Friday, August 27, 2010

Bujang Senang Adalah Buaya Paling Besar Dekat Dunia Kan?

Bssshhhhhhh!!!!!

Manis manis bunyi tumisan dalam kuali petang tadi. Aku campakkan segala bawang kecil bawang besar bawang merah bawang putih Nia Ramadhani ke dalam gelegakan minyak yang sedari tadi memanasi kuali. Menari girang mereka bersama.

Kemudian, perencah bihun goreng Adabi satu paket seringgit menyertai sesi tarian dalam kuali itu. Tarian yang kuning kuning keemasan tadi bertukar warna kemerah merahan. Ya, lambang keberanian cikgu aku kata masa sambut Merdeka dekat sekolah dahulu. Selamat Merdeka. Sesudah itu, bihun yang direndam air panas terlalu lama hingga menjadi putu mayam dimasukkan ke dalam adunan tadi.

Pung pang pung pang pung pang, siap!

***

"Eyh, apasal hidang kuih dengan aiskrim je ni? Rasa rasa tadi aku beli bihun sepaket," tanya Fak panik.

Aku membaca doa berbuka penuh kesyukuran.

4 comments:

  1. mihun tu ade rupe askerim?terer korang

    ReplyDelete
  2. Er, bese la. Cooking Master Boy. haha

    ReplyDelete
  3. Bukan bukan. Bihun tu hilang. Haha

    ReplyDelete