Monday, February 22, 2010

Adik Manja

"Puan, kenapa tanah dirobek, bukit ditarah? Mengapa keperawanan bumi digadaikan atas alasan ekonomi?" tanya Farid yang sayup, bersuara sendirian di dalam kelas, mencelah bait bait kata pensyarah Ekonomi Rumahtangganya.

"Itulah dinamakan pelaburan. Kerajaan menarik pelabur asing untuk melabur ke dalam negara. Dengan cara ini, dapat membantu menaikkan ekonomi negara," pensyarah bujangnya yang bersusuk menawan itu menjawab dengan senyuman manis di bibir. Farid termengelamun. Cepat cepat dihalaunya syaitan yang berbisik hina di halwa telinga.

"Bagaimana puan?" soalnya lagi.

"Begini, apabila contohnya sesebuah kilang, atau misalnya Tesco dibuka, ia memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Natijahnya, pendapatan dalam rumah negara akan bertambah kerana orang ramai semakin bekerja," terangnya yang masih menguntum secangkir senyuman yang tersangat manis. Ya, semut merayau rayau di sekitar senyumannya.

"Abis, alik alik Bangla Nepal jugak yang kerja nanti puan," acuh tak acuh Farid membalas.

Maka, mata mereka bertentangan. Dari mata, turun ke hati.

4 comments:

  1. gila.jangan nak buat citer 18sx.nepal ke ravindran?

    ReplyDelete
  2. ah, terus je kepale ko pikir ke yang tak patut kan?

    ravindran tu kawan ko dari sekolah rendah sampai ke dorm yang same. kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. cter ni ade tayang kat GSC x?
    gau dah x saba nak layan stim dlm panggung ni...

    ReplyDelete
  4. gua nak tengok anak yusuf haslam berlakon cerita ni. jadi kawan baik hero.

    ReplyDelete