Wednesday, January 13, 2010

Lagi 'Pengajaran' Tersembunyi Dari Harry Potter

Selepas membaca ini, terus tawar hati aku terhadap Harry Potter, terutama ke Miss Granger. Maaf Hermione, aku tak dapat membalas cintamu padaku. Argh... Di sini juga aku selitkan sedikit sebanyak 'pengajaran' yang cuba ditanam ke dalam minda kita, terutama kanak-kanak melalui cerita ini.

'Pengajaran' Pertama

Harry terkenal dengan sikapnya yang selalu melanggar peraturan, seperti bapanya. Namun, setiap kali melanggar peraturan, dia seperti bebas, atau mempunyai immuniti kerana setiap kali dia melanggar, kononnya dapat menyelamatkan keadaan. Ya, dia seperti mengikut gerak hati. Adakah kita dibenarkan mengikut gerak hati kita sesuka hati tanpa mem'bound'kan diri kita dengan sebarang peraturan? Jadi, si keparat J.K. Rowling cuba menanamkan ke dalam minda anak muda bahawa tidak salah untuk mengikut gerak hati dan melanggar peraturan, kononnya akan membawa kejayaan. Dia juga menerapkan aspek populariti Harry dengan menampakkan sisi 'cool' jika kita melanggar peraturan.

'Pengajaran' Kedua

Menjadikan labah-labah sebagai salah satu raksasa dan fobia, terutama buku kedua, The Chamber Of Secret. Kononnya Rowling mengaku dia takutkan labah-labah, dan meletakkan sifat itu dalam diri Ron dan Dumbledore. Mengapa labah-labah? Sedangkan, Nabi S.A.W telah diselamatkan oleh labah-labah ketika bersembunyi dari kafir Quraisy. Jadi, dengan mengangkat aspek ketakutan terhadap labah-labah, seperti cuba mempengaruhi minda anak muda supaya membenci haiwan yang telah menyelamatkan Nabi S.A.W kita. Subhanallah.

'Pengajaran' Ketiga

Dumbledore, yang sepertinya mengetahui segala-galanya tentang dunia, dan kononnya telah berjaya mencipta Sorcerer Stone bersama Nicholas Flame yang mampu memberi immortality dan elixir for life. Ya, mampukah seseorang mencipta sesuatu sepertinya? Mungkin dewasa seperti kita dapat berfikir secara rasional tentang logik, namun, apa yang sedang berlegar di fikiran kanak-kanak yang belum mampu berfikir secara total? Mereka seakan akan ditanam dalam minda mereka untuk mempercayai akan adanya benda seperti ini, kepercayaan adalah kunci keimanan. Lagi, watak Dumbledore yang serba tahu juga menyebabkan ramai seperti mengagungkannya. Ketua yang dilihat hebat ini juga adalah seorang gay. Jadi, apakah kita mahu kanak-kanak memasuki kehidupan mereka dengan membawa aspek-aspek ini dalam hidup mereka?

'Pengajaran' Keempat

Semuanya adalah tentang sihir. Seolah-olah, dunia mereka tidak mempunyai Tuhan yang mengawal segala-galanya. Ya, satu lagi kawalan minda yang cuba diterapkan olah Iblis dan Dajal laknat supaya manusia menjauhkan minda mereka dari memikirkan Tuhan. Sihir hakikatnya adalah sesuatu yang sangat sangat dilarang oleh Allah S.W.T. Namun, realitinya, minda bersih anak anak telah diperkenalkan dengan sihir di awal permulaan hidup mereka berbanding mengenali Tuhan. Mereka seperti nampak sihir adalah segala-galanya, sihir adalah hebat. Terdapat kemungkinan besar bahawa mereka akan lebih beriman kepada sihir berbanding Tuhan! Subhanallah, minta dijauhkan perkara perkara syirik sebegini supaya kita tidak lebih hanyut ke dalam dunia yang sangat 'indah' ini dan melupakan 'ultimate goal' kita, yakni syurga di sana. Wallahualam.

P/S: Ini bukan teori semata-mata. Selain rujukan ini tadi, aku juga cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri yang telah lama memasuki dunia Harry dan sesat di dalam sana. Syukur Tuhan memberi sedikit hidayah untuk aku melihat di mana kebenaran dan di mana 'syurga' Dajal. Astaghfirullahalazim.

2 comments:

  1. Gua nak tahu apa kena mengena ngan hermione granger?itu makwe gua oke.

    ReplyDelete
  2. tunggu la keluar cerita last dulu..kehkehkeh..

    ReplyDelete