Wednesday, April 6, 2011

"Tapi Kami Hanya Mengamalkannya Untuk Senaman!"

Poco poco.

Kali pertama aku dengar nama benda alah ini, aku seram. Kenap tarian kena ada iras iras bunyi hantu? Pertama kali aku tahu pasal benda alah ini adalah pada tahun 2006 (atau 2007) di Kem UNESCO di Pulau Pangkor (atau Pulau Tioman). Yes, aku ada masalah dalam mengingat memori diri sendiri. Memandangkan aku pergi dua kali Kem UNESCO dalam 2 tahun berturut turut, maka lagi banyak fakta sejarah bercampur aduk. Hahaha.

Ok, tarian ini. Mula mula, ada pelatih kami pasang satu lagu Indon (which is the poco poco song). "F! Lagu apa benda ni!" teriak aku kepada pelatih tadi dengan suara nyaring. Dari dalam hati. Lepastu, depa pun ajar la tergedek gedek tarian ni. Tidak memikat hati aku langsung. Kalau salsa ke, zapin ke, joge pahang ke, steady juga. Ini, tergedek ke kanan, tergedek ke kiri. Lalu, aku pun tak ambil port sangat. Masa itu, masih sibuk nak scan makwe se-perkhemahan. Ok, then that's it.

Pulang ke Tanah Besar, or Kuantan, dalam beberapa ketika, rupanya benda ini tengah up. Tengah trend. Memang trend abis. Tahap trend dia ni, macam DSLR. Tapi lagi trend. Pasal segenap lapisan masyarakat mengamalkan trend ini. Hatta, pejabat pejabat kerajaan menjadikan ia semacam tarian nasional. Fucker. Hatta, makcik makcik pun galak mengamalkan. Hattan, saya tak tahu pula. Lagipun, dah lama tak dengar khabar pemilik suara Mahligai Syahdu ni. Malah, ada masuk cerita, kata sampai biar anak tak makan, janji ber-poco poco. Eh, bukan cerita Hattan. Cerita makcik makcik tadi la. Sampai macam tu sekali fenomena dia. Masa ni, Justin Bieber hingus lagi.

Ok, aku masih tak ambil port. Sebab, pada aku, macam craps je. Lagipun, masa itu aku assume it's a dance from Indonesia. Unlike other dances, poco poco ini aku macam tak berkenan. Mungkin pada nama dia kot. Pocong.

Lepastu, aku ada terbaca satu artikel, around 2009 if I'm not mistaken. This dance is a Christian dance. Kiri, kanan, atas, bawah. Tadaa! you got a salib for yourself. Maka, bermulalah misi aku untuk menyedarkan orang ramai. (Poodah! Actually, aku ada bagitau satu dua orang member aku saja. Mereka pun memang jenis yang tak into poco poco or any dance).

Sampailah kenyataan Mufti Perak tempoh hari mengatakan bahawa ianya adalah haram. (Ok, ianya is not a word actually in tatabahasa. Terima kasih Cikgu Salasun). Then, aku macam, yes. no more lagu poco poco akan berkumandang after this. I was wrong. Ramai orang mempertikaikan it actually. Hah. Kenapalah haish. Mereka mendakwa, ia adalah senaman. Apa salahnya mereka amalkan. Same goes to yoga. Lepastu pula, ada cakap, itu Mufti Perak yang haramkan. Mufti negeri kami tak haramkan pun. Hah, yer right. Mufti Perak untuk Islam orang Perak sahaja lah kan? Orang Islam negeri lain tak payah dengar kan? Ngeng.

Senaman. Well, banyak lagi better senaman than this tarian gedek gedek. Setakat ke kiri ke kanan apa lah sangat. Cuba pergi buat joget Pahang, zapin ke. Ha, jangan tak percaya, aku pernah masuk tarian dua ini ok untuk Malam Kemerdekaan 2008 hari itu. Bukan sahaja masuk, malah menang tempat kedua! Kahkahkah. Ok, saya di sini mkengumumkan saya tidak lembut. Cuma talent menari tu ada. Kahkahkahkahkah. And aku admit, menari memang memenatkan. Tapi itu bukan faktor utama aku tak menyambung karier seni aku. Cuma, kekangan waktu barangkali. Kahkahkah.

Well people, the bad thing better left untouched. Macam artis cakap, "Saya bertudung. Cuma, kalau tuntutan lakonan memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka. Saya hanya mencari rezeki yang halal." Well then Encik Artis, if the script ask you to have a sex in front of the camera, boleh la kan? It's just an act right? Bukan betul betul pun. Mana ada berzina. Hanya berlakon saja kan? Cakap bodoh karang marah.

So people, kajilah things before we do anything. Even if it's syubhak, then try to avoid it. Pesanan ini untuk aku dan engkau engkau agar kita menjadi insan yang lebih baik. Dan engkau juga! (Menuding jari ke engkau). Pesanan ni pun untuk engkau. Jangan nak mengelak. Woii!!!!

P/S: Sebarang typo harap diignore. Aku malas edit dah. Aku ada test ni tau tak!

6 comments:

  1. sebenarnya benda2 remeh ni takyah nak pandang sangat..cuba pandang ke benda2 fitnah2 video seks tu dah betul2 haram..takkan kerja mufti pandang benda2 remeh ni je?cewah!

    ReplyDelete
  2. harap harap test keluar kenapa poco2 diharamkan.haha

    ReplyDelete
  3. Ok, saspen juga siapa anonymous ni. Entah entah ke orang kementerian. Hahaha.

    Isu bidio akan diulas dalam entri akan datang. Cewah. cakap saja. Ulas nye tidak nanti. Gahaha.

    Raby, janganlah mintak macam tu. Saspen. Haha

    ReplyDelete
  4. bagi aku laa gori kan.. bagi aku laa.. benda2 macam ni.. ada pros and cons dia.. ada orang merasakan tarian ni memuja2.. ada orang rasa tarian ni mcm sihat.. kalau bg aku laa.. tarian poco2 macam satu medium yg kita panggil taik laa jugak.. sebab banyak lagi cara lain nak memuja selain menari.. boleh je jogging petang2 nak sihat.. tak pun giling cili boh ke..

    berbeza penanganan.. berbeza persepsi jadinya.. kalau dah sanggup susukan kera di zoo.. anak dirumah kasi makan belacan goreng.. apa kejadahnya yop kan? itu bukan haram je.. hukum bunuh pun aku boleh kasi kalau aku mufti asip..

    terlalu banyak benda2 yg shubhah.. terlalu banyak benda yg makruh.. yg haram pun ada.. tak pegi jauh.. kau tengok perempuan menyanyi pun dah jatuh haram.. tu belum aku sebut pasal porn lagi.. jadi hal2 bodo mcm poco2 ni bagi aku isu zaman purba.. kalau betul haram.. haramkan semua income kerajaan dari cukai arak.. haramkan perjudian di geting.. kelab malam semua tutup.. tidak boleh melakukan konsert amal seperti pole dance atau gamelan..

    mungkin dia kena ubah konsep sket.. terutama pada lagu disko dia untuk poco2 tu.. macam ubah jadi lagu teletubbies ke.. lagu kamen rider ke..

    kau tau satu benda tak gori.. kalau banyak sangat berfikir jadilah macam ni.. semua jadi salah.. kah3.. ni pandangan aku lah.. banyak lagi benda kau boleh pikir.. tak pegi jauh.. kita tengok je... kau kan ada test.. amacam test? kah3

    ReplyDelete
  5. Yes, betul. Haha. Tapi, pada aku pula la, haha, pada aku la. Take one thing at a time. Macam contoh, benda ni boleh jadi tarian rasmi government. Kita tak tahu, orang kafir memang sentiasa masukkan unsur unsur remeh untuk lemahkan iman kita. So, better, kita jauhkan la. Mana tahu, dalam pada tarian ni diadakan, ada unsur unsur halus yang terterap. So baik letak tepi. For this issue. Untuk hal arak, memang kes besar belaka. Sebab tu, kita amik selangkah demi selangkah

    ReplyDelete
  6. hari nih keluar kan berita harian sebab2 die haramkan poco2...nk ak bg contoh? haha
    1. pergaulan bebas (sbb campur je laki pompuan)
    2. unsur hiburan die ade hentak2 kaki(yg haram utk prmpuan), bertepok2, n ape ntah lg..
    3. dulu pnh Aisyah ra jerit "keluarkan syaitan itu" dekat orang yg tengah menari/joget kot..

    nk tau lg g la carik brite harian arinih

    ReplyDelete