Thursday, March 5, 2009

Sangat 2

Gerai : Sangat smart, sangat ensem mamat pakai topi itam name Gory


Pukul 7.30p.m.


Crowd dye punyela crowded. Aku masuk ke seat RM68, tapi tak kelihatan pulak Bagus. Mungkin die duduk area area L dekat ngan Ponde kot, yang tidak tau seat nye hinggalah die terhegeh hegeh mesej aku mengatekan seatnye di L. Aku pun cube usha usha awek, dan sebelah ku merupakan seorang amoi yang cukup comel, datang bersame kakak dan mummy nye. Usha? Gilak eyh, kene sigung ngan mak die baru tau. Tapi, amoi ni sengih sengih sama aku, mak die pun turut sengih. Aku anggap sengihan mak die sebagai lampu ijau untuk aku usha anak die, bukan usha dye.


Pukul 8.00p.m.


Crowd menjerit! Seorang mamat keluar di atas pentas memegang gitar, dan berjaye memperdaye crowd yang beranggapan persembahan hampir bermule. Padahal, die tolong letak gitar atas pentas je.


Pukul 8.30p.m.


Make, Jason Mraz pun keluar lah. WAAAAAA!!!!!!!!! Cube bayangkan sahaja kehangatan situasi. Pakai imaginasi, seperti Syed. Start start, nyanyi lagu The Remedy tak silap aku. Tapi, perkare paling menarik mate semue penonton Malaysia ialah 3 orang peniup saksofon, trumpet dan klarinet(er,aku tak pasti name name alat alat muzik tiup ni). Mereka bertiga memakai jersi Malaysia! Dan 2 orang daripada mereka botak! Aku syak sorang Indra Putra Mahyuddin, dan yang gemuk sikit tu Hardi Jaafar. Yang ade rambut tu Shukor Adan la. Persembahan jangan cevita la. Memang top class. Serius aku cakap, konsert Coldplay, Jason Mraz ngan Justin Timberlake je yang aku akan terhegeh hegeh sikit. Awek awek Indon sebaris aku dengan galaknye bergelek, sambil diperhatikan cowok cowok.

Antare pukul 8.30p.m. hingga beberapa jam selepas itu

Aku menjadi seorang pencinta seni jazz, dan ska skit skit yang sejati. Kadang kadang rase macam Gerhana Ska Cinta pun ade gak. Kalo part jazz, skit skit gaye Sheila Majid sama Atilia.

Pukul 10p.m.

Tamat dengan menakjubkan. Lagu Butterfly yang menjadi penutup memang gempak. Pe lagi, kamera memang tengah kat tangan, tangkap gambar gambar lautan manusia ni. Aku pun jerit name Hemo pas abis konsert. Padan muke die segan kot. Dulu time sekola selambe je jerit satu asrama rase, so try sekali sekale. Sekali sarung kemera aku ilang da, dan tidak syak lagi mamat Indon sebelah aku paw, pasal die kat sebelah aku dan muke die memang mencurigakan. Da la kemera pinjam. Malang pertame. Persetankan. Nanti pandai la aku jawab ngan tuan, eyh, puan empunya kemera. Aku pun pi jalan sama Hemo, Rina, Fifi dan Amin, ke monorel. Kate mereka mahu lepak Sentral sampai pagi. Aku on ja. Sampai kaunter monorel, aku baru tersedar Hemo cube memancingku lebih jauh, dorang mau ke KJ, pastu chow ke Sunway terus, dan nampak gaye aku dan Fakh akan terkapai kapai kelemasan di sane. Jadi, aku pun mengambil pendirian untuk tak join dorang. Tamat pertemuan aku dengan mereka di situ. Tak sempat nak tangkap gambar sama Rina dan Fifi, yang masing masing tak ubah seperti zombi. Hehe. Jangan marah. Hemo? Mampus aku nak tangkap gambar ngan dye.

Celaka Hemo. Dye rembat topi aku bawak balik sane...


......sambung.......

Sangat

Warung : Sangat gempak, memang kewl, gile wa cakap lu....
Yeah, aku baru sampai hotel. Walaweyh, ekon ala ala menusuk rusuk, dan tilam yang agak empuk. Memang kene ngan badan yang penat kepenatan merempuh area area merangkumi Stadium Negara sampai Pudu. Hah? Watpe kat sane? Haha, konsert Jason Mraz weyh! Gile gempak wa cakap lu!

Kronologi

Pukul 2.30 p.m.

Aku kuar bilik ngan Fakh, melangkah ke luar UiTM. Walaupun bas hanyalah pada pukul 3.15 p.m., dan jarak bilik aku dan balai menanti bas hanyalah 10 minit, tapi aku mengambil keputusan gerak awal, mengelak segale kesesakan laluan pejalan kaki dan kebarangkalian terlewat. Dan pada pukul 3.15 p.m., bas ke KoLumpo tibe. Mengigil hati berdebar. Mesej masuk berbunyi, " Weyh, lecturer cakap selamat pegi konsert. Dan, entah ape ilmu ko pakai, kelas sok ngan luse batal". Mesej dari kawan sekelas ku. Haha. Harapan ku untuk ponteng kelas esok dan luse berkecai apabila lecturer dengan sadisnya membatalkan kelas. Lucky tak aku? Baru lah Kolbi Kelei ngan Jesen Meraz...
Pukul 5.00 p.m.

Teng! Sampai Puduraya. Hakikatnya, kali ke 2 dalam hidup aku di Puduraya. (1st, ngan Teacher Bestarinah, pukul 3 pagi dari Semsas ke Pangkor). Tapi, aku tengok tourist pun muke tak sakai, tak kan aku nak wat muke sakai kat sini. Jalan jalan sampai Petak Masa (English: Time Square), lepak lepak sama tukar baju, kemudian, Hemo hantar mesej mengatekan mereke berade di entrance B, stadium. Gerak Stadium Negare! Ops, lagi agak agak dalam 5 minit nak sampai, seorang Indon berpakaian smart menegur.
"Mau ke konsert Jason Mraz ya? Di mana ya Stadium Negara?" kate Indin itu.
"Owh, mari la join sama kami. Kamu seat mana? RM68? Owh, sama la sama kami" kate ku.
Sedikit perbualan mengenai kemungkinan Coldplay ke Sunburst, dan macam macam lagi. Wa, amik tau gak Indon ni pasal konsert kat Malaysia eyh.
"Bagus. Kamu?" katenye.
" Apa yang bagus? " kataku.
" Namaku Bagus. Kamu?"
"Owh, Syed Borhan..." tipuku. Bagus juga nama orang Indon ni.
Pukul 6.45p.m.

" Hemo!" jeritku. Kelibat Hemo menapak ke arahku. Masih keanak anakan, nasib baek ngan Rina sama Fifi.
" Weyh, topi satu" itu kate kate pertamenye. Bukan nak hai pe kaba, da makan ke belum dulu. Tak patut. Aku pun bagi la topi kat die.
" Ler, keciknye Hemo tu. Ingat besar cam aku ke. Tengok dalam Facebook cam besar" kate Fakh.
Sah, Hemo masih same seperti dulu, melaenkan tabiat Rina yang memanggilnya dengan panggilan Azwan. Tekak loya.
......bersambung.....

Sunday, March 1, 2009

Kota Lampu

Gerai : Wah3x...
Aku jejak kaki kt PWTC, ikut bapa aku, dan alang alang lalang tumpang balik Kuantan terus. Pe lagi, ala ala malam sikit, aku pun gerak la kuar dari bilik hotel. Bapa aku ade meeting. Melangkah ke depan, nampak The Mall, sebelah ngan Hotel Legend. Aku agak agak blur skit tak tau nak jalan mane, aku pun masuk bilik balik, tarik selimut, tidur. Asal rase janggal erk?
Huh, da 2 taun aku tak gi KL rupenye. Tak pe, nanti akan ku jelajah setiap pelosok bumi ini, agar tak nampak kolot sangat.

Friday, February 27, 2009

Optimis Kate Orang

Sejak melihat perubahan Lemang yang telah susut berat badannya dalam 50kg(aku agak) dalam masa sebulan, aku telah rase tercabar. Tak kan aku kalah ngan lemang kot. Lalu, sejak tadi, aku telah mule mengambil langkah berterusan untuk menyahut cabaran dari Lemang.

***********************************************************
******
Fakh merupakan bekas pemain ragbi Alor Star Blues, dan bermain posisi wing (Ala ala Cristiano Ronaldo la katenye). Tinggi 168cm, dan berat agak agak dalam 66kg, badannya sekali pandang nampak tulang terus. Muke ala ala askar, dan mengambil jurusan Komunikasi Media. Memang tak kene lah kos MassComm ni ngan muke dye. Tapi, bagi aku, kalo dye grade nanti, ok la gak. Ley berlakon Gerak Khas.


Kaitannya?


Selesai joging lepas 5 minit, dan sit-up 2 kali, aku bertanye kepade Fakh.


Aku : Fakh, ape beze badan kite ha?

Fakh : (Buat buat tido.)

Optimistik?

Gerai : Jage ko Lemang!


Thursday, February 26, 2009

Lu Ingat Ni Maen Cuit duduk?

Ko ingat aku suke nak maen cuit duduk, penat je nak kejar kejar ni. Dan aku cuit orang apabila orang cuit aku, dan dalam kes ini, Syed dah cuit aku. Barua

A)People who have been tagged must write their answers in their blog.


B) Tag 8 people to do this quiz.

C) Continue this game by tagging 8 other people

my tagged 8::

syed

mael

zainab

fatimah

zaiton

borhan

roslan

karim

1.What have you been doing recently?
Belajar,belajar dan belajar.

Do you ever turn your cell phone off?
yup3.

What happened at 10am today?
aku terhegeh hegeh bangun tido berdebar pasal miss kelas kul 8.

When did you last cry?
Time tengok cite titanic 1994 dulu.

Believe in fate/destiny?
sangat2.

What do you want in your life now?
Winona Ryder!

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
umbrella???? gile x macho(pinjam syed nye ayat)

8.What's your favourite thing to do on the bed?
Er,secret.Haha.

9.What bottoms are you wearing now?
boxer dikire bottom x?.

10.What's the nicest things in your inbox?
Her name is there.

11.Do you tend to make the relationship complicated?????
Tak penah ade sebarang hubungan, terutama sejenis.

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
Ye kot.

What was the last movie you caught?
Titanic

14.What are you proud of?
Nasi lemak dan teh tarik kerana mereka kebanggan rakyat Malaysia.

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
I've deleted all my messages la.

16.What was the last song you sang out loud?
Lagu Jonas Brothers

17.Do you have any nicknames?
Tiade, dan tidak pernah. Gory? Tu name dalam I.C.

18.What does the newest text say and from who?
Lecturer cari ko pasal x g kls from my classmate

19.What time did you go to bed last night?
Mak kate 10.30 da kene tido

20.Are you currently happy?
Entah

21.Who gives you the best advise?
Fadzilah Kamsah dan Fazley Yaakob

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
Nope,tp time keje Secret recipe dulu penah la

23.Who did you talk on the phone last night?
Tade. Tade orang sudi cakap tepon dengan aku, kecuali Winona Ryder.

24.Is something bugging you now?
The clocks counting for Jasin Mraz's concert!

25.Who was the last person to make you laugh?
Afdlin Shauki dan Harith Iskandar

Saturday, February 21, 2009

Perihal Terhangat

Gerai : Sume orang juga cakap sama ini topik

Bola,bola,bola. Malaysia,Malaysia,Malaysia. Bola dan Malaysia memang seperti irama rock kapak dan lagu indie, tidak boleh dipisahkan, tetapi tak masuk langsung. Bola memang menjadi mainan di bibir bibir kebanyakan orang akhir akhir ini. Di warung mahupun di kementerian. Kalau la ade kementerian sihir macam dalam cite J.K Rowling tu, pasti bola tak akan lekang di bibir para sihir.

Kalau bukak sini, banyak sangat perihal bola yang diperkatakan, lebih lebih lagi dengan kisah Jepun yang datang ke Malaysia suatu masa dahulu untuk belajar bagaimana untuk membuat liga bolasepak. Aku malas cerita pasal ape yang Lucius Maximus da cite. Aku pun malas nak tulis pasal ape yang Pipiyapong da tulis.
Aku terbace suatu artikel baru baru ini yang dipetik daripada kata kata seorang pegawai FAM berkenaan dengan komen peminat bolasepak tanahair yang menuntut kemajuan dalam pembangunan bolasepak. Beliau berkata, peminat tidak sepatutnya membandingkan taraf bolasepak Malaysia dengan liga liga luar. Seperti contoh England kerana bolasepak di sana telah wujud sejak tahun 1858 lagi. Baiklah wahai pegawai FAM, tidak perlulah kita membandingkan dengan BPL atau La Liga. Kita ambil J-League, yang kini merupakan liga nombor 1 di Asia. Mereka datang ke Malaysia mempelajari cara cara membentuk sebuah liga, dan kini mereka berjaya menganjurkan FIFA World Club setiap tahun. Malaysia,guru mereka? Liga D di Asia, dan pencapaian antarabangsa tidak perlulah di sebut. Bila kali terakhir Malaysia memenangi piala emas di Sukan SEA?

Lagi ada cakap peminat tempatan tak sokong pasukan negara. Huhu, ada tak tuan lihat keadaan pasukan England yang di-boo oleh peminat mereka,seperti contoh Frank Lampard dan Ashley Cole? Mereka hanya mahukan yang terbaik daripada pasukan kebangsaan. Begitu juga peminat tempatan. Kami tidak mem-boo pasukan Malaysia kerana kami masih sayang akan maruah pasukan bolasepak negara. Kami hanya mengkritik kerana mahukan peningkatan. Tetapi, setiap kritikan diibaratkan sebagai kutukan, sedangkan kritikan adalah kerana rasa sayang akan skuad kebangsaan.


Apabila FAM memecat B.Sathianathan, beliau menjawab dengan berkata,"Lihat kepada kelab besar seperti Chelsea, mereka memecat Phil Besar kerana jurulatih lah yang pertama sekali harus dipecat sekiranya kelab tidak menyerlah." Baiklah sekali lagi wahai pegawai, Chelsea memenangi EPL 2 kali, FA Cup sekali, Carling Cup 2 kali, dan final Champions League. Malaysia? Selepas berpuluh puluh pengurus, apekah hasilnya? Juara Pestabola Merdeka? Claude Le Roy pun kene pecat sebab tak bagus? Beliau berjaya membawa Cameroon ke Piala Dunia sejurus selepas dipecat oleh FAM. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan? Tuding jari ke arah orang lain, sedangkan empat jari lain tertuding ke arah sendiri. Jadi, kalo betul lah tuan tuan dan tuanku yang saya hormati sekalian memang betul betul mahu berbakti demi bangsa,khususnya demi masa depan bolasepak negara, adalah lebih elok jika tuan tuan berundur dan memberi ruang kepada mereka yang lebih profesional untuk menjalankan tanggungjawab ini.


Warung : Aku tak berani nak kritik orang berkuasa, tapi kesalahan perlu ditegur

Tensiak!

Warung : Tertekan




Aku ingat, Barrack Obama je yang lebih tertekan daripada aku buat masa sekarang.



Gerai : Gile aku cakap ko....

Friday, February 13, 2009

Yesterday, I'm Yours












Angpa suma kenai tak sapa ni? Sama tak muka depa?

Kome udoh kabo ke mike awai awai ye dok? Si Jesen Meraz dengan Ser Pol Mekkartney ni same muke nye

Ate sore deme pun sedap bebenornye ye dok. Itulah bile kome kabo mike gelak ke kome.

Warung : Nok bebenor pegi ke konsert si Jesen ni, tapi ade test le pulak.

Monday, February 9, 2009

Basah

Di saat aku memerlukan matahari.....
Matahari tiada menghulur pertolongan.

Di saat aku memerlukan angin.....

Angin tiada di situ.

Bagaimanakah kehidupan perlu diteruskan

Apabila angin dan matahari tiada

untuk aku.....

keringkan kasut aku.

Warung : Tak pergi kelas

Sunday, February 8, 2009

Bidadari Khayalan

Warung: Hakikatnya
Hakikatnya, 24 jam sehari terlalu lama bagi aku dahulu. Bangun tatkala embun sudah hilang, dan bos sudah masuk ke pejabat. Dan hari hari begitu akan dilalui dengan panjang. Aku terdetik, mengapa 24 jam dalam sehari? Itu terlalu lama. Kelas. Game. Makan. Tidur. Hanya itu lah mampu aku lakukan, dan kebosanan memang sinonim. Bosan itu kehidupan. Tiada masa depan. Hanyalah rutin harian yang sama dilalui hari hari yang mendatang. Seperti beruang kutub yang hanya berhibernasi selama 8 bulan.

Namun, kehadirannya telah membuatkan aku menyedari apa erti kehidupan. Setiap detik dan setiap nafas yang dilalui terlalu mahal untuk dilepaskan. Seukir senyuman di bibirnya, membuatkan aku terlihat syurga. Dan sesaat pandangan mata, berharga sebuah alam. Sesaat seperti sepurnama lamanya. Dan sepurnama seperti selama lamanya. Tapi, selama lamanyakah keadaan ini berkekalan? Masa masa yang bersepihan adalah untuk aku memikirkan betapa ini hanyalah sementara. Ya, terlalu sementara. Kerana?
Kerana hanya aku yang merasakan kebahagiaan maksima itu. Terlalu bahagia, hingga di saat aku menerokai realiti, aku sedar, aku dalam fantasi. Terlalu fantasi. Hidup untuk mengharapkan mati. Dan mati yang tidak meninggalkan senyuman terakhir. Apakah ini takdirnya? Aku masih belum bertemu dengan suratan takdir, kerana surat itu memang tidak akan pernah kita temui. Namun, tercatitkah kesengsaraan hidup? Tiadakah walau setitis kebahagiaan di mata pena catatan kehidupan ini?

Berputus asa? Frasa semudah itu sudah menjadi terlalu beban untuk hidup ini dengari. Kerana apa? Kerana berputus asa menyebabkan hidup lebih memikirkan tentangnya. Dia. Ya, dialah segalanya. Dan segala galanya tentang dia. Dari saat pertama Tuhan mempertemukan dua hamba ini, lelaki ini telah menjumpai kehidupan. Dan angannya agar perempuan itu merasakan yang sama. Samakah? Senyumannya, layanannya, tuturnya, memberi harapan. Harapan kepada angannya. Hanyalah angin angannya itu, kerana harapan hanyalah palsu. Semata mata. Maka, pertemuan itu bertakdirkan penyeksaan?

Gerai : Penantian sebuah penyeksaan.