Thursday, August 26, 2010

February

Raya semakin menjelang. Aku tahu setibanya raya, aku akan merindui Ramadhan sesangat sangatnya, namun ketika ini, aku menjalani Ramadhan secara tidak bersungguh sungguh. Apa lah nak jadi.

Raya kali ini berbeza seperti sebelumnya kerana tanggungjawab semakin bertambah. Pertama kali menyambut bersama anak bini memang akan menjadi satu pengalaman baru buat diriku. Tahun depan aku berharap pengalaman lebih baru dengan kehadiran orang baru (bini baru) dan begitulah tahun tahun mendatang. Pergh, kalau lagi 10 tahun, penat juga melayan.

Menapak kecil anak perempuanku bertatih menuju ke arah ku. Beberapa kali jatuh tersembam, namun aku membiarkannya menangis. Itu semua pengalaman. Namun isteriku hanya menjeling tajam ke arahku. Selepas berbirat muka anak kecil itu dan darah mula membasahi pipi, barulah aku mengangkatnya dari jalan tar tadi dan membawa masuk ke dalam rumah. Ya, darah pekat itu masih juga aku membiarkan mengalir. Pandangan isteriku semakin lain macam.

"Ishk, awak tengok je si Insyirah tu jatuh, menangis, berdarah? Bukannya nak tolong sapukan ubat ke apa! Saya jugak nak kena buat semua tu, huh!" membebel kecil isteriku. Ibarat mencurah air daun keladi. Keladi ni kalau buat masak orang tua tua kata tajam sikit. Gatal lelangit.

"Papa papa! Nanti Cirah nak beli gula gula boleh Papa? Dah lama Papa tak bawak Cirah jalan jalan kan?" manja saja betah si kecil berusia 8 bulan itu.

***

Dalam poket aku ada RM 5. Nak buat berbuka lagi 3 hari lepas tak agak agak? Nak buat bekeluarga memang tak lepas la.

6 comments:

  1. nice one.

    Insyirah? kampung gila nama.

    ReplyDelete
  2. Aku dah banyak terpengaruh dengan Trankuiliti. Haha

    ReplyDelete
  3. makan kena ala2 kadar jela ehh ? Kaw kan pandai jimat . hehe

    ReplyDelete
  4. Aku ingat nak cari bini lawyer la sha.

    Ejas sorang membe kau. Haha

    ReplyDelete
  5. bini loyer buruk nak tak gory?

    ReplyDelete
  6. Taknak. Nak loyer yang lawa lawa. Haha

    ReplyDelete