Thursday, May 3, 2012

Air Mata Lelaki

"Lekin, kiu? (Tapi kenapa?) Apa salah aku?" perlahan dalam marah tanya Edry. Linangan air mata masih ditahannya kuat di dalam kelopak. Jelas ternampak akan kerut keriut dan herot merot mulutnya berusaha menahan egonya tumpah dari kelopak itu.

Hasnah masih diam membisu. Egonya memang tiada lagi sudah. Perempuan. Sedangkan lipas pun lagikan menangis, inikan pula soal hati. Huh. Hasnah juga keliru sebenarnya. Adakah tangisan kali ini, yang terakhir baginya? Adakah tangisan ini kerana perasaan bersalah yang menyelubungi benak dadanya? Atau tangisan ini hanyalah semata mata kerana bawang tadi?

Masih, dalam perasaan yang berkecamuk itu, dia cuba sedaya upaya menjawab. Dalam sayu.

"I nampak dia lebih ikhlas. Dia lebih determine. 3 hari I kenal dia, I boleh rasa keikhlasan dia you..."

Seekor lalat seperti aku yang berlegar legar di sekitar mereka, semakin bingung. Inilah manusia rupanya. Bercakap antara satu sama lain, tapi matanya memandang lantai. Tidakkah manusia itu tahu, bahawa lantai itu, tidak bisa berkata kata? Manusia, manusia. Aku hanya menggeleng, lalu hinggap di sebatang pohon delima.

"Abah you. 6 tahun I jaga you, setitik keikhlasan pun you tak rasa ke? Sekelumit determination you tak rasa? Hanya sebab dia suka you, you baru kenal 3 hari, dah you boleh letak segala memori 6 tahun kita campak jauh jauh? You gila ke? Apa yang tak cukup I ni? Apa yang lebih sangat dia ha?"

Kali ini, Edry sudah semakin hilang kawalan emosinya. Dia sudah tidak peduli dengan kata kata lelaki menangis itu tidak macho. Dia peduli apa dengan macho. Dia tahu lengan dia besar. Dia juga tahu di sebalik tubuh badan yang sasa, suara dia juga garau. Dia lebih memahami erti macho.

Hasnah semakin kuat teresak.

Edry putus asa. Disentapnya gambar jantan tak guna itu, lalu dikeronyok kemas dalam genggamannya. Dia terus berlalu meninggalkan Hasnah sendirian. Di dalam hujan. Tengah malam itu. Tanpa sekaki payung.

Cilaka kau Aaron Aziz, bentak hati Edry.

No comments:

Post a Comment