Thursday, January 27, 2011

There Will Be A Point Where You Are Too Tired To Live This Life...

...and I'm at the point now.

Goodbye world. Goodbye life.

Semoga kita berjumpa di kehidupan akan datang. :-)

C.I.N.T.A.

Siapa perkara pertama di kepala dia lepas baca tajuk ni adalah sial atau fucking, lu orang memang true.

Kahkahkah.

Persoalannya, mana pergi Batrisya saya ni?

Gua mahukan cinta dari dia beb. CINTA!

Tuesday, January 25, 2011

Future Device

Ok. Soalan. Apa device yang menjadi trend gila babi sekarang. Bagi aku dua device.

Cepat jawab.

Cepat.

Masa itu pedang.

Aku tak banyak masa nak tunggu korang.

Ok, lantak la jawapan kau orang apa. Aku nak dengar kau orang jawab DSLR dengan handphone je. Sapa jawab laen pergi bukak blog lain. Gahahaha.

Ok. Point aku.

Hm, betul kan dua benda ni adalah trend sekarang? Budak budak tengah sibuk nak belajar punca kuasa pun dah terhegeh hegeh pakai kamera ni. Beli mahal mahal gambar buruk buat apa ye dak? Housemate aku, Berg. Budak AD Photo. Bagi la kamera henpon ke, gambar tetap lawa. DSLR dia cikai je. Lens pinjam pinjam je. Tapi talent tu ada. Macam juga Nemba. Talent talent. Kalau setakat duit je ada, gambar lu orang jadi lawa pasal kamera lu orang mahal je sebenarnya.

Ok, kemudiannya pula. Handphone. Iphone lah Blackberry la Ribena la. Macam macam. Ah, aku nak cakap pun tak pandai. Pasal dua dua DSLR sama handphone mahal mahal aku tak ada.



Seketul Blackberry untuk engkau orang...



Dan seketul kemera bagak ni untuk lu orang.


Jadi, berbalik pula kepada point asal aku. Kalau dahulu, handphone adalah rare. Kamera adalah rare. DSLR lagi lah. Kini, handphone kamera pun dah tak rare.

Jadi, cuba lu orang bayang. Agak agak dalam 5 tahun lagi ada tak mereka ini akan menjadi satu device?

Smartphone featuring DSLR???

Sapa sapa pandai Photoshop, cuba buat sikit konsep idea ni. Aku tak reti benda benda kompiter ni. Handphone pun skrin tak kaler.

Sunday, January 23, 2011

Di Persimpangan Jalan Itu

Akan tiba kau di satu persimpangan.
Di kirinya kawan, dan di kanannya cinta.
Satu jalan, dan seribu perbezaan.
Mana yang kau pilih?

Akan tiba kau di satu persimpangan.
Terus atau ke belakang.
Yang ke belakangnya bererti kau telan apa yang telah kau ludah.
Dan ke depannya perjuangan kau hanya sendirian.
Mana yang kau pilih?

Aku?

Aku pilih untuk terus melangkah ke hadapan.
Dan berharap agar kehidupan baru memberi seribu kebaikan

Saturday, January 22, 2011

Batrisya

Satu pandangan mata yang menyinggah pagi itu mengaburkan segalanya,
Kalau secangkir senyumanmu itu bisa meruntunkan hati hatta pembunuh sekalipun,
Inikan pula aku yang sedang menagih kasih dari manusia.

Kau datang dan mengetuk pintu hati ini.
Kau datang dan meramah mesra seketika dengannya.
Tapi sebelum sempat hati ini bertanya nama dan butir diri,
Kau lari membiarkan ia terpinga.
Mengapa? Mengapa? MENGAPA???

Maka malam malam ku hanyalah ditemani bayangan yang satu itu.
Bayangan di mana satu pandangan mata yang menyinggah pagi itu mengaburkan segalanya,
Kalau secangkir senyumanmu itu bisa meruntunkan hati hatta pembunuh sekalipun,
Inikan pula aku yang sedang menagih kasih dari manusia.

Adakah kau cinta?

Thursday, January 20, 2011

Puteri

Desiran angin pantai. Menghempas air laut ke persisiran pantai. Bulan penuh sendiri di langit malam yang sesekali ditemani satu dua bintang junior. Ada garis halus di sekeliling bulan itu. Sunyikah ia? Tiada temankah untuknya malam ini? Sesekali dirinya dihembus angin malam. Sejuk menusuk ke dalam jiwa yang sepi. Akan satu dua bintang kecil tadi semakin menghilang membawa diri. Kembali menyepi bulan tadi. Sendiri. Kini.

Hanya bertemankan nyanyian pantai malam.

Satu dongakan ke langit hanya memberi satu kekosongan. Hamparan kesunyian terpampang jelas di sana. Sesekali hadir cahaya lampu dari jalanan, tapi limpahan neon bukanlah yang dicari. Sebaliknya,sinaran bintang yang didahagakannya. Bintang yang menghulurkan kasih dan sayang. Sayang? Huh!

Di manakah cinta?

Amacam? Kehkehkeh

Wednesday, January 19, 2011

Latest Transfer News And Gossips

Ok, when you have tonnes of works to do and you are lazy, you are tend to be distracted to do other things. Saya tak. Saya tak ada kerja pun nak buat sebenarnya. Jadi, ini tidak dikategorikan sebagai lazy. Kategori. Ya, kata kata Gory. Muahahaha.

Ah, merepek.

Fokus kepada tajuk semula.

January is a transfer window. Which means peluang untuk kelab kelab utama Liga Eropah memperkuat atau memperlemah skuad mereka, dengan signing new players.

Intro banyak pun tak guna.

Darren Who?

Darrent Bent is at the center of transfer news after he handed a transfer request to his club shortly after the 1-1 draw against local Tyne rival Newcastle last Saturday. Sunderland surprisingly sit 6th in the table and competing for the Europe thanks to their trio striking force of Bent-Gyan-Welbeck. Tapi, kenapa tiba tiba di saat tengah hebat ini dia mahu pindah?

Kerana dikhabarkan Aston Villa trying to sign him for an estimated £24million. £24million! Banyak tu. Sama banyak macam Man United sign Rooney! Tapi, siapa Darren Bent ni? Power ke? Tidak se-famous Rooney atau Drogba, Darren Bent is actually the third highest scorer for the the last five season of Premier League, scoring 81 goals in that period, only to be bettered by Rooney and Drogba, each scored 82. So, mungkin di situ rasionalnya Aston Villa mahu menyigned (Kata dasar-signed) Darren Bent dengan harapan Bent dapat membantu Villa to avoid relegation.

Jadi, kenapa Sunderland setuju untuk jual? Three reasons. One is because Bent only scored two goals from the last nine games. Which means he's not in his best form. Second is because of the fee. They signed Bent for £10million and have the opportunity to sell him for £24million. £14million of profit! Third? Kevin Phillips' lesson. Back in 2000 or 2001 tak silap aku, Sunderland ditawarkan oleh Aston Villa sebanyak £16million untuk Kevin Phillips, England striker at that time. Tapi they refuse. At the end of the season, they were relegated, and Phillips sold for only £1million. Ya, 16 kali ganda lebih murah, Jadi, Neil Quinn si pengerusi Sunderland tidak mahu pisang lightning strike twice. And principle of business is sell asset when it is at its peak value.

Sebenarnya, aku pun taktau pasal apa aku cerita benda ni. Mungkin bila aku mengantuk, aku tak boleh berfikir secara rasional. Mungkin bila aku dah rasional, aku akan cerita benda benda best. Macam cerita pasal Batrisha. Oh Batrishaaa~ Wink*wink

Tuesday, January 18, 2011

Sequel

Ya, ini adalah sekuel entri sebelum ini. Kalau dalam sehari post dua entri tajuk sama tak elok jugak perangai.

But then, it really worth it. What a weekend for football across the globe. Besides Roberto Carlos wonder and that handball video, these two below are just another magic happened last weekend.

First video.

Zlatan Ibragimovic! (Ok, komentater tu sebut nama dia gitu) scored from a "tak-masuk-dek-akal" angle. Serius tak masuk akal.



Second video.

Cani from Villareal did a half-line goal. Ok, banyak gol macam ni, but what makes it fantastic is that he did it with his first touch! Ok, tengok sendiri.


Video Bola Sepak Minggu Ini

Jadi hari ini, bersama Abang Jem (bernadakan Salih Yaacob) untuk ruangan "Sembang Bola" ye.
Untuk minggu ni, Abang Jem nak tunjukkan engkau orang engkau orang semua dua video yang sangat menarik ye.

Ok, geli geleman aku.

Kalau engkau orang nak tengok video video EPL, La Liga, pergi cari Astro.

Di bawah ini, ada dua video bolasepak yang pada aku cool.

Video pertama.

Roberto Carlos. Score goal. Remember his goal against France? That 'tak-masuk-akal' freekick? Well, below here, he added another amazing 'tak-masuk-dek-akal' goal, from corner kick! Watch it!





Video kedua.

Ok, ini bukan amazing video pun. Cuma, mungkin semasa kejadian, referee sedang angau dekat makwe kedai henpon dia beli topap sebelum game kot.

Al-kisahnya, handball yang sangat obvius, tapi tak handball. Remember Luis Suarez handball against Ghana? Lebih kurang macam tu.


Monday, January 17, 2011

Tottenham Hotspur Vs Manchester United


Maher Zain serius menjawab pertanyaan wartawan wartawan media Malaysia mengenai konsertnya di Shah Alam.



"Insyaallah, saya akan mengadakan konsert lagi di sini. Malaysia sudah ibarat rumah kedua saya. Manchester? Oh, tidak. Saya tidak pernah menyokong Manchester United," jawab Maher tenang menjawab soalan soalan dari Kak Pora.

Kata kunci : Alan Hutton.

Sunday, January 16, 2011

WTF!

Monday, Tuesday...

Wednesday Thursday Friday.

WTF WTF!

Thursday, January 13, 2011

Deja Vu

Angkat tangan siapa tak tau maksud deja vu? Ok, pergi Google. Tak rajin aku nak explain sini. Aku amik masa pun setahun nak paham benda ni.

Tahun 2002 2003, zaman zaman darjah 6 tingkatan 1, aku mula berkecimpung dalam arena Winning Eleven Playstation Satu. Dan, dalam WE, kelab kelab Itali memang kuat nak mampus. Zaman zaman di mana Pavel Nedved, a Czech Republic international, Juventus. Adriano dan Figo, Inter Milan dan Shevchenko dan geng geng Maldini dia semua tu mewakili AC Milan. Memang heaven pakai ketiga tiga kelab ni.

Tapi fokus saya pada hari ini adalah Pavel Nedved. Seperti biasa, perkara pertama yang membuatkan aku tertarik dengan dia adalah namanya. Rare la pada orang orang Malaysia macam kita. Gaya permainan dia pun menarik. Ah, aku taknak cerita banyak pasal dia. Malas. Kau orang boleh Google dia. Cuma, sewaktu dia bersama Juventus, Juventus memang prime. Menang Seria A 2 3 kali tak silap aku. Lepas dia bersara, Juventus pun down down and down.



Pavel Nedved, Juventus. Kini bersara.


Selepas itu, aku sudah kurang follow Juve. Tapi sekarang, selepas dia kembali, aku pun follow kembali walaupun sedikit.



Pavel Nedved. Juventus. Kini kembali.

Ok tipu. Ini adalah Milos Krasic. Summer signing from CSKA Moscow. A Serbian international. Melihat dia dalam jersi Juventus memang mengingatkan aku kepada Pavel Nedved. Tak lari langsung! Gaya permainan pun lebih kurang. Semoga Juventus terus maju. Majulah Juventus untuk Itali!

Wednesday, January 12, 2011

Manchester United



Ini adalah Wayne Rooney. Manchester United sejak 31 Ogos 2004. Lepas lepas Euro 2004 di Greece. Perlawanan pertamanya dengan Manchester United, adalah ketika menentang Fenerbahce dalam perlawanan Champions League di Fenerbahce tak silap aku. Untuk perlawanan debut ini, beliau bukan sahaja dapat menjaringkan gol, malah berjaya menjaringkan hatrik, yang mana salah satunya adalah freekick.

Kenapa aku menceritakan tentang Wayne Rooney? Untuk pengetahuan, entri ini aku tulis tanpa meng-Google langsung, sebaliknya aku try tulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman aku.

Asalnya, memang dah lama aku nak tulis tentang Manchester United ni. Tapi pasal malas dan feel untuk menulis tak dalam. Tapi sebentar tadi aku terbaca Sokerleaks, dan ternampak tentang tajuk ini. "Poser". Ya, aku akui, memang ramai peminat Manchester United adalah poser. Tapi aku tak cakap semua, dan aku tak cakap hanya peminat Manchester United sahaja yang poser.

Rata rata peminat bola menyokong Manchester United kerana senang. Jalan selamat. Sebab selalu menang. Jadi, kalau pergi mamak, nak bersorak tak malu. Kan? Sebab selalu menang. Ramai juga yang sokong kerana pemain pemain Manchester United worldwide fame. Jadi, kalau ditanya, senang nak jawab. Petik sahaja nama Ronaldo, Beckham, Rooney.

Peminat Chelsea pula rata rata yang poser adalah peminat pasca-Abramovich. Salah, lebih tepat lagi, pasca-Claudio Ranieri. Selepas zaman Ranieri, kerana ketika itulah Mourinho masuk dan Chelsea mula menang EPL dan Carling Cup dan EPL. Tapi, cuba tanya mereka pemain pemain pra-Mourinho? Aku dahulu pernah menonton Chelsea, dan as far as I can recall my memory, zaman zaman Zenden, Zola, Marcel Desailly dan goalkeeper tu apa nama eh? Frank De Boer kot. (Serius, aku memang tak Google). Eh, salah. Itu coach Ajax tu. Serius aku tak ingat. Keeper Holland. Oh, dan lagi ada Mario Melchiot pasal aku suka tengok rambut dia. Well, masa tu umur umur 11 12. Tak paham lagi tengok bola secara betul.

Liverpool pula? Ya, Liverpool memang sebuah kelab yang kaya dengan sejarah. 18 juara liga, 5 kali juara Eropah. FA Cup banyak juga tak silap aku, 7 ke 9 gitu. Aku sejujurnya kurang mengenali Liverpool berbanding kelab lain pasal aku memang tak tengok Liverpool. Aku tengok Liverpool sejak zaman Michael Owen sahaja. Masa tu Gerard nombor 24. True true. Haha. Tapi yang aku tahu sejarahnya kaya dengan Kenny Dalglish, Ian Rush, Sammy Lee dan lain lain. Tak ingat. Tapi, poser poser Liverpool kebanyakannya minat Liverpool bermula zaman Benitez pasal menang Champions League. Sedangkan zaman Gerard Houlier dulu siap pernah menang treble lagi. Mereka juga sokong Liverpool pasal benci Manchester United. Tapi aku memang suka masa Owen dekat Liverpool. Silap besar sungguh dia pergi Real Madrid. Sama macam Mcmanaman. Tamak.

Arsenal? Pada aku, antara empat kelab ni, lepas Manchester United aku sokong Arsenal, pasal gaya permainan dia sedap. Terbayang bayang lagi dalam ingatan aku game Arsenal masa zaman Bergkamp-Henry-Pires-Ljungberg. Pergh! Memang true. Overmars aku ingat sikit sikit. Lepastu si Viera. Haha. Sekarang ni pun, best jugak. Fabregas, pertama sekali aku ingat, dalam loker Pyol Muhamad. Masa form 2 tak silap aku. Fabregas umur 16. Rambut panjang macam setan. Pyol memang penyokong Arsenal sejak aku kenal dia. Pada aku, peminat Arsenal kurang poser la pasal game depa memang lawa. Cuma, cepat emo sikit kalau kalah. Entah lah kenapa.

Jadi, adakah aku poser kerana menyokong Manchester United? Entah, takkan aku nak judge diri aku sendiri.

Pengalaman pertama aku terdetik dengan Manchester United, masa zaman Eric Cantona kot. Tapi, samar samar, pasal masa tu umur 5 6 tahun. Tapi benda pertama yang aku memang ingat, gol Beckham dari kotak sendiri rembat terus ke pintu gol lawan. Hm, lawan apa eh? Aku tak ingat la. Masa tu Beckham nombor 24.

Lepastu, World Cup 1998. Yang aku ingat, Belanda pergi semi-final bawah Guus Hiddink. Lepastu, Davor Suker! Pergh, memang jadi bualan budak budak dekat kelas. Aku tertarik pasal nama dia stail. Davor Suker. Lepastu, nama Croatia pun stail. Lepastu, baju Croatia pun stail. Gol Owen lawan Argentina aku ingat pasal aku tengah minat Owen dekat Liverpool masa ni. Then, Zinadine Zidane. Tak payah cerita banyak. Tapi masa ni aku tak ada pasukan pilihan. Ikut ikut orang je lagi. Sokong Brazil la masa tu. Final aku tak tengok, pasal bapak aku tak bagi. Sekolah. Pergi pergi sekolah tau tau France menang 3-0. Bertiup kencanglah khabar angin pasal Ronaldo tak perform. Ada yang kata dia sakit perut lah, kena buat dengan bomoh France lah. Masa itu aku umur 8, jadi tendency untuk percaya khabar angin adalah tinggi. Haha.

Then, comes THE YEAR. 1999. Darjah tiga. Aku ingat lagi malam itu. Abang sedara aku kejut ajak tengok bola. Aku pun taktau apa lawan apa masa tu. Rupa rupanya, Champions League final, Manchester United lawan Bayern Munich. Haram aku tak ingat yang part awal awal pasal tengok tersengguk sengguk. Tau tau bayern dah lead 1-0. Aku pun, lantaklah. Kemudian, datanglah penghujung perlawanan. Minit 89. Masa itu, Ole Gunnar Solskjaer baru masuk. Untuk budak berumur 9, aku dengar dengar abang sedara aku sebut, " Ole Ole Soldier ni killer ni. Jenis skor last last minit". Super-sub. Term baru pada aku. Aku jadi segar, pasal aku nak tengok yang disebut sebut Soldier ni. "Pakai baju askar ke dia main?" bentak hati kecil aku.

Corner kick. Beckham. Aku ternampak kelibat goalkeeper, Peter Schumacher (Yes, itulah yang aku pronounce dulu dengan anggapan Peter Schmeichel dan Michael Schumacher adalah orang yang sama) Bengap. Haha. Pertama kali aku nampak goalkeeper dalam kotak penalti lawan. Kemudian, bola ke arah gawang, aku samar samar nampak, tiba tiba gol!!!!! "Pergh, goalkeeper skor!" akau cakap dalam hati. Ya, masa tu penglihatan aku bukan jelas sangat. Lepastu, corner sekali lagi. Aku mencari cari balik goalkeeper. Pasal sebenarnya aku ingat ini replay. Rupanya second goal!!!!!

And the rest is history. Itulah malam yang membuatkan aku menjadi seorang penyokong Man United. Dari situ aku mula belajar sejarah sejarah dia. Dari zaman Newton Heath, ke era Matt Busby. Mengikut yang aku baca, aku sangat tertarik dengan Duncan Edward. Pasal masa sebelum Munich 1958 tu, Sir Matt Busby ada cakap dia antara pemain terbaik. Sir Alex Fergusan juga pernah cakap sebegitu. Pemain terbaik yang pernah dilihat. Lebih baik dari pemain sekarang. Even Bobby Charlton pun sendiri cakap benda yang sama. Cuma sayang, dia mati pada usia muda. Tak sempat ada karier yang panjang. Lepastu the reborn of Busby Babes selepas tragedi Munich. Kemudian zaman Charlton-Law-Best. Dan sekarang, Giggsy. Pemain paling aku hormat dalam bolasepak pasal dia tak pernah dapat satu kad merah pun sepanjang karier Manchester United dia!

Ya, aku tak cukup tua untuk merasai zaman itu, tapi aku belajar sedikit sedikit dari Youtube dan bacaan orang orang lama yang pernah merasai. Sama seperti zaman Allahyarham Mokhtar Dahari. Aku tak pernah sempat tengok. Tapi melalui pengalaman pengalaman goalkeeper Arsenal semasa England B lawan Malaysia ke Selangor aku tak ingat, dia pernah cakap tendangan Supermokh antara yang paling kencang pernah dia tahan. Sorry aku tak ingat nama goalkeeper Arsenal ni. (Aku tak Google). Dan juga Youtube Selangor lawan Singapura. Pergh, gol memang legend.

Jadi, itulah sedikit sebanyak pengalaman bolasepak aku. Tetapi, menyokong Manchester United tak membataskan aku untuk menyokong team lain. Aku tetap sokong Spurs, Arsenal, Blackpool. Kerana permainan permainan mereka. Senang kata, almost dalam setiap game, akan ada pasukan yang aku sokong. (Menyokong pasukan bererti kalau pasukan itu score goal, kau akan orgasm, manakala kalau bolos kau akan butthurt).

So, komen kau orang, poser ke tak aku nih? Kahkahkah

Tuesday, January 11, 2011

Justin Bieber Live In KL

Okeh, kalau ayat pertama lu orang adalah gay, lu orang memang cibai. Haha.

Aku di sini hanya mahu membicarakan sebuah konsep idea. Idea ini tak tertakluk kepada sesiapa. Ianya hanyalah idea, which means kalau engkau orang rasa macam "Eh, kool" dan kau orang boleh buat. Tapi kalau ada consequences tanggung sendiri. Kahkahkah.

Okeh, let us create a situation first. Kau orang boleh tengok dalam TV atau dalam Youtube how the situation is when Bieber is on stage. Got it? Got it?

Now, let us make it clearer.

Justin Bieber berada di atas pentas. Menyanyi dengan suara sumbangnya. Tak kisah. The issue here is what's happening down here. Yes! Makwe makwe sedang melompat terkinja kinja menjerit jerit. Scream their lungs out menyebut nama Bieber kerana obses (bak kata Luqma). Right?

So, apa point aku?

Ya, kepada lelaki lelaki, entri ini khas ditujukan untuk kita. Kalau perempuan, boleh jugak. Makwe makwe tadi semua sedang galak screaming, dan kita pulak, yang memang haram tak layan apa berada di atas pentas, hanya stand cool sambil dikelilingi makwe makwe melompat. Booya! Heaven. Kahkahkah.

Jadi, kau orang nampak point aku? How 'wonderful' the scene is for guys to be there? Got tit got tit? Eh, salah. Got it got it? Kahkahkah.

Tapi, seperti yang aku cakap. Ini adalah sebuah konsep idea. Kerana saya sudah ada makwe, maka saya perlu hormati itu. Tetapi, kalau saya seorang makhluk yang memang keghojenye pergi kelab dan huha huha, this might be a once-in-a-lifetime opportunity. Tapi tak. Saya sayang makwe saya. Cewaah.

Sunday, January 9, 2011

What Will You Do if You Have RM 1 Million?

Translation.

Apa pikior mengkome mengkome kalau mengkome dapat la satu juta? Satu juta! He'eh!

Ya, satu juta ringgit is not a common thing actually, untuk orang orang macam kita ni lah. Biasanya kapitalis saja yang main main dengan satu juta ni. Tapi, kalau la mengkome mengkome Google baca dekat Amareka sana, ramai je teenagers dia orang yang make first million during teen years. Belasan tahun. Aku, belasan tahun, dapat dua ribu pun ketor lutut ni ha.

Jadi, bila aku terbelek belek blog Saparwan, ada lah aku nampak entri dia "Apa Kau Buat Kalau Dapat Satu Juta."

Let us start our countdown.

1. ASB.

Yes, itu saja impian aku. Kalau aku ada RM 1 juta, aku masuk dalam ASB je. Untuk tahun pertama. Mari kita buat metemetik. ASB bagi dividen 6%-7% setahun. Bonus biasanya tak kurang 1%. Jadi, kita ambil purata paling rendah, pasal kalau nak kira future money, it's best to calculate the least we can make, supaya expectation kita rendah.

Misalan aku ada RM 1juta. Dividen 6% setahun. At the end of the year, aku akan dapat RM 60 ribu ye dak? Plus bonus around 1%, ada extra RM 10k. Jadi, setahun aku akan dapat RM 70k. And this RM 70k, kalau mengikut ramalan malas aku, aku akan spend untuk menyara kehidupan aku sehari harian. Which means RM 70k divide by 12 months, we'll get almost RM 6 ribu sebulan right? Huh? How about a life with RM 6 ribu sebulan? Tak cukup?

Tapi, ini kira kira atas kertas, and hopefully it doesn't involve any pemotongan cukai. Ke ada? Ok lah, kalau ada tolak cukai dan zakat, kita kira balik. Nanti aku tanya Kementerian Hasil Dalam Negeri.

2. Real Estate.

Sebolehnya, aku memang tak nak usik duit dalam ASB tadi, pasal it can be a passive income. Goyang kaki dapat duit. Eh, tak. Ini bukan MLM. Ini namanya ASB. Kahkahkah. Ok, tapi, living with that kind of money, although it's nice, tapi tak interesting sangat. We have to make a little investment. Jadi, what's the most profitable investment? Exactly! Real estate. Kalau nak lebih masyuk, invest dalam komersial lot. Because the value increase at higher rate compare to lot rumah. However, the risk is that kalau tak ada orang nak meniaga, tak ada orang nak menyewa. And the location must be sangat sangat strategic. Tapi, aku kurang berminat invest in komersial lot. Jadi, option aku? Kondominium. Yes. With RM 1 million, I can go with a few RM300k-400k something kondo located around Kuala Lumpur. Lebih masyuk, kalau dapat area yang easily accessible, contohnya that location ada LRT, or tumpuan orang ramai like mall or shopping complex. Orang ramai berebut rebut nak sewa. Kalau dapat beli cash, memang lagi untung pasal sewa tu nanti akan menjadi untung semata mata. But then, untuk pulang modal from the sewa may take some time. Jadi, plan aku? Loan bank up to half the amount of the bangunan. For example, kalau the condo cost at RM 300k, then aku akan loan around RM 150k, and cash the balance. Dengan cara ini, the risk is half.

Mak aku ada beli satu dekat area Wangsa Maju, and it is a REAL investment. Sebab, bawah blok kondo mak aku, tu ha dia ada stesen LRT Sri Rampai. But then, situ memang harga mahal around RM 500k-600k. So, one of the option? Pergi beli bank lelong. Pasal nanti dapat harga murah. Harga asal.

3. Car.

Ya, kalau tanya aku, kereta impian aku hanyalah Viva. Ok, kalau ada RM 1 juta, mungkin aku upgrade jadi MyVi. Pasal pada aku, membeli kereta adalah option terakhir. As long as it is moveable, which means boleh bawak kau ke destinasi tujuan kau, dan jimat minyak, then that's it. Macam mana kalau aku ada anak? Or kena jalan jauh? Well, it's true that long distance travel memang lebih asyik kalau naik kereta sedap sedap. Tapi, as long as Viva or MyVi aku larat, then aku still opt to drive them. Kalau ada anak, aku bawak kereta bini aku. Kahkahkah. Maybe an MPV below than RM 100k. Because still, as I said before, making investment on car is somewhat less profitable. We go back to the basic of vehicle. Bertujuan untuk menghubungkan anda dari titik A ke titik B. And kereta juga depreciate in value, and nowadays, it depreciate FASTER than before.

4. Tanah.

Yes. Tanah juga is another kind of investment that I'm looking for. Tapi, tujuan aku membeli tanah bukanlah untuk membuat untung. Tetapi untuk berbakti kepada tanah. Cewah. Haha. Impian aku adalah untuk bercucuk tanam. Tanam la buah buah sayur sayur ke untuk orang makan. Aku pernah juga plan nak buat kambing, tapi untuk masa terdekat, I may start with something with lower budget.

Okeh, dah berapa ringgit dah aku habis?

Haha.

Tapi, semua semua ini akan aku based kan pada ASB tadi. Which means that sebolehnya, that RM 1 million stays there, dan dividen+bonusnya aku akan guna untuk capai angan angan aku. Tapi, semua ini juga bergantung kepada mana nak datangnya RM 1 million tadi. Okeh, aku baru tengok Ocean 11. Jom rompak bank? Kahkahkah.

Jadi, apa pula plan kau orang? Tulis la dalam blog, then hit me. Nak juga aku baca impian impian anak anak muda kita. (Is there any orang tua baca blog aku?) Kahkahkah. If ada, then, hai orang tua. Haha.

Saturday, January 8, 2011

Sylvie van der Vaart

Video ini adalah tentang isteri Rafael van der VaART. Dah nama pun art, memang art lah. Mereka berkahwin bukan atas dasar seks, tetapi minat terhadap bola. Ceh, ni aku reka. Tapi, kau orang tengok sendiri lah art tak art bini dia timbang bola. Aku tak reti timbang gitu gaya.



Amacam? Agak agak Rita Rudaini lepas timbang rupa gitu?

Friday, January 7, 2011

Nasib Lah Liverpool Oi, Nasib...


"Kenapa lah budak budak ni nak kecoh sangat. Dulu aku bawak Fulham pergi Europa League Final, mesti aku boleh bawak Liverpool menang liga punya kali ini."
Roy Hodgson, masih diulit mimpi.

Wednesday, January 5, 2011

Satu Dua Tiga....

Pergh! Akhir sem akhir sem. Kalau dekat sekolah, ni dah kira senior boleh suruh budak form 1 sampai form 3 buat kerja. Tapi kerja tu ikut kasta la. Macam form 3 benda benda ringan je la. Macam kirim salam dekat makwe kelas ke, pergi fly beli rokok ke. Kalau form 1 form 2 kerja area area basuh baju, beli nasi malam malam sampai lah ke cari maggi yang dah siap hidang.

Tapi, pasal dekat universiti ni, sistem kasta dia dah lari. Tak ada dah suruh cari cari benda benda di atas ikut kasta umur. Dia dah upgrade main kasta hang abang long sapa. Ah, lantaklah.

Makanya, aku dah last sem sekarang. Harap harap lah last dan grade on time. Jadi, bila dah last sem ni, dah duduk rumah sewa pun, aktiviti mencari junior baru (baca: makwe makwe) menjadi kurang tradisi. Dah lah aku ni malas nak mencari mencari ni, pasal ego sebagai senior. Diorang pulak bukannya nak sibuk sibuk cari aku. Itu lah dia budak budak sekarang. Rasa hormat pada senior dah lari jauh. Banyak main DSLR sama seluar skinny. Kalau main basikal tak apa jugak. Kahkahkah.

Tapi, demi rasa hormat, aku mintak maaf lah pada kau, kau, dan kau yang tengah baca. Pasal sebenarnya aku tak ada point pun nak tulis. Hahaha. Cuma, harapnya, kau dan kau belajar lah elok elok. Janganlah jadi macam abang ni. Malas. Perangai bahasakan diri sebagai abang ni kerja Syed. Kau boleh pandang kanan, pada list blog tu, ada nama dia. Kalau nak berkenalan dengan dia, pergi klik nama dia, pergi baca blog dia. Kahkahkah.

Craps. Haha.

Monday, January 3, 2011

Monday Blues

Isnin Biru. Dalam Bahasa Melayunya. Ertinya, Hari Isnin ni kurang disukai. Dalam bahasa kasarnya, orang benci Hari Isnin. Pasal? Pasal selepas cuti Hari Sabtu dan Ahad, Isnin pulak kena pergi kerja ke, jumpa bos ke, pergi kelas ke ataupun bukak kantin sekolah.

Makanya, atas faktor faktor ini, produktiviti pada hari Isnin jadi down. Kalau budak budak kena pergi kelas, kena pakai kemeja tie lah hari Isnin ni. Memang leceh.

Jadi, suatu hari dalam masa cuti itu hari, aku tengok Nickelodeon, pasal adik aku menangis nangis alih cerita lain. Tajuk hari itu, How To Make Your Monday Fun.

Antara ideanya lah.

1. Best Lunch

Maknanya, kalau dalam banyak banyak hari dalam seminggu, pilih lah hari Isnin untuk dijadikan hari untuk anda makan best best masa lunch. Jangan letak dinner, pasal lewat sangat. Nanti tak teruja sangat nak tunggu. Kalau lunch, masa masa kelas ke, kerja ke, jadi semangat sikit pasal karang lunch nak makan sedap.

2. AAaaaaaa

Aku tak ingat dah. Kahkahkah. Aku memang ada masalah dalam menge-list benda. Jadi, kau orang tambah lah sendiri. Tapi, kau orang dapat kan point aku? Means that untuk mengurangkan blues pada hari Monday ni, letaklah sesuatu yang menyebabkan engkau orang teruja dengan Hari Isnin. Kasi semangat.

Aku?

Aku tak payah letak. Pasal Isnin kelas aku petang. Biasanya Monday Blues ni pagi pagi je. Bila dah ke petang tu dah kurang sikit. Kahkahkah. Lagipun, di saat orang sedang bersusah susah pagi tu, aku pulak di tilam dah bosan tido. Haha.

Kongsilah apa idea idea yang kau orang pakai. Tak nak kongsi pun tak apa. Sebab Isnin korang memang bosan. Kahkahkah.

Selamat Hari Isnin!

Saturday, January 1, 2011

Entri Januari Satu Dua Ribu Sebelas

Aku tak ada apa pun nak tulis sebenarnya. Ada tu ada tapi lain hari la.

Mulai hari ini, aku nak buat tradisi post entri tiap tiap satu haribulan. Tapi nama tahun kalau tulis dalam perkataan memang gaya asbestos. Asbestos adalah carutan yang aku belajar dari Majalah Ujang masa kecil kecil.

Selamat Tahun Dua Ribu Sebelas Engkau Orang Semua! Okeh, asbestos sungguh.