Monday, September 26, 2011

Maka, Aku Ini Terima Nikahnya Engkau Binti Bapak Engkau

Maka bukan aku untuk mengata dia jahat atau syaitan,
Tapi ia hakikat, ada titik hitam dalam setiap badan.

Maka bukan aku untuk mengata dia sedang melihat kau dan tersenyum sinis,
Tapi cuma beringat sebelum kau berlari menangis.

Maka bukan aku untuk menilai hatinya hitam merancang durjana,
Tapi ada baiknya menjauhi sebelum segalanya menjadi bencana.

Dan sesungguhnya, tahulah kau, bukan aku untuk kongkong sekat hidup kau,
Tapi aku bukan menerima hanya suka suka bergurau.

Aku datang menerima tanggungjawab memantau engkau.

Siang Tadi Bangsaku Disiang Sedang Mereka Tidur

Dan semakin malam menerobos melewati ruang dan masa, aku menangis mengenang nasib nusa.

Kalau nenek moyang dahulu menghulur kepala mempertahan akidah, cucu bogel berlari hari ini menelanjangkan maruah.

Wednesday, September 21, 2011

Kedai Runcit

"Ish, tak boleh bodoh macam ni, tak boleh. Aku tak nampak langsung boleh kalau macam ni," bisik Karim perlahan sambil membodoh bodohkan Azrul.

Dahi Azrul masih dikerut kerut. Antara keningnya seperti hampir bersambung hasil kerutan itu tadi. Serius benar raut wajahnya jika mana mana orang lalu melihat mukanya itu.

"Ah, hiraukan sama orang lalu. Hal ini lebih penting. "Barangkali, begitulah kata kata yang bermain di benak hatinya. Peluh peluh juga semakin menemani dahi dan keringat si Azrul itu tadi.

Dua orang kanak kanak baya tadika duduk kira kira sebuah kereta jaraknya dari Azrul dan Karim sedang asyik bersembang hal peribadi dan ekonomi masing masing. Kebanyakannya berkisar tentang televisyen, Upin dan Ipin dan juga Tora Datang Lagi. Andai sedari awal itu telah disembang akan hal ekonomi, pasti negara kita berada di landasan yang betul untuk memacu kemajuan.

Tiba tiba, Azrul tersenyum dan berkata, "Aku rasa, dah nak boleh ni. Aku yakin, aku yakin. kau tengok saja."

Karim masih memapar imej kurang percaya dan yakin di wajahnya walaupun kata kata Azrul tadi lagak seperti benar betul.

Tang! Tang! Tang!

Beberapa biji bola plastik berisi Digimon di dalamnya jatuh ke tanah. Kini, Karim mula percaya akan konsep menikam mesin tikam menggunakan kayu.

The Crusader

Dan kau datang kepadaku,
Sambil berkata,
Ah aku benci merah hati.

Sebelum kau berpaling kepadanya,
Dan kata,
Merah hatilah kegemaran kau.

Airmata tangismu ialah di bahuku,
Dan hilai tawa kau singgah di dadanya.

Monday, September 19, 2011

Melaka Oh Melaka!

Oh, Manchester, kau mengajar kami erti riak. Sesungguhnya kami terlalu takbur. Kami insaf, kami insaf. :'(

Cerita Melaka, lain hari. Duduk Manchester ni sedap sangat.


Lagu khas untuk Abang Torres malam ini. Ready. Ehem ehem.

"Hati ini, hancur dan luluh keranamu, hati ini, hancur dan luluh keranamu. Tergamak kau berpaling dan terus memilih De Gea.." - Ella.

Friday, September 16, 2011

You Are Here For What You Did Yesterday

Kadang kadang kau hilang sesuatu arah atau tuju, dan kau sudah tidak tahu hendak ke mana. Bukan sebab kau tak nampak kiri kanan, tapi mungkin sebab terlalu bersedih dan memikir akan jalan yang hilang tadi.

Kemudian, kau terjumpa satu penunjuk jalan. Ya, dia datang dan mahu membimbing kau menuju satu jalan. Di hujungnya ada satu kehidupan. Sudah alang alang kau juga sedang tidak berjalan dan masa berlalu, maka kau pun ikut si penunjuk jalan itu tadi.

Dan kau laluilah jalan jalan kau bersamanya. Di sepanjang jalan, banyaklah perkara kau dan dia lalui. Melihat alam. Merasai flora fauna. Senyum riang menangkap gambar. Dan ini adalah satu jalan untuk menuju satu pengakhiran.

Tapi sedang dalam perjalanan, terhenti di tengahnya, kerana sang penunjuk jalan perlu bertapa sebentar untuk mengaji memenuh dada dengan ilmu Tuhan dan alam. Tapi dia masih tetap sebagai penunjuk jalan. Cuma, perhatiannya kepada kau tidak seperti dahulu. Penuh masih penuh, tapi ada juga pertapaannya yang perlu dia dalami dan tumpu.

Dan kau pula, terlihat satu simpang di jalan ini. Dan mungkin, ada sang penunjuk jalan lain, yang mungkin boleh memberi kau semula perhatian tadi. Menemani kau semula sehari semalam. Sepurnama lamanya mungkin. Ya, mungkin. Jalan ini belum pasti, yang mana kau mungkin jumpa apa yang kau cari, atau kau kembali sesat dan hilang arah tuju semula.

Maka, jalan manakah yang kau pilih?

Wednesday, September 14, 2011

Ini Bukan Ejakulasi Pra Matang

Kalau nak bercakap soal matang tak matang, akulah orangnya yang boleh kita labelkan sebagai tak matang. Ya, aku tahu, diri aku tidak matang. Pada usia 21, aku sendiri boleh label diri aku sebagai tidak matang. Dari beberapa segi, but mostly, memang tidak.

Dari segi lahiriah atau luaran, aku klasifikasi sebagai pra-matang. Kau masih dapat tengok aku akan bercakap macam seorang budak sekolah, berperangai sedemikian dan sebagainya. Kecuali, sekiranya situasi memerlukan aku untuk matang. Macam contoh, perlu menghadap Menteri ke misalan kata. Atau orang orang berusia yang aku tidak kenal. Then maybe I’ll be a little bit mature. Other than that, sorry.
Dari segi harfiah pula (ok, sebenarnya aku tak tahu pun lahiriah harfiah ni dalam ke luar ke. Aku pun tak tahu perkataan ni aku reka ke macam mana), aku adalah sangat tidak matang. Contoh aku boleh ambil, hal emosi. Aku memang seorang yang sangat sensitif. Cakap cakap sikit, boleh terasa. Ok, tapi tak adalah sampai menangis. Hahaha. Kadang kadang, cara aku atasi, tak layan terus. Tapi, kalau layan, memang aku gagal teruk. Tahap gagal dia, kalau emosi ni adalah subjek dalam pelajaran, UPSR aku akan berbunyi “5A 1 failed yang tak boleh bending.” So, kalau emosi adalah subjek wajib, aku mungkin tidak akan naik sekolah menengah sampai bila bila. Aku punya emosi ni, kadang kadang kalau rasa tengah marah, rasa nak pergi ke kawan tadi dan kelar leher dia. Penjara pun penjara lah. Macam tu lah kononnya kira emosi tak emosinya aku ni. Cuma, yang membuat aku waras sikit, bila aku fikir, karang dah kena gantung kesian pulak mak bapak aku menghadap masyarakat ada anak pembunuh.

Ok, entri ini juga boleh dikira sebagai salah satu ketidak matangan. Yakni bilamana satu tema entri yang tak pasal pasal diceritakan dalam satu waktu yang tak pasal pasal. Harapnya, menjelang usia 47, aku boleh berlagak matang sedikit sebagai seorang dewasa kala itu.

Dah, sekarang aku nak pergi main Street Fighter.

(Sebenarnya, bila baca balik, rasa macam blog kena hack pun ada. Kahkahkah. Makwe mana hack ni???!!!)

Friday, September 9, 2011

Lawak Rosmah Mansor Edisi Raya

Ada satu masa tak lama dahulu, aku pernah berlawak dengan rakan rakanku.

Di zaman harga barang naik ini, ada dua benda sahaja yang tidak akan naik harga. Setem dan topap.

Rupa rupanya, lawakku hanyalah tinggal lawak. Ciss.

Wednesday, September 7, 2011

Pulau Tawar Siri 3

Tiba tiba, suatu hari, datang sa-orang laki laki kepada aku. Katanya, mahu dia ceritakan kepadaku perihal arwah atok aku. Padahal laki laki itu tadi datang, membawa sebuah misi politik peribadi, dan berniat menghina atok aku.

Kalau laki laki itu tadi datang, dan katakan kepada aku, bahawa atok aku itu tadi (arwah) pernah menjadi seorang Perdana Menteri Bostwana, padahal aku hanya perlu bertanya kepada nenek aku apa apa tentang arwah atok aku. Dan nenek aku akan ceritakan tentang kedai runcit arwah atok aku. Dan getah getah yang dibelinya dari orang kampung untuk dijual kepada orang datang. Dan biskut biskut tin besar yang kebiasaannya berada di kebanyakan kedai runcit.

Dan itu juga yang akan moyang aku ceritakan kepada aku. Dan juga pakcik makcik aku. Dan tentu mak aku. Dan juga bapa aku. Dan orang orang kampung. Syukur, arwah atok aku pernah menjadi seorang yang penting di Pulau Tawar. Arwah Aki Sidek. Sehingga bah datang dan menenggelamkan kedai runcitnya. Dan rumah lama di Kampung Kedondong itu. Dan berpindahlah arwah sekeluarga ke Bukit Rang. Dan tiada lagi kedai runcit terkenalnya. Hanyalah tinggal sebuah kedai usang yang kadang kadang disewakan kepada orang kampung.

Tapi laki laki yang datang tadi, masih juga akan ceritakan kepada aku yang arwah atok aku pernah menjadi Perdana Menteri Bostwana. Kerana katanya, dia mendengar cerita dari sasa-orang. Dan akan datang sekumpulan kawan kawan laki laki tadi, dan mengiyakan kata kata laki laki tadi. Kononnya sasa-orang di Johor pernah berkata tentang arwah atok aku.

Laki laki itu, dan kuncu kuncu jahatnya, atau nenek aku, moyang aku, keluarga aku, orang kampung aku, yang perlu aku percaya? Ini bukan soal kronisma. Ini soal sejarah yang pasti. Datang dari banyak mata dan telinga. Bukan dari satu sudut yang ada self-interest.

Komunis itu tetap komunis. Komunis itu datang dari Karl Marx. Tidak kira lah Mat apa pun yang mengamalkannya, ia tetap datang dari Karl Marx.

Engkau yang kaya buncit itu boleh pergi mati dengan duit dan kuasa yang engkau ada, tapi jangan dihinakan kami yang pernah ditindas komunis wahai sial!!!

Tuesday, September 6, 2011

Main Panas

"Masuk masuk. Jadilah main panas dekat luar tu. Hitam karang."

Begitulah selalunya bingkisan bingkisan suara datang dari nenek aku ataupun mak aku masa kecik kecik dahulu kala.

Masalahnya, aku ni gemuk pasal jarang main dekat luar. Tapi hitam juga sudahnya.

Sunday, September 4, 2011

Harapnya, Bila Dah Jadi Artis Nanti, Aku Tetap Menyambut Hari Raya Macam Biasa Bersama Keluarga Dan Rakan Rakan. Bukan Dengan Peminat.

Pertamanya, aku sangat ghairah untuk update blog bila berada dalam kereta tengah drive sorang sorang dari kampung ke Kuantan, atau dari hati ke Melaka. Sebab tengah drive, kepala banyak berfantasi. So, macam macam kepala nak menulis. ya, bila namanya fantasi, ianya tidak akan menjadi realtiti.

So, anyway. Ini post aku selepas setahun tak update blog. Dan, aku rasa, tak sedap pulak tak wish raya. Aku sedang berniat nak up post raya when suddenly aku terbaca entri raya Idora beraya di Jepun. Ok, sebak juga sebenarnya kalau kena beraya di perantauan ni. Kerananya, raya pada aku dan family, kalau masuk 5 hari pun, belum habis Jerantut tu kena keliling. Bilamana belah mak dan belah bapak kau dua dua di tempat yang sama, banyak lah rumahnya untuk dijengah. Itu belum campur dengan penat, tidur dan futsal. So, memang tak banyak masa nak beraya. Cuma, aku rasa, tahun ni punya raya, jadi solid sikit, pasal dekat 5 hari juga beraya dekat Jerantut ni. Memang menjengah belaka rumah. Cumanya, the opportunity cost is, tak dan aku nak pergi beraya rumah Ponde. Baliklah kau ke Amerika sana, tak dan jumpa. Tak apa tak apa.

Cuma, bila beraya dengan saudara mara aku ni, yang tak tahannya, perut la. Pertama, makan banyak. Kedua, ketawa banyak.

Ah, apa apa pun, selamat hari rayalah kau orang. Nak tuju lagu pun, pasal dah lama tak online, aku taktahu lagu raya apa Radiohead main tahun ni.