Tuesday, May 31, 2011

The Ballad of Sate Kajang

Ahad. Segalanya bermula. Haha. Aku kena hantar adik aku ke Melaka. So, the plan is, hantar pagi Ahad, sampai Melaka dalam tengahari, then petang petang sikit shoot semula balik Kuantan. Well, that's the plan.

Unfortunately, it was just a plan.

Adik aku. Katanya, mahu bergerak pagi Ahad. Ya, Ahad itu, aku bergerak ke Melaka pada jam 5. Petang. Maka, plan B. Ahad malam, tidur rumah pakcik aku, then Isnin pagi pulang ke Kuantan. Then, aku pun, hantar la, bla bla, sampai malam rumah pakcik aku, dalam pukul 10. Lepastu, aku mesej si Fak. Dia kata, on the way balik Melaka. Aku pun, pikir pikir, alang alang, lepak sama dia pagi Isnin.

Then pagi Isnin, ambik Fak dekat Melaka Sentral, then shoot ke Alor Gajah semula. Tapi, tidak sah kalau balik Alor Gajah kala waktu pagi kalau tak singgah ke Sungai Petai. Maka, aku pun mengimbas rutin lama. Sungai Petai satu! Nasi lemak, roti canai, sup kosong. Pergh. Stim.

Lepastu, balik lah rumah sewa lama aku. Well, sekarang rumah sewa Fak bersama 'kawan kawan' baru dia lah. Kahkahkah. Aku pun, lepak lepak, konon konon tunggu tengahari nak balik Kuantan. Lengah punya lengah punya lengah, tengahari. So, apa lagi yang tengahari dekat Alor Gajah kalau bukan asam pedas JKR. Aku pun pergi sama Fak. Pergh..... asam pedas pari, nasi ayam. Orgasm. Dua kali orgasm duduk Alor Gajah. Then, balik semula rumah sewa dalam pukul 1, konon konon tunggu petang sikit nak balik Kuantan. Tiba tiba, aku dan Fak bergerak ke Kajang. Kahkahkah. Sungguh tak kejadah. Kami pun, gerak ke Kajang, cadang nak lepak sama Aidir. Si Berg pun ada dekat rumah Aidir. Sampai Prima Saujana, kami lepak Papparich. Then, balik rumah Aidir, mandi manda sikit sebanyak.

Then malam, keluar pergi makan. Sate Haji Samuri. Well, for me, overrated. Hahaha. Kuah sama sambal sama ABC special sahaja yang sedap pada aku. Haha. Bukan, aku rasa macam ni. Sebab sekarang, Haji Samuri ni dah jadi macam restoran, so, dah more towards bisnes. Kalau dulu, zaman zaman carik ayam pakai tangan lagi, rasa masih true la. Sekarang, rasa mesin. Lepastu, dah lewat, plus perut kembung kemain, so, tak jadi balik Melaka. Tidur rumah Aidir.

Pagi Selasa. Bangun bangun, bersiap nak balik Melaka. Dalam pukul tengahari la. Then, makan dekat Yati Ayam Percik. Ya, aku rasa nama Yati ni Indon, tapi rupanya Kelantan. And makan dia marvelous. Tak mahal. Dan sedap. Dan tak mahal. Pukul 2, chow, sekali dengan Fak dan Berg. Memandangkan ada Berg, kami pun hantar dia ke Seremban, balik rumah. Lepas jugak aku lalu Seremban. Hahaha. Lepastu, ke Alor Gajah semula, hantar Fak, dan balik Kuantan. Oh, before that, sempat lagi aku bungkus asam pedas sikit untuk orang rumah Kuantan.

Hahaaha. And now, aku baru siap dinner asam pedas sama adik adik aku. Haaaaa, menghirup kau orang kuah tu. Aku dah cakap, asam pedas Melaka ni, lain macam rasa dia. Tapayah kahwin pun tak apa. Kahkahkah.

Saja saja post video. Biar kasi panik sikit dekat disko tu. Asyik nak tershuffle saja sama LMFAO cannot jugak. Rasa nak tershuffle aku masa tekan minyak drive tadi. Haih, bahaya dengar lag tu time drive.


Sunday, May 29, 2011

Sorak Sorak

Dalam bersorak ni ada dua pesen.

Satu, sorak yang senyum. Sorak ni, rilek rilek saja. Dia macam sorak yang konpem menang. Macam contoh, Man United lawan Chelsea. Alik mana pun, konpem menang. Jadi, sorak tu sekadar menyukupkan (or mencukupkan) syarat saja, biar happening. Sebab banyak lagi sorak akan menyusul.

Sorak kedua, macam tadi. Sorak sebab tahu itu saja satu peluang untuk bersorak. Sebab once Barcelona pegang bola minit minit pertama tu, aku dah tahu. Man United kalau dapat gol pun satu dua move nasib. Meaning, move tu cantik and Barca tengah clumsy sekejap. Then, when the goal comes, aku sorak sekuat hati pasal aku tahu lepas tu aku akan dibahan dengan budak budak katak semua ni. Haha. Banyak nya bukan penyokong Barca sangat. Pasal budak budak Barca ni depa cool. Banyak nya budak Chelsea, yang geram kalah dengan Man United tempoh hari masih berbuku, jadi depa nak balas dendam. Ada juga yang datang dari Merseyside. Kata mereka, Mascherano. Kahkahkah. Cuma, budak Arsenal saja kurang sikit berbunyi. Pasal nak sokong Barca pun, kena bahan dengan Barca sendiri tempoh hari. nak sokong Man U, jauh lah panggang dari api.

Apapun, aku akui, current Barcelona team really is one of the best ever team in the history. Hebat dia tu, sampai aku rasa diorang ni semua main dadah.

Saturday, May 28, 2011

Duck

Duck ialah itik.

Tapi, aku jarang guna perkataan duck dalam hidup. Jarang gila.

Aku selalu guna fuck sahaja. Ada dua jenis fuck dalam kata kata aku.

1. Spontan.

Moment: Dia macam benda benda yang terkejut sikit. Macam ada chance tapi tak gol, ada orang sergah dari belakang, so fuck akan terpacul dengan automatik nya bersama hamun hamun yang lain.

2. Dari hati.

Fuck ini pula berlaku apabila biasanya, aku jadi serabut gila babi.Marah gila babi pun boleh jadi. Maka, fuck dan fucker secara proud and loud mungkin terhambur dari mulutku yang manis ni.

Sebenarnya, gaya palat jugak tulis entri serupa ini. Gua harap, tiada lah barang mak mak bapak mertua yang terjumpa blog aku ni. Kahkahkah.

Fuck the people, not the world!

Tuesday, May 24, 2011

Karen

Kalau mat saleh, nama perempuan jadi Karen, bunyi macam sedap.

Kalau Melayu, Maya Karen lah jawapan dia.

Tapi kalau Melayu lagi, karen ni is another term untuk api. Contoh ayat, "Rumah aku tak ada karen tadi." Meaning, rumah dia tak ada api tadi. Meaning lagi, rumah dia tak ada elektrik. Meaning lagi, sama ada dia tak bayar bil letrik, atau letrik rumah dia tertendang.

Tapi, benda yang sebenar aku nak cerita ialah karen mood/story. Ok, kita eja orang putih la, baru paham. Current mood/story.

The story is, aku kerja currently. Dan sepanjang masa aku mengelat. Sekejap sekejap buat buat pergi fotostat. Sekejap sekejap, pergi jumpa imaginary client. Sorry la mama. Orang fresh graduate ni, berat je rasa nak berehat dia.

And aku pun perasan, lama juga aku dah tak update. Ok, kepala aku tengah serabut. Celah mana nak belajar cari prospek la, yada yada la. So, macam dah tak ada ruang untuk aku berfikir dalam kepala ni nak mengeja cerita barang satu dua.

Jadi, terhasil lah entri bangang ni.

Ah, persetan. Jom layan lagu Ahmad Jais satu round.





Oh, and, Intan Shakira sayang, Happy Birthday darling. And Selamat Konvo tadi. May your 21st year of life brings you the happiest things for you.

And selamat juga Hari Lahir kepada Raby. Hehe.

Thursday, May 19, 2011

Amalan Kronisme

So sekarang boss (baca: mak) aku suruh aku buat satu blog pasal insurans. Kira macam boleh lah klien klien ke prospek ke keep in touch gitu. Masalahnya, dia tak tahu yang blog aku sekarang pun cincai cincai. Mana nak belajar gaya penulisan orang dewasa lagi, layout kena kasi kemas lagi. Haish. Tergaru kepala pun, masalah tak setel. Jadi aku ingat, aku nak bukak tender kepada engkau orang semua. Siapa yang nak design blog untuk insurans ni boleh roger aku. Payment, kita bincang nanti. Tapi jangan risau, harga lebih kurang projek emel 1Malaysia jugak la. Dekat dekat 25-50 juta gitu. EPF pun ada. Sekian.

Sunday, May 15, 2011

Laporan Kepembrogawanan

(Laporan ini disediakan untuk majalah bulanan Tabika Kemas Indera Mahkota 1 edisi bulan Mei. Edisi ini merupakan edisi istimewa Hari Guru. Dapatkan di Tabika Kemas Indera Mahkota 1 yang berdekatan dengan anda sekarang, dan Kinokuniya sekarang sebelum terlambat)

Maka, segalanya bermula pada awal Jemaat kemarin. Ok, malas cakap kampung. Pasal ni laporan. Kena rasmi. Kalau tak editor majalah ni, Mustapa kelas 5 Amanah taknak terima, lepastu ejek ejek aku. Jadi, semula. Maka, segala galanya bermula seawal jam 8 pagi Jumaat itu hari. 13 haribulan. Awal awal pagi lagi, aku bangun, pergi keluar renew lesen sama breakfast McD dengan Intan Shakira, then dia pun hantar aku ke hospital. Ambik kereta sewa.

"Mat, kereta ni takde apa. Cuma abang nak kabo, tingkak (tingkap) dia ni, lain macam sikit. Awok tau jela, kereta sewa ni macam macam ragang (ragam) ye dok? Lepastu, gear reverse (gostand kalau dalam Bahasa Kamus Melayu) dia, awok jangan reverse (gostand kalau dalam Bahasa Kamus Melayu) ke atas bukit, pasal gear dia tok kuat sangat. Itu jelah je abang rase," kata abang sewa kereta. Aku, tak paham lagi bakpenye dia panggil aku mamat.

Then, lepas amik kereta sewa, aku pun balik rumah sekejap untuk tunai solat Jumaat. Cerita dia nak la gerak sebelum semayang, tapi dalam usaha memujuk Luqma ikut, kena gerak lepas semayang. Ok lah tu, bukannya salah semayang dulu dak? Habis semayang, aku bergegas pergi ambik Erika Nabila. Ha, Erika Nabila merupakan makwe pertama dalam cerita ni. Kihkihkih. Steady betul dia ikut. Nasib baik tak buat perangai pelik pelik. Menangis ke, nak balik ke. Bukan senang jaga anak ni rupanya. Kahkahkah. Lepastu, terus shoot pergi rumah Ehsan Shafiq. Ambik kamera yang langsung tidak digunakan dalam aktiviti pembrogaan pasal dia taknak naik Broga pun. Jimbet sungguh. (Ye aku eja ni kan? Ke jinbet?) Then rumah Luqma Hadi. Masa ni, dalam kereta bukan main lagi la panas dia. Aircond tu paling kuat pun rasa macam tiup lilin kek happy birthday je. Lepastu, ambik Romok. Ini cerita sikit. Romok merupakan seorang individu yang, apa apa sahaja ajakan engkau, jawapan dia adalah malas. "Wayang Mok", "lepak Mok", malah, hatta "makan Mok" sekalipun, jawapan dia adalah malas. Jadi, nak jadi cerita, Khamis malam tu, memandangkan Luqma gaya gaya malas pergi, aku amik keputusan ajak Romok, pasal aku malas drive sorang. Nak la ada spare driver. Aku ajak pasal aku tahu jawapan Romok mesti malas, dah la naik bukit. Sedangkan makan pun malas. Tapi kau silap Gory kau silap. Laju terus Romok nak ikut, membuatkan aku lagi bertambah semangat.

Maka, dah angkat kutu kutu ni semua, kami pun gerak. Aku drive. Pergh, gila tak gila la engkau, drive kereta macam ni naik highway, pergi KL. Nak sampai Genting tu, rasa nak suruh je budak budak ni turun. Sesak gila kereta ni nak naik bukit. Jinbet betul. (Ok seriusly, jinbet ke jimbet ni woi?). Yada yada yada, dalam pukul 6 pun kami sampai UIA. Pergi bilik Nemba. Erika ke bilik Raby. Solat satu dua, lepak minum minum. Mamak UIA. Steady jugak mamak UIA ni. Rojak dia boleh pergi. Sedak betei (sedap betul). Lepastu naik bilik Maghrib Isyak pasal sikit, dalam pukul 10-11 gitu kami gerak keluar. Haha. Jadi kelam kelibut. Kami satu kereta (aku Romok Luqma Erika, eh, kau ada kan Erika?) gerak ke Damansara ambik Anis. Yes, Anis adalah makwe Luqma, dan Luqma tak tahu rumah Anis. Dan Kuala Lumpur ni bukannya Indera Mahkota nak pusing pusing seindah pelangi. Hahaha. Then, lepas jumpa, lepak Safa. Sana dah ada Ehsan Nemba Tya dengan kakak Tya. Tiba tiba kakak Tya boleh jadi lepak borak dengan Romok. Gila tak gila la kes junior jumpa senior ni. Kahkahkah. Budak budak lain ada pergi Curve tengok wayang bagai. Then kami pergi Curve sekejap jumpa budak budak ni before shoot ke Broga. Then suddenly ada satu mesej masuk dari satu kutu.

"Marilah lepak di Ampang. Aku dengan Payan bla bla bla" lebih kurang begitu mesej aku terima dari Amzar. Memang kutu betul. Memandangkan kami ni bergerak berjemaah, jadi tak simply simply nak buat keputusan. Lagi, aku bukan tahu celah mana nak ke Ampang tu. Sampai tol Gombak je limit kepandaian jalan Kuala Lumpur aku. Wangsa Maju sikit sikit. Lepastu sesak. Lepas berbalas text barang satu dua, tiba tiba Amzar dan Payan memutuskan untuk ke Broga bersama. Ini namanya spontan. Jumpa di sana katanya. Dan kami pun bergerak, nak ke UKM ambik Badrul Ezwan. Yes, Luqma je yang tahu selok belok KL ni dalam kereta, dan bila dia dah sesat sesat barang satu dua, aku dekat belakang hanya mampu berdoa kepada Tuhan Yang Satu je nak mintak jalan yang betul ni. Maka, mesej mesej Badrul, jumpa jela dekat Broga terus.

Then, sampai Broga. Ada aku, Luqma, Nemba, Anis, Romok, Amzar Payan. Ok, ini part tak tipu. Romok terus berlari mendahului kami semua, bersama Nemba. Aku dengan yang lain terpinga sekejap dekat belakang. Takpe, steady dulu. Better late than never, macam lagu Justin Bieber tu, ye dak? Ala, yang nama movie dia tu la. Then, daki daki, terjumpa sebuah Romok tersadai. Aku Amzar Payan kutip la, dan bagi galakan dan kata semangat tak kasi dia putus asa. Cewah. Haha. Dah gaya nak mati.

Tapi tak mati. Romok berjaya juga sampai ke 1st stage tu. Aku pun taktau stage stage ni, tapi menurut kata budak ni, itu 1st stage lah. Kami pun tinggalkan Romok bersama air sikit dan makanan. Suruh jaga. Aku Am Payan gerak sambung jalan. Luqma Anis Nemba sampai atas dah. Hak lain naik lambat sikit. Lepastu, jumpa lah diorang diorang ni. Dan yang lain pun adalah menyusul kemudiannya. Ok, kat atas sana, memang....pergh. Speechless bai. Rasa macam nampak Tuhan tengok keindahan (Ok, ini ayat metaphor). Memang steady. Lambat sikit, dalam pulul 7.30, ada Badrul sampai. Lepak atas. tangkap gambar sikit sikit, turun. Am Payan turun awal dah. Orang dah naik dua kali, pakai selipar pulak tu, dah bosan maybe. Kehkehkeh.

Then, habis tu, pergi breakfast, then balik UIA. Mandi pasal, dalam pukul 1, gerak dengan Ehsan pergi lunch, lepastu singgah Kemensah hantar kereta, lepastu balik Kuantan. Masa ni, kerja Romok Ehsan gilir gilir drive. Aku belakang sama Erika Luqma. Kadang kadang borak, kadang kadang tidur. Yada yada, sampai Kuantan petang, hantar semua balik rumah, hantar kereta sewa, dalam pukul 8 malam, aku sampai lah dengan steady dan lelah nya ke rumah. So, 8 pagi Jumaat sampai 8 malam Sabtu, non-sleep. Cewah. Steady? Belum lagi. Bukak TV, pergh, Manchester United lawan woi! Ok, salah. Bukan lawan. MENANG LIGA WOI WOI WOI! Hahaha. Then, mak aku cakap, pergi tidur, pagi esok bangun pagi ikut balik kampung. Pergh, tak habis lagi rupanya cerita aku. Haha.

Jadi, pagi tadi, pukul 8 aku gerak kampung, dan ni pukul 11 malam baru sampai. So, amacam 3 hari aku? Apapun, dekat atas Broga, gua dapat tagline sedap.



"It's not about DSLR. It's about the value of surrounding." Cewah. Amacam tagline gua?

By the way, ini gambar celebration gua di Broga bersama Payan dan Am. Sebelum MU menang lagi dah celebrate, steady tak steady la kan. Haha.

Sekian laporan berita dari saya. Yang benar, Hamdan, AJK Kerohanian Kelab Rekreasi Tabika Kemas Indera Mahkota 1.

Wednesday, May 11, 2011

Lose and Lost

Akan tiba kau di suatu saat,
Suatu persimpangan di mana,
Kiri atau kanan kau salah,
Depan atau belakang kau kalah,
Berdiri setempat bukan pilihan.
Mana kau mara?

Multi-Level Marketing

Ok, sekarang aku dah habis belajar. Mencangak mencangak dekat rumah, doing nothing but resting, online, TV, makan and dating. Ya, segala impian gym aku macam berkubur. Macam asbestos. Jadi, memandangkan benda yang sama pernah berlaku, yakni selepas SPM. Ya, jadi, aku tak berfikir panjang dan relevan, aku terus masuk MLM. Sebab aku ada impian nak pakai BMWXYZ. Pendapatan berlipat kali ganda, dan potensi untuk score sebanyak hot chick yang boleh dengan Celica yang anda beli dengan hasil MLM! Yeah!

Ok, craps. Malam tadi, aku start 1st step, yakni pergi dengan talk untuk agen insurans. Ok, it's not agent. We are financial advisor actually. Cewah. Tapi semalam hanyalah intro sahaja. So, memandangkan aku dah acap kali dengar intro MLM, so, intro pun standard lebih kurang. Tapi insurans bukan MLM y'allz! Haha. Ok, aku pun sedang dalam progress (in other word, dalam angan angan) membuat blog berkenaan insurans ni. Well, FYI, insurans is not about money alone. It merangkumi our everyday life. It's risk-management of our life. It is...ops, cannot la story story everything y'allz y'allz. Tak steady lah. Kehkehkeh. Macam gampang dah pulak.

So, guys, pray for my success dalam berkarier ye? Nanti I dah kaya I belanja you allz semua sorang satu Celica.

Sunday, May 8, 2011

Post Hari Ibu

Er...apa erk? Haha. Ok, then kau orang pun akan cakap, "apa, hari lain kau tak sayang ibu kau?" Hehe. Nama pun mak oi, hari hari la sayang. Ok, cuma tak hari hari la kot nak buat entri kot. Haha.

Ok, nothing sangat. Just wanna say, I love you, although I never say love you depan depan. Sayang pun entah pernah entah tak. Tapi, mama mesti tau kan aku sayang mama kan? Ok, aku tak cakap aku kau pun ngan mama aku. Saja tulis dalam blog gini, kasi rating naik. Kahkahkah. Bangang. Ok ok, kembali pada topik asal. Ok, terima kasih mama, sebab, pertama, kendong aku dalam perut 9 bulan berapa hari entah dulu. Then, delivered. Itu the ultimate terima kasih la. Paham? Ok, then, besarkan aku. Sampai besar. Yes, besar betul. Hahaha. Lagi, kasi marah marah bila aku malas mandi apa semua. Apa lah salah sangat malas mandi ni. Haha. Tape, mom always know the best.

Ok, itu part sebagai manusia. Terima kasih juga sebab paksa amik insurans dulu. Kalau tak, terhuyung hayang jugak aku terpinga taktau nak jadi apa sekarang. Entah ke belajar jadi doktor. Haha. Memang tak ke mana la jawabnya. Ok, mungkin karier aku dalam insurans ni pun belum secure, tapi mama akan guide jugak aku rasa. Hah, anak mama. Tape lah, kalau bukan anak mama, anak sapa lagi kan? Dah aku memang anak dia. Haha.

K, terima kasih juga kepada Tok, sebab lahirkan mama, dan moyangku yang steady, kerana lahirkan tok aku. Ok, ni kalau sambung salasilah, sampai la ke Hawa gamaknya ye dak? Haha. Dan juga terima kasih kepada Wan, sebab lahirkan abah. Tanpa kau orang kau orang, mungkin tak lahir aku sebagai orang. Ok, dah, cukup la. Dah la tak sweet, nak tulis panjang panjang pulak. Tunggu aku jadi Jason Mraz ke, nanti aku tulis lagu dekat engkau orang semua ye?

Dan kepada ibu ibu di luar sana, Selamat Hari Ibu. Bukan makna kami ingat anda semua hari ibu sahaja, cuma, mungkin hari ini kami nak luah rasa hati segala bagai. Hari lain kita gaduh gaduh lah. Hahaha. Ok, blog ini tidak membawa mesej yang elok kepada adik adik. Sila berundur ke belakang, dan cari blog blog yang kaler pink. Sekian.

Friday, May 6, 2011

Red Riding Rose

There's a love, and I touched it. I try to pick it up, but love isn't about one heart that belongs to you. It's about sharing it with those who's in need. And this one, really gets a lot of need. And I can't understand it, at first.

At first.

But now, after months of walking throughout the jungle and forest, and seeing thousands of flowers, I know roses are red. And of all the reds, there is, you.

Thursday, May 5, 2011

Pandir Pandir Pandir!

Ni masalahnya kalau dengan penyokong kerajaan ni. Tak nak dengar atau tengok langsung sisi lain. Minyak naik harga, keluarlah statement, "Eh, takpe, kita pakai Ron95", "Eh, kau tahu dekat Singapore dengan USA minyak lagi mahal" dan sekian sekian sekian.

Ey pandir. Kalau nak menyokong pun, biar berpada. USA, Singapore, Brunei, UK, minyak depa memang mahal. Tapi tengoklah income depa berapa. Boleh cover. Plus, kereta diorang pun murah. Masalahnya, negara kita, kereta bukan main kencing mahal. Gaji pun tak banyak. Minyak lagi mahal. So, the money doesn't worth the value.

And one more problem, ni aku nak cakap sikit ni kerajaan oi. Hang dok sah lah tengok pada pendapatan per kapita. Pendapatan per kapita tu, dah kira campur yang kaya dengan yang miskin. Memang diakui, kita ramai orang kaya. Dan kaya pun melampau lampau. The problem is not with these people, but the poorer one. Macam kami. Kami ni yang sesak bila minyak dan barang barang keperluan naik harga. Hangpa bukan tahu pasal hangpa naik kereta, minyak semua kerajaan tanggung. Boleh claim. Kami ni, peniaga kecil, pendapatan pun tak seberapa. Nak mohon lesen, kena bayar tol lagi. Lepastu, minyak mahal. Habis habis, tak dak untung pun. Haish.

So, dear government, luangkan masa kadang kadang dengar pihak yang kecil yet penting ni. Malas nak kondem beria. Karang kena angkat jadi Ketua Pembangkang aku. Kena cas meliwat pulak karang. Kahkahkah

A Dream Worth Dreaming

Somewhere in my dreams I hear your voice
Whispering gently....into thin air
At the edge of the mountain I close my eyes
Sensing your breathing...feeling you appear there

On the edge of my dreams I see your face
A twin soul......when we share eyes
At the edge of the mountain I catch my breath
Touching our finger tips...mouth goes dry

In the shadows of my dreams I taste your lips
So soft against mine like a warm rain
At the edge of the mountain my heart slows
Sharing our every breath....two hearts don't refrain

In the deepest part of my dreams I feel your touch
Breathless....from the warmth of your skin
At the edge of the mountain I open my eyes
Seeing only clouds....feeling.... within

On the edge of my dreams is where I want to stay
It's there...I'm forever in your arms...safe...sound
At the edge of the mountain I'll remain breathless
For me.....no greater love will ever be found

Will you always be there on the edge of my dreams?
Will you always meet me to the edge of the mountain?

I will wait for you...be there for you....always.

**Ok kalau sweet, memang pun. Sebab bukan aku tulis. Gahaha. Kalau aku tulis, semestinya berbunyi annoying, tak worth dibaca dan menyampah. Dan annoying.

Kredit to: Er, entah. Aku terjumpa sahaja. Thank you for whoever wrote this love.

Sunday, May 1, 2011

Alhamdulillah. Terima Kasih Kepada Tuhan

Alhamdulillah. Tamat jugak battle aku selama 3 tahun dekat Lendu ni. Well, sebulan aku duduk resah memikir apakah reaksi yang bakal aku lakukan sempena tamatnya paper terakhir diploma. Ok, then ada suara suara luar yang cakap, eleh, aku dah lama habis, eleh, diploma je, aku dah degree and all those sort of words. Well then, bila lagi nak raikan. Kau orang pun masa habis dulu celebrate juga.

Celebrate. Yes, that's the word I am looking for at the moment, but it's not here yet. Aku tak tahu kenapa. But the emotion, the feeling I'm having right now, sssss, it's not what I'm expecting. Fun, joy, melompat, langgar pokok, tendang dinding, ini adalah perasaan perasaan yang aku expect sesudah berakhirnya kertas. But then, aku terlepas pandang akan moment yang sangat penting on top of all these. KERTAS itu! Well, the most difficult paper dalam 3 tahun aku dekat sini. Kertas pertama yang aku bukak bukak soalan, dan rasa nak menangis. Ok, RASA, belum menangis. Blank. Semua yang aku baca, semacam masuk dalam ruangan blind spot dalam otak ni. Semua tak dapat recall. Shut down. Separuh pun aku tak dapat jawab. Well in fact, semua budak aku tak dapat jawab.

And when the final, the LAST mic being picked up by the pengawas peperiksaan and announced that the time is up, the joy of graduating was not there. Because of this paper I guess. Ah, dah la. My 'friend' later told me that, 'dah lah tu, dah buat yang terbaik, just enjoy the moment, tawakkal bla bla bla' and then I realized that although I did some mistake, ok lah kira salah aku lah, sebab study tak 100%, 50% pun tak aku rasa tapi still, kena banyak berdoa jugak. Mengharapkan lulus je. Repeat dekat degree nanti pun tak apa, janji aku grad! Gahaha.

Ok, done with that part. So, here come the toast. Well, I would like to thank all of the people involve throughout these 3 amazing and wonderful years I've experienced here. Pengarah kampus sebab menjaga kami, (ceh, kau kenal aku dak Mizan? Aku pernah berdebat dengan kau pasal isu rumah sewa. hahaha), lecturers of course yang gigih menyumbang ilmu dan melayan kerenah kami, Encik Kamil, Miss Aida, Miss Jun, Joe Aiza (yes, special mention pasal degree nanti mungkin jumpa korang semula). Pak guard, ok, ini macam stail je nak wish. Haha. Terima kasih pak guard kerana menjaga kami. Walaupun saya tak suka sangat, tapi, still, without you guys, we're nothing. Cewah. Pak guard rock! Aku sempat siap salam dengan pak guard semalam. Ok, depa pun tak kisah padahal. Lagi, makcik makcik Alor Gajah sekalian, makcik Kelemak, asam pedas, Sungai Petai, Mak Jan, dan lain lain, for all the great food yang kalian sediakan. (Ada lagi tak untuk part orang orang tua ni?) Hm, and semua semualah yang pernah menyentuh hidup aku walau sesentuh. Without your touch, I may not be here. Oh, and abang abang pasar malam. Gahaha. Terima kasih la belanja saya selalu. Ok, mamak nak kena mention sini dak? Kahkahkah.

Ok, part muda sikit. Terima kasih juga kepada semua rakan rakan sebahtera. Budak budak insurans, from the first day menapak sini lagi. Tapayah la sebut nama dak? Panjang sangat. Haha. Lagi, budak budak bisnes Tuah Kasturi, budak budak akaun, DAIS, Masscomm (ok, masscomm bukan ramai pun aku kenal). And of course budak budak rumah aku. Walaupun aku benci kalian semua. Kahkahkah. Hm...sapa lagi. Makwe makwe sekalian, yang pernah lalu lalang depan aku. Terima kasih kerana menyerikan hidup aku. Cewah.

Ok, oh. Derhaka betul kalau lupa. Terima kasih kepada abah dan mama, sebab, er, bagi duit. Gahaha. Ok, tak. Terima kasih sebab dah suppot dari kecik, then sepanjang hidup, then bagi nasihat (yes, marah from parents is actually nasihat), dan walaupun aku melawan kau orang balik, sebenarnya bukan aku tak sayang. Aku acah acah je. Kahkahkah.

And terima kasih kepada kawan aku Raby, pasal kau dah banyak ajar aku. Macam macam. Hehehe. Walaupun kita kawan, kau tetap someone dalam hidup aku. Terima kasih banyak banyak teman aku setahun lebih ni. Yes, sorry la walaupun bertahan setahun je, tapi still boleh kawan kan? :) Oh, and maaf kalau ada salah silap kasar bahasa. Hehehe.

And to all, from the deepest point of my heart, I thank you guys. Terima kasih intan payung, intan permata, Intan Shakira ku sekalian. Ops. Hahaha.

Salah silap aku minta maaf, halal makan minum pakai lempang sana sini, semua mintak halal. Doakan success kita semua bersama, and keharmonian negara kita, biar kita boleh hidup aman dan tenang.

And now, for the next part of my life. Kerja! ZZzzzz.