Friday, January 13, 2012

This Is The Territory

"Woi, lu ni, cerita politik je. Pergi buat blog politik la."

Sebenarnya, blog ni pada aku tak lebih daripada sebuah tempat untuk aku bersembang dengan stranger. Stranger ni ada 3 jenis. Satu, memang betul betul stranger, yang tak kenal langsung aku, tak tahu macam mana aku tulis, dan akan datang maki maki sebagai anonymous.

Kedua, stranger yang kenal. Kawan kawan. Kutu kutu. Adik beradik. Ok, tipu. Keluarga aku semua tak baca blog aku. Makwe. Ok. Makwe aku pun tak suka baca blog aku. Pendek kata, orang yang tahu la aku ni siapa. Yang kenal aku, sebagai aku ke, Gory ke, Rosyam Nor ke, lantaklah. Janji kenal.

Yang ketiga, stranger tak bernyawa. Macam spam ke, hantu ke, skrin laptop ke, Google ke. Yang tak boleh respon. Ini kawan yang orang kata, bila kita nak, dia ada, bila kita taknak, dia tak ada. Kawan paling setia, adalah blog. Twitter dengan Facebook pun tak macam ni selalu.

Cilakak. Lari topik.

Ok. Ha. Sebenarnya, apa yang aku tulis dalam blog adalah apa yang aku rasa. Kadang kadang aku rasa sedih (puihh), gembira, marah, politik, bola, berangan, bercuti, pedas tawar manis. Yes. Aku tak percaya pada perempuan tulis diari. Tapi aku tulis sesuatu memori supaya tahun depan aku baca, aku boleh tersengih semula dan tengok betapa tak matang aku setahun lepas.

Aku rasa, aku nak sambung tulis cerita dongeng semula la. Cerita Batrisya aku setengah tahun dah tak bersambung sebenarnya. Damn.

Ataupun, cerita pasal apa aku buat seharian. Macam Fatin Suhana ke. Ah. Baru cute.

6 comments:

  1. akhirnya.. ekceli aku dah muak dengar kau celoteh pasal sodomi.. timbang ke bulan ke.. ce cerita pasal adik2 ke.. sekolah batu lapan ke.. pasal zomba ke.. aku mmg rasa nak baca.. ce cerita.. ce cerita..

    ReplyDelete
  2. Kahkahkah. Tak la asip. Aku rasa. Aku tulis apa yang aku nak tulis. Mood untuk tulis apa yang orang nak baca tu lama dah tak datang dalam jiwa ni. Maafkan aku mengecewakan kau.

    ReplyDelete
  3. aku xrase y aku akan bace blog kau lagi kalau kau tulis pasal ape kau buat hari ni kau makan ape kat mne ngan sape and bla bla bla,sbb kau bukan rosyam nor or aaron aziz:P so,please jangan nk tunjuk cute sgt...haha

    ReplyDelete
  4. Tapi, orang lain mahukan itu mekya! Kahkahkah. Natang. Aku pun dok tahu nok tulis mende doh sekarang.

    ReplyDelete
  5. ayusyuwer ade org nk bace kalau kau tulis cmni(hai,saya "az",ariw niw sayaw pakai bjuw kaler pink tau pg mkn kt soulgarden ngn member2 then lps tu kitowang pg tgk ombak windu,msew tgh2 jalan2 kn tbe2 ad burung buang hajat terkene la atas kple saya,euwww geli jeW) kau ingt cute ke cmtu?hahaha,akukonpius...kau xyah nk tulis gapo2 lah,baek kau g study life,xpon kau tulis psl knpe soalan final life xd dlm silibus...

    ReplyDelete
  6. Kahkahkahkah. Ok. Klasik juga tu kan? Kalau aku ni buat soalan, lama dah aku jual ke mu orang.

    ReplyDelete