Saturday, March 19, 2011

You Control Your Action, God Control Your Result

Amboi, begitu teman punye quote hari ini. Kemain lagi ye dak? Teman pun bukanlah mereka memandai, teman nampok dekat ate Facebook siap entah tadi. Teman tiru jela.

Ok, hari ini, aku mahu menyambung kelas Economy 101 yang telah tertangguh selama hampir 7 tahun tak bersambung. Topik aku pada hari ini adalah SIMPANAN. Kalau siapa siapa mahu mencari isu perempuan simpanan, sila keluar dari sini sekarang. Kita berbincang di belakang karang. Kahkahkah. Aku pada hari ini ingin berkongsi dengan diri sendiri dan engkau engkau yang membaca tentang menyimpan duit untuk masa depan. Ya, masa depan.

Kalau buka paper sejak dua menjak tiga menjak ni, makin banyak bercerita tentang rakyat Malaysia yang jatuh bankrap atau muflis, dan rata ratanya adalah muda mudi yang yang muda dan mudi lagi! Ini tidak patut sama sekali. Sekali pun tak patut. Sebab, sebagai pemuda dan pemudi dan pemuda, kita seharusnya bijak merangka masa depan kita. Cuba kau bayang, sedang usia muda kita yang hanya perlu menampung diri sendiri pun kita dah menghadapi masalah kewangan, macam mana nak kahwin? Macam mana nak jaga anak? Macam mana nak ada perempuan simpanan? Macam mana macam mana macam mana woi!

Ok, sebenarnya, problemo preblemo ini semua berlaku atas beberapa faktor. Jiwa muda nak berbelanja, sifat yang menganggap kita masih muda dan masa depan adalah cerah, dan juga perempuan simpanan menjadi faktor faktor utama dalam hal ini.

Jadi, malas aku nak bincang pasal faktor, sebab masing masing ada faktor sendiri. Aku cuma nak hurai pasal cara cara untuk menyimpan.

Drum roll please. Jeng jeng!

Ways to save your money.

1. Way number uno. Simpan dahulu, baru berbelanja.

Ok, angkat tangan siapa beli kamera mahal sebelum bagi anak makan? Angkat angkat! Haha. Ok sebenarnya, macam ni. Rata rata kita pada hari ini, memegang kepada konsep, menyimpan apa yang lebih. Which means we spend first, then save later, right? Tet! Salah! Sepatutnya, kita letakkan keutamaan kita yakni menyimpan dahulu sebelum berbelanja. Ok, a figura example. Kau dapat RM 500 bulan ini. Jadi, kau pun berkata, "Ok, aku spend RM 400 je, nanti lagi RM 100 aku simpan", kan? Kau pun belanja belanja, and sampai hujung bulan, tengok tengok tinggal RM 50. Kau pun berkata, "alah apa rasa simpan RM 50, baik habiskan." Angkat tangan siapa rasa begini? Haha. Sebenarnya, niat untuk menyimpan tu dah ada, tapi, niat sahaja tak guna. Aksi bercakap lebih kuat dari suara. Simpan dahulu. Ambil siap siap RM 100 tadi, dan simpan dalam bank. And now with the other RM 400, baru start berfikir untuk spend.

"Tapi Encik Gory, nanti hujung bulan saya rasa saya nak terkucilkan sahaj RM 100 dalam bank tadi, macam mana"? Haha, ok begini. Mari ikut apa yang aku buat. Kau pergi Maybank sekarang, dan cakap dekat kaunter, nak buat loan ASB. This is how I force myself to save my money. And by force I really mean FORCE. PAKSAAN. Paksaan ini kalau diterjemahkan dalam perbuatan dah macam rogol, but in a good way. Kahkah. Macam bangang juga simile aku ni.

Ok, loan ASB. Aku buat loan ASB sebanyak RM 10,000 selama 10 tahun. Which means that, dalam akaun ASB aku dah ada RM 10,000 duit loan. Hujung tahun dapat dividen. Setiap bulan aku perlu membayar RM 107 kepada Maybank untuk menyetel dan mensetelkan loan tadi. Nampak tak? Aku TERPAKSA membayar RM 107 setiap bulan. Tengok dari sudut satu lagi, nampak macam aku sudah menyimpan RM 100 sebulan kan? Dan dengan cara ini, kita tidak boleh mengelat untuk tidak menyimpan sebab kita sudah ada komitmen, plus simpanan kita tadi juga diberi extra insenti in term of dividen hujung tahun.

2. Ok, let's move on to the next method of saving.

It is call, you measure your shirt on your body. Fuck. Buruknya translate dia. Ok, it's spending within your mean. Ukur kemampuan sendiri, dan berbelanja mengikut apa yang kita ada. This is applies to both yang bekerja sendiri, ataupun masih belajar dan mengharap wang wang kerajaan (PTPTN), Mara, atau ibu bapa anda. Dan sugar daddy anda. Sebenarnya, kepada pelajar, memang seharusnya engkau orang jadikan prinsip ini sebagai kiblat hidup, sebab engkau orang bukannya ada duit pun sebenarnya untuk berbelanja. Duit orang sahaja semua itu. Macam tadi, kita dah ada hanya RM 400 sebulan untuk belanja, takkan tak cukup? Kalau tak cukup, buat RM 5 macam aku tulis sebelum ini. Haha. Dan kepada yang dah bekerja, engkau orang sudah happy dengan gaji bulan pertama? Dah rasa mampu untuk berbelanja dan menyimpan bagai? Wait until your 4th paycheck. And letak komitmen untuk beli insurans dulu sebelum pikir nak berlagak pakai kereta. Apa pentingnya insurans? Nanti aku cerita lain hari. Nak tanya personal pun boleh.

3. Er. Ok, sebenarnya, problem menge-list down nombor adalah sama besarnya padaku dengan problemo mengurus duit. Haha. Nanti ada rezeki aku sambunglah. Sekarang, aku nak pergi cari sugar mummy. Nak makan McDonald. Kahkahkah

5 comments:

  1. woo nak jadi penasihat kewangan ke ni?hehe.ade bakat dah tu

    ReplyDelete
  2. woo nak jadi penasihat kewangan ke ni?hehe.ade bakat dah tu

    ReplyDelete
  3. woo nak jadi penasihat kewangan ke ni?hehe.ade bakat dah tu






    -asip-

    ReplyDelete
  4. woo nak jadi penasihat kewangan ke ni?hehe.ade bakat dah tu






    -asip-

    ReplyDelete
  5. Kenapa semua orang komen dua kali ni? Setuju sangat ke, blog aku buat hal?

    ReplyDelete