Wednesday, November 30, 2011

Akhirnya, Sebuah Pemikiran Terjelma

Nah. Baca dahulu apa yang Profesor Khoo Kay Kim katakan di dalam Metro. Ah, tak boleh letak link. Apa pasal entah blog ni.

Tepat sekali.

Kita, baru baru ini, terlalu mengejar gelaran "Raja Bolasepak Asia Tenggara" sedangkan taraf kita sebenarnya boleh pergi setapak maju ke hadapan.

Kita sudah menang Sukan Sea 2009, AFF 2010, so, sedikit sebanyak kita sudah meletak status sebagai antara yang terkuat Asia Tenggara.

Tup tup, kita masih sibuk untuk mempertahan gelaran ini, sedangkan, kalau dilihat pada game Syria dan Bahrain, sebenarnya untuk game Syria, kita boleh mencatat seri dan menang ke atas Bahrain, sekiranya tiada masalah dibelenggu kecederaan atau kepenatan.

Tapi tidak. Akibat terlalu ghairah menang emas, kita tinggalkan Olimpik.

Mungkin, ini sebagai pengajaran. Jadi, sebetulnya, Sukan Sea ini kita sudah boleh letakkan sebagai pentas untuk skuad pelapis seperti bawah 19 dan beberapa pemain yang tidak dipilih untuk Olimpik sebagai pasukan.

Dan skuad Olimpik atau negara, sudah boleh mula fokus kepada kejohanan yang lebih tinggi.

Dia macam ni. Dalam kelas, semua budak dia tak pandai sangat. Rata rata dapat D. Jadi, semua orang berebut rebut untuk dapat C. Sorang je boleh dapat C. Maka, seorang budak, nama dia Malaysia, dapat C tahun tu. Tahun depan, berebut rebut lagi, Malaysia lagi dapat C. Dan lagi. Dan lagi. Sedangkan, kalau nak difikir, Malaysia dah boleh berebut dengan budak kelas sebelah yang pandai sedikit, yang sedang berebut rebut untuk dapat B.

Mungkin tak dapat B, tapi at least kita dah masuk kelas pandai tadi.

Yes, sound easier than it says. Tapi, tidak mustahil. Andai Sukan Sea 2013 nanti diberi amanahnya kepada Skuad Bawah 19 Tahun, dan bersambung untuk Sukan Asia 2014, maka, tak mustahil pasukan yang sama juga boleh digunakan untuk kelayakan Olimpik 2016 pada tahun 2015 nanti, kerana rata rata mereka nanti akan berumur 21 pada 2015.

Ke, idea ni craps? Ah, tolonglah FAM. Do something. Bukan untuk blame FAM, tapi, rata rata orang atasan FAM memang kaya bergaya suka suka ha ha ha, tapi bila kalah, skuad negara, pemain yang dah bertungkus lumus kerah keringat yang dibahannya nanti.

FAM, walaupun kena bahan, tapi masih kaya bergaya ha ha ha. Ah damn!

3 comments:

  1. Metafora blog dh mcm gaya penulisan sasterawan negara Lim Swee Tin bg ulasan untuk bola lps kne jmput dgn Astro Arena dalam segmen Mari Membuat Ulasan Bola Menggunakan Metafora.. Hye Gory!! Hahahaha..

    ReplyDelete
  2. pheewwiitttttttttttttttttttttttt ;p

    ReplyDelete