Tuesday, August 31, 2010

Liverpool Signs Youngster!

At the moment, aku sedang mengikuti perkembangan Deadline Transfer. Seperti yang sedia maklum, detik detik macam ini memang banyak transfer merepek repek. Berbatov ke Man United tok sah cerita banyak. Mahal bebenor nye. Same ler dengan Si want-away Robinho ke Man City dulu. Karut karut. (Apdet sikit, Robinho melakukan deadline transfer yang keduanya dengan berpindah ke AC Mizal.)

Jadi, setakat ini, Liverpool sudah sign beberapa pemain. Konchesky, dan 2 orang youngsters yang memang kena kasi Google.

Mungkinkah Liverpool memburu kejuaraan liga?

Walawey!

Ok, aku memang bukan brother brother sokong Liverpool sebab aku lebih memihak kepada seteru utama mereka, Blackpool. Namesake?

***

Man United awal awal tutup tirai, cuma satu loan deal, yakni Tom Cleverley kasi hantar bertapa ke Wigan. Semoga pulang menjadi insan yang lebih taat.

***

Chelsea pun sama. Begovic memang awal awal Stoke tak nak kasi jual, so ura ura mengatakan Chelsea memburu keeper Liverpool sebagai back-up for Petr Cech mungkin boleh jadi kenyataan. Who? Syed Adney maybe?

***

Arsenal juga gagal dalam pemburuan Schwarzer dan Given. So, Arsenal, Syed Adney who?

***

Akhir kata, exam aku tengahari esok Syed Adney nak tolong jawabkan?

Makan Mekdonel RM5

Ya, tadi sebentar saya ke Mekdonel Ayer Keroh 24 Jam bersepah mat rempit bersama kawan kawan rumah saya. Adalah dalam sebulan boikot Mekdonel.

Sambutan malam Kemerdekaan di Mekdonel memang meriah. Inilah dinamakan penghayatan kemerdekaan, diraikan bersama di restoran Amerika Syarikat.

Sebab itu, dalam usaha mengurangkan rasa bersalah kerana menyambut merdeka di restoran itu, saya berbelanja hanya RM5. Air refill dan kentang goreng ngecek sikit dari kawan.

Selamat Menghayati Erti Kemerdekaan!

Friday, August 27, 2010

Bujang Senang Adalah Buaya Paling Besar Dekat Dunia Kan?

Bssshhhhhhh!!!!!

Manis manis bunyi tumisan dalam kuali petang tadi. Aku campakkan segala bawang kecil bawang besar bawang merah bawang putih Nia Ramadhani ke dalam gelegakan minyak yang sedari tadi memanasi kuali. Menari girang mereka bersama.

Kemudian, perencah bihun goreng Adabi satu paket seringgit menyertai sesi tarian dalam kuali itu. Tarian yang kuning kuning keemasan tadi bertukar warna kemerah merahan. Ya, lambang keberanian cikgu aku kata masa sambut Merdeka dekat sekolah dahulu. Selamat Merdeka. Sesudah itu, bihun yang direndam air panas terlalu lama hingga menjadi putu mayam dimasukkan ke dalam adunan tadi.

Pung pang pung pang pung pang, siap!

***

"Eyh, apasal hidang kuih dengan aiskrim je ni? Rasa rasa tadi aku beli bihun sepaket," tanya Fak panik.

Aku membaca doa berbuka penuh kesyukuran.

Thursday, August 26, 2010

February

Raya semakin menjelang. Aku tahu setibanya raya, aku akan merindui Ramadhan sesangat sangatnya, namun ketika ini, aku menjalani Ramadhan secara tidak bersungguh sungguh. Apa lah nak jadi.

Raya kali ini berbeza seperti sebelumnya kerana tanggungjawab semakin bertambah. Pertama kali menyambut bersama anak bini memang akan menjadi satu pengalaman baru buat diriku. Tahun depan aku berharap pengalaman lebih baru dengan kehadiran orang baru (bini baru) dan begitulah tahun tahun mendatang. Pergh, kalau lagi 10 tahun, penat juga melayan.

Menapak kecil anak perempuanku bertatih menuju ke arah ku. Beberapa kali jatuh tersembam, namun aku membiarkannya menangis. Itu semua pengalaman. Namun isteriku hanya menjeling tajam ke arahku. Selepas berbirat muka anak kecil itu dan darah mula membasahi pipi, barulah aku mengangkatnya dari jalan tar tadi dan membawa masuk ke dalam rumah. Ya, darah pekat itu masih juga aku membiarkan mengalir. Pandangan isteriku semakin lain macam.

"Ishk, awak tengok je si Insyirah tu jatuh, menangis, berdarah? Bukannya nak tolong sapukan ubat ke apa! Saya jugak nak kena buat semua tu, huh!" membebel kecil isteriku. Ibarat mencurah air daun keladi. Keladi ni kalau buat masak orang tua tua kata tajam sikit. Gatal lelangit.

"Papa papa! Nanti Cirah nak beli gula gula boleh Papa? Dah lama Papa tak bawak Cirah jalan jalan kan?" manja saja betah si kecil berusia 8 bulan itu.

***

Dalam poket aku ada RM 5. Nak buat berbuka lagi 3 hari lepas tak agak agak? Nak buat bekeluarga memang tak lepas la.

Friday, August 20, 2010

Burung Bebas

Bebas itu seperti burung. Meninggalkan sarang lama demi meneruskan kehidupan. Bukan dia nak sangat tinggalkan sarang itu, sebab baginya sudah selesa. Cuma, mungkins disebabkan faktor luar. Cuaca, ancaman musuh, atau mungkin sarang itu sendiri sudah tidak lagi mahukannya. Jadi, burung tadi itupun terbang bebas ke tempat baru.

Nota: Ini bukan entri putus cinta. Haha

Kredit Kepada Awak

Kerana dahulu dia yang menjaganya sejak kecil, memberi makan, menukar lampin, mendukung ke taman, melambung lambung ke udara, maka Idham sangat rapat dengan ibu saudaranya, Karimah. Pernah suatu ketika, semasa Idham berumur dalam lingkungan 3 bulan, makcik Karimahnya mengambilnya dari buaian dan dibelainya rambut anak kecil itu dengan penuh rasa kasih sayang. Pada Karimah, wajah comel itu memberi seribu satu ketenangan pada dirinya yang ditinggalkan pakwe sekelasnye. Pakwe sekelasnya khabarnya telah melarikan diri mengikut makwe Lombok. Perkhabarannya lah. Maka, Idham sangat mengingati memori itu. Ya, Idham berumur 3 bulan.

Ya, jika anda rasa cerita di atas sangat tak logik, begitulah rasanya pengarah pengarah filem apabila membuat filem mereka. Membuat sesuatu yang tak logik. Contohnya, Evelyn Salt (Angelina Jolie) melompat dari satu lori ke satu lori yang lain tanpa sebarang rintangan angin. Cibai. Cumanya, aku rasa Angelina Jolie yang Evelyn Salt itu sangat cantik. Pertama kali aku rasa Angelina Jolie cantik.

By the way, cerita Idham di atas adalah kisah benar, 40%.

Tuesday, August 17, 2010

Berita Yang Tidak Sedap Sangat Didengar

Real Madrid confirm the signing of Ozil. Semoga di Madrid, Ozil boleh puasa. Demmit!

Rashid Salleh

Rashid Salleh dahulu adalah pelakon kopitiam yang kemudian menceburi bidang penyiaran sebagai pembaca berita sukan di ESPN, dan sekarang Astro Arena. Nice.

Ok, topik hari ini adalah Salleh Gregor Samsa. Masa lahir lahir dulu, maybe parent dia taruk nama Salleh supaya menjadi seorang anak yang soleh(Moral yang baik dan kemurnian roh yang terpancar dari hidup kita, saat kita konsisten menerapkan firman Tuhan). Tapi tak sure pula adakah parent dia meletakkan nama Gregor(vigilant, watchful) sekali pada nama dia. Samsa tu aku syak nama sejenis sos.

So, this little boy is actually stil doesn't understand what's happening in this world, and just follow his little heart, without even thinking of anything. Fikir menggunakan hati.

Puasa dipaksa pada usia muda supaya kita belajar untuk menerapkan unsur kesabaran dalam diri. Bila capai tempoh matang (baca: baligh, mumayyiz), kita akan mengenalpasti dan mengerti apa maksud puasa dan adakah kita masih perlu memaksa diri untuk melakukan sedemikian. Then, when you grow up and still have to force yourself to fast, the spirit is still not there yet. Well, at least you still menunaikan rukun Islam. And yes, you still can consider yourself as a Moslem, cuma sedalam mana tahap Moslem tu, nilai diri sendiri.

Ok, ini waktu subuh. Sebenarnya tak sedap sangat nak coret sana sini. So, lepas semayang, aku ingat nak pergi berjoging sekejap, pasal ayat aku pun dah bunyi Gugel Translator.

Owh, who's this fucking Gregor Samsa I'm talking about? No, he's not a priest. That would be Gregor Mendel. This fucking boy, is actually nobody, but you can still Gugel him. I so lazy lazy lah to put link sana sini. I want to go semayang, and joging joging sikit.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan

Dulu, saya ada seorang kawan bernama Ramadhan. Tapi saya tak tau di mana dia sekarang. Moga moga dia puasa.

Ok, start. Tahun ini, saya suppose to be 20. Which means that my puasa this year dah mungkin tak dapat seringgit sehari kalau puasa penuh. Sebab saya dah besar. Mungkin sepuloh ringgit sehari, atau seratus, bersesuaian dengan tumbesaran saya.\

Maka, di sini, secara malas menulis kad raya atau taip SMS, saya melakarkan ucapan selamat berpuasa kepada semua.

* Macam mana nak apply jawatan Pemegang Mohor Mohor Besar Diraja Melayu?

Saturday, August 7, 2010

Aku Pun Tak Tau Apa Motif Aku Buat Mende Alah Ini

You say Justin Bieber I say ACDC

You say Miley Cyrus I say Led Zeppelin

You say T-Pain I say Guns N Roses

You say Kanye I say Metallica

You say Pink I say Iron Maiden

You say Hip Hop i say shut the fuck up

You say Pop I scream Rock!

You say hanah montana-i punch you in the face

92% of teenagers have turned to Hip Hop and Pop.If you are part of the 8% that still listen to real music,copy and paste this message. LONG LIVE ROCK N ROLL

But Justin Bieber is fucking cute though! Baby baby baby auuww....FUCK!

Friday, August 6, 2010

Prakata /

Ini adalah pra-sinopsis konsert malam tadi. Tapi aku sedang tiada masa + mengantuk + tiada duit. Jadi, sinopsis kisah Si Comel dan Pri Pri Ajaib atau Jack dan Kacang Ajaib Beliau aku tak nak cerita kat sini, boleh cari dalam buku buku cerita. Cerita pasal Slash mungkin akan diceritakan 2 3 hari lagi, bergantung kepada mood dan cuaca setempat.

Jadi, kepada future reader yang sudah menyimpan dendam kesumat, sedia sedia lah komen.

Slash is fucking damn AWESOME!

Wednesday, August 4, 2010

The Imaginary Thing

Syed Hafeez pernah cakap, bunyi dia lebih kurang macam ni, " Tak payah belajar pun tak apa, janji imaginasi tinggi." Well, actually, bukan dia cakap secara hati. Dia petik kata kata Socrates kot. Atau Malek Noor.

Maka, arakiannya di sini, what I'm trying to say is actually, aku jarang update blog, dan ini sedikit sebanyak mungkin boleh dikaitkan dengan lack of daya imaginasi. Maybe aku banyak sangat belajar sampai daya imaginasi aku rendah. Maybe.

With imagination, comes Spider Pig!

Damn Matt Groening. Aku mahu jadi macam dia!