Kerana dahulu dia yang menjaganya sejak kecil, memberi makan, menukar lampin, mendukung ke taman, melambung lambung ke udara, maka Idham sangat rapat dengan ibu saudaranya, Karimah. Pernah suatu ketika, semasa Idham berumur dalam lingkungan 3 bulan, makcik Karimahnya mengambilnya dari buaian dan dibelainya rambut anak kecil itu dengan penuh rasa kasih sayang. Pada Karimah, wajah comel itu memberi seribu satu ketenangan pada dirinya yang ditinggalkan pakwe sekelasnye. Pakwe sekelasnya khabarnya telah melarikan diri mengikut makwe Lombok. Perkhabarannya lah. Maka, Idham sangat mengingati memori itu. Ya, Idham berumur 3 bulan.
Ya, jika anda rasa cerita di atas sangat tak logik, begitulah rasanya pengarah pengarah filem apabila membuat filem mereka. Membuat sesuatu yang tak logik. Contohnya, Evelyn Salt (Angelina Jolie) melompat dari satu lori ke satu lori yang lain tanpa sebarang rintangan angin. Cibai. Cumanya, aku rasa Angelina Jolie yang Evelyn Salt itu sangat cantik. Pertama kali aku rasa Angelina Jolie cantik.
By the way, cerita Idham di atas adalah kisah benar, 40%.
No comments:
Post a Comment