houses yang berusia ratusan, mungkin ribuan tahun! Tak mustahil lah rumahnya dah dimakan zaman, apatah lagi dimakan anai-anai.
Salah satu lagi point penting. Adam, datang dari syurga. Di sana, dia diajar tentang segala macam ilmu, oleh Sang Pencipta sendiri. The Creator or Creation Himself! Kau cuba fikir apa yang Tuhan dah ajar ke Adam? Hidupkan api? Masak ayam? Bina rumah? Dalam Al-Quran pun ada sebut pasal Malaikat bertanya kepada Tuhan kenapa diciptakan manusia, lalu Tuhan mengajar Adam ilmu-ilmu. Kemudian Tuhan menyuruh Malaikat menerangkan nama-nama, dan Malaikat berkata sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui. Adam pula boleh menyebut nama-nama yang ditunjukkan tadi. (Rujuk Al-Quran. Aku malas nak excerpt masuk sini).
Bererti, banyak ilmu sebenarnya yang Tuhan telah ajarkan kepada Adam, sampaikan Malaikat pun tak tahu apa ilmu itu. Jadi, kenapa kita tiba-tiba harini fikir kita lebih pandai dari Tuhan, padahal Malaikat yang mulia sendiri, yang berzikir sepanjang masa dan berada di syurga, pun banyak lagi ilmu yang Mereka tak tahu. Apahal ni manusia, apahal sombong sangat?
Plus lagi. Adam turun ke Bumi dari Syurga. SYURGA. THE Place where everyone wants to go. Syurga itu sempurna. Jadi, tak mustahil ke bila Adam turun ke Bumi, akan ada 1001 kekurangan, in fact sejuta satu kekurangan berbanding di syurga. Dan tak mustahil ke Adam ada wildest imagination of Heaven yang cuba dia reinvent semula atas muka Bumi?
So, there you go. Learnt from THE CREATOR Himself, in heaven itself, without doubt Adam Allaihissalam is the first and wildest innovation-mind in the mankind history. Tak percaya? Siapa orangnya yang meletakkan batu asas Kaabah? :)
Nanti aku sambung soal siapa sebenarnya orang Cina pertama di atas muka Bumi.
P/S: Nope, I don't put any reference. Aku percaya, walaupun banyak kekurangan dalam sistem pendidikan kita, tapi kita semua tak sebodoh itu untuk lahir dari sistem ini dan menidakkan hujah di atas. Kenapa babi haram walaupun Tuhan yang cipta pandai sangat kau fikir logik, benda macam ni takkan tak boleh fikir brader.
No comments:
Post a Comment