Thursday, January 13, 2011

Deja Vu

Angkat tangan siapa tak tau maksud deja vu? Ok, pergi Google. Tak rajin aku nak explain sini. Aku amik masa pun setahun nak paham benda ni.

Tahun 2002 2003, zaman zaman darjah 6 tingkatan 1, aku mula berkecimpung dalam arena Winning Eleven Playstation Satu. Dan, dalam WE, kelab kelab Itali memang kuat nak mampus. Zaman zaman di mana Pavel Nedved, a Czech Republic international, Juventus. Adriano dan Figo, Inter Milan dan Shevchenko dan geng geng Maldini dia semua tu mewakili AC Milan. Memang heaven pakai ketiga tiga kelab ni.

Tapi fokus saya pada hari ini adalah Pavel Nedved. Seperti biasa, perkara pertama yang membuatkan aku tertarik dengan dia adalah namanya. Rare la pada orang orang Malaysia macam kita. Gaya permainan dia pun menarik. Ah, aku taknak cerita banyak pasal dia. Malas. Kau orang boleh Google dia. Cuma, sewaktu dia bersama Juventus, Juventus memang prime. Menang Seria A 2 3 kali tak silap aku. Lepas dia bersara, Juventus pun down down and down.



Pavel Nedved, Juventus. Kini bersara.


Selepas itu, aku sudah kurang follow Juve. Tapi sekarang, selepas dia kembali, aku pun follow kembali walaupun sedikit.



Pavel Nedved. Juventus. Kini kembali.

Ok tipu. Ini adalah Milos Krasic. Summer signing from CSKA Moscow. A Serbian international. Melihat dia dalam jersi Juventus memang mengingatkan aku kepada Pavel Nedved. Tak lari langsung! Gaya permainan pun lebih kurang. Semoga Juventus terus maju. Majulah Juventus untuk Itali!

No comments:

Post a Comment