Thursday, January 20, 2011

Puteri

Desiran angin pantai. Menghempas air laut ke persisiran pantai. Bulan penuh sendiri di langit malam yang sesekali ditemani satu dua bintang junior. Ada garis halus di sekeliling bulan itu. Sunyikah ia? Tiada temankah untuknya malam ini? Sesekali dirinya dihembus angin malam. Sejuk menusuk ke dalam jiwa yang sepi. Akan satu dua bintang kecil tadi semakin menghilang membawa diri. Kembali menyepi bulan tadi. Sendiri. Kini.

Hanya bertemankan nyanyian pantai malam.

Satu dongakan ke langit hanya memberi satu kekosongan. Hamparan kesunyian terpampang jelas di sana. Sesekali hadir cahaya lampu dari jalanan, tapi limpahan neon bukanlah yang dicari. Sebaliknya,sinaran bintang yang didahagakannya. Bintang yang menghulurkan kasih dan sayang. Sayang? Huh!

Di manakah cinta?

Amacam? Kehkehkeh

7 comments:

  1. Hah, semua ni jeles ke ape? Hehehe

    ReplyDelete
  2. jenis puitis sangat orangnya..

    ReplyDelete
  3. Bukan jenis puitis ptt. Tapi sekali sekala berangan apa salahnya. Haha

    Peqa, ini untuk makwe saya. Kihkih

    ReplyDelete