Sunday, May 15, 2011

Laporan Kepembrogawanan

(Laporan ini disediakan untuk majalah bulanan Tabika Kemas Indera Mahkota 1 edisi bulan Mei. Edisi ini merupakan edisi istimewa Hari Guru. Dapatkan di Tabika Kemas Indera Mahkota 1 yang berdekatan dengan anda sekarang, dan Kinokuniya sekarang sebelum terlambat)

Maka, segalanya bermula pada awal Jemaat kemarin. Ok, malas cakap kampung. Pasal ni laporan. Kena rasmi. Kalau tak editor majalah ni, Mustapa kelas 5 Amanah taknak terima, lepastu ejek ejek aku. Jadi, semula. Maka, segala galanya bermula seawal jam 8 pagi Jumaat itu hari. 13 haribulan. Awal awal pagi lagi, aku bangun, pergi keluar renew lesen sama breakfast McD dengan Intan Shakira, then dia pun hantar aku ke hospital. Ambik kereta sewa.

"Mat, kereta ni takde apa. Cuma abang nak kabo, tingkak (tingkap) dia ni, lain macam sikit. Awok tau jela, kereta sewa ni macam macam ragang (ragam) ye dok? Lepastu, gear reverse (gostand kalau dalam Bahasa Kamus Melayu) dia, awok jangan reverse (gostand kalau dalam Bahasa Kamus Melayu) ke atas bukit, pasal gear dia tok kuat sangat. Itu jelah je abang rase," kata abang sewa kereta. Aku, tak paham lagi bakpenye dia panggil aku mamat.

Then, lepas amik kereta sewa, aku pun balik rumah sekejap untuk tunai solat Jumaat. Cerita dia nak la gerak sebelum semayang, tapi dalam usaha memujuk Luqma ikut, kena gerak lepas semayang. Ok lah tu, bukannya salah semayang dulu dak? Habis semayang, aku bergegas pergi ambik Erika Nabila. Ha, Erika Nabila merupakan makwe pertama dalam cerita ni. Kihkihkih. Steady betul dia ikut. Nasib baik tak buat perangai pelik pelik. Menangis ke, nak balik ke. Bukan senang jaga anak ni rupanya. Kahkahkah. Lepastu, terus shoot pergi rumah Ehsan Shafiq. Ambik kamera yang langsung tidak digunakan dalam aktiviti pembrogaan pasal dia taknak naik Broga pun. Jimbet sungguh. (Ye aku eja ni kan? Ke jinbet?) Then rumah Luqma Hadi. Masa ni, dalam kereta bukan main lagi la panas dia. Aircond tu paling kuat pun rasa macam tiup lilin kek happy birthday je. Lepastu, ambik Romok. Ini cerita sikit. Romok merupakan seorang individu yang, apa apa sahaja ajakan engkau, jawapan dia adalah malas. "Wayang Mok", "lepak Mok", malah, hatta "makan Mok" sekalipun, jawapan dia adalah malas. Jadi, nak jadi cerita, Khamis malam tu, memandangkan Luqma gaya gaya malas pergi, aku amik keputusan ajak Romok, pasal aku malas drive sorang. Nak la ada spare driver. Aku ajak pasal aku tahu jawapan Romok mesti malas, dah la naik bukit. Sedangkan makan pun malas. Tapi kau silap Gory kau silap. Laju terus Romok nak ikut, membuatkan aku lagi bertambah semangat.

Maka, dah angkat kutu kutu ni semua, kami pun gerak. Aku drive. Pergh, gila tak gila la engkau, drive kereta macam ni naik highway, pergi KL. Nak sampai Genting tu, rasa nak suruh je budak budak ni turun. Sesak gila kereta ni nak naik bukit. Jinbet betul. (Ok seriusly, jinbet ke jimbet ni woi?). Yada yada yada, dalam pukul 6 pun kami sampai UIA. Pergi bilik Nemba. Erika ke bilik Raby. Solat satu dua, lepak minum minum. Mamak UIA. Steady jugak mamak UIA ni. Rojak dia boleh pergi. Sedak betei (sedap betul). Lepastu naik bilik Maghrib Isyak pasal sikit, dalam pukul 10-11 gitu kami gerak keluar. Haha. Jadi kelam kelibut. Kami satu kereta (aku Romok Luqma Erika, eh, kau ada kan Erika?) gerak ke Damansara ambik Anis. Yes, Anis adalah makwe Luqma, dan Luqma tak tahu rumah Anis. Dan Kuala Lumpur ni bukannya Indera Mahkota nak pusing pusing seindah pelangi. Hahaha. Then, lepas jumpa, lepak Safa. Sana dah ada Ehsan Nemba Tya dengan kakak Tya. Tiba tiba kakak Tya boleh jadi lepak borak dengan Romok. Gila tak gila la kes junior jumpa senior ni. Kahkahkah. Budak budak lain ada pergi Curve tengok wayang bagai. Then kami pergi Curve sekejap jumpa budak budak ni before shoot ke Broga. Then suddenly ada satu mesej masuk dari satu kutu.

"Marilah lepak di Ampang. Aku dengan Payan bla bla bla" lebih kurang begitu mesej aku terima dari Amzar. Memang kutu betul. Memandangkan kami ni bergerak berjemaah, jadi tak simply simply nak buat keputusan. Lagi, aku bukan tahu celah mana nak ke Ampang tu. Sampai tol Gombak je limit kepandaian jalan Kuala Lumpur aku. Wangsa Maju sikit sikit. Lepastu sesak. Lepas berbalas text barang satu dua, tiba tiba Amzar dan Payan memutuskan untuk ke Broga bersama. Ini namanya spontan. Jumpa di sana katanya. Dan kami pun bergerak, nak ke UKM ambik Badrul Ezwan. Yes, Luqma je yang tahu selok belok KL ni dalam kereta, dan bila dia dah sesat sesat barang satu dua, aku dekat belakang hanya mampu berdoa kepada Tuhan Yang Satu je nak mintak jalan yang betul ni. Maka, mesej mesej Badrul, jumpa jela dekat Broga terus.

Then, sampai Broga. Ada aku, Luqma, Nemba, Anis, Romok, Amzar Payan. Ok, ini part tak tipu. Romok terus berlari mendahului kami semua, bersama Nemba. Aku dengan yang lain terpinga sekejap dekat belakang. Takpe, steady dulu. Better late than never, macam lagu Justin Bieber tu, ye dak? Ala, yang nama movie dia tu la. Then, daki daki, terjumpa sebuah Romok tersadai. Aku Amzar Payan kutip la, dan bagi galakan dan kata semangat tak kasi dia putus asa. Cewah. Haha. Dah gaya nak mati.

Tapi tak mati. Romok berjaya juga sampai ke 1st stage tu. Aku pun taktau stage stage ni, tapi menurut kata budak ni, itu 1st stage lah. Kami pun tinggalkan Romok bersama air sikit dan makanan. Suruh jaga. Aku Am Payan gerak sambung jalan. Luqma Anis Nemba sampai atas dah. Hak lain naik lambat sikit. Lepastu, jumpa lah diorang diorang ni. Dan yang lain pun adalah menyusul kemudiannya. Ok, kat atas sana, memang....pergh. Speechless bai. Rasa macam nampak Tuhan tengok keindahan (Ok, ini ayat metaphor). Memang steady. Lambat sikit, dalam pulul 7.30, ada Badrul sampai. Lepak atas. tangkap gambar sikit sikit, turun. Am Payan turun awal dah. Orang dah naik dua kali, pakai selipar pulak tu, dah bosan maybe. Kehkehkeh.

Then, habis tu, pergi breakfast, then balik UIA. Mandi pasal, dalam pukul 1, gerak dengan Ehsan pergi lunch, lepastu singgah Kemensah hantar kereta, lepastu balik Kuantan. Masa ni, kerja Romok Ehsan gilir gilir drive. Aku belakang sama Erika Luqma. Kadang kadang borak, kadang kadang tidur. Yada yada, sampai Kuantan petang, hantar semua balik rumah, hantar kereta sewa, dalam pukul 8 malam, aku sampai lah dengan steady dan lelah nya ke rumah. So, 8 pagi Jumaat sampai 8 malam Sabtu, non-sleep. Cewah. Steady? Belum lagi. Bukak TV, pergh, Manchester United lawan woi! Ok, salah. Bukan lawan. MENANG LIGA WOI WOI WOI! Hahaha. Then, mak aku cakap, pergi tidur, pagi esok bangun pagi ikut balik kampung. Pergh, tak habis lagi rupanya cerita aku. Haha.

Jadi, pagi tadi, pukul 8 aku gerak kampung, dan ni pukul 11 malam baru sampai. So, amacam 3 hari aku? Apapun, dekat atas Broga, gua dapat tagline sedap.



"It's not about DSLR. It's about the value of surrounding." Cewah. Amacam tagline gua?

By the way, ini gambar celebration gua di Broga bersama Payan dan Am. Sebelum MU menang lagi dah celebrate, steady tak steady la kan. Haha.

Sekian laporan berita dari saya. Yang benar, Hamdan, AJK Kerohanian Kelab Rekreasi Tabika Kemas Indera Mahkota 1.

Wednesday, May 11, 2011

Lose and Lost

Akan tiba kau di suatu saat,
Suatu persimpangan di mana,
Kiri atau kanan kau salah,
Depan atau belakang kau kalah,
Berdiri setempat bukan pilihan.
Mana kau mara?

Multi-Level Marketing

Ok, sekarang aku dah habis belajar. Mencangak mencangak dekat rumah, doing nothing but resting, online, TV, makan and dating. Ya, segala impian gym aku macam berkubur. Macam asbestos. Jadi, memandangkan benda yang sama pernah berlaku, yakni selepas SPM. Ya, jadi, aku tak berfikir panjang dan relevan, aku terus masuk MLM. Sebab aku ada impian nak pakai BMWXYZ. Pendapatan berlipat kali ganda, dan potensi untuk score sebanyak hot chick yang boleh dengan Celica yang anda beli dengan hasil MLM! Yeah!

Ok, craps. Malam tadi, aku start 1st step, yakni pergi dengan talk untuk agen insurans. Ok, it's not agent. We are financial advisor actually. Cewah. Tapi semalam hanyalah intro sahaja. So, memandangkan aku dah acap kali dengar intro MLM, so, intro pun standard lebih kurang. Tapi insurans bukan MLM y'allz! Haha. Ok, aku pun sedang dalam progress (in other word, dalam angan angan) membuat blog berkenaan insurans ni. Well, FYI, insurans is not about money alone. It merangkumi our everyday life. It's risk-management of our life. It is...ops, cannot la story story everything y'allz y'allz. Tak steady lah. Kehkehkeh. Macam gampang dah pulak.

So, guys, pray for my success dalam berkarier ye? Nanti I dah kaya I belanja you allz semua sorang satu Celica.

Sunday, May 8, 2011

Post Hari Ibu

Er...apa erk? Haha. Ok, then kau orang pun akan cakap, "apa, hari lain kau tak sayang ibu kau?" Hehe. Nama pun mak oi, hari hari la sayang. Ok, cuma tak hari hari la kot nak buat entri kot. Haha.

Ok, nothing sangat. Just wanna say, I love you, although I never say love you depan depan. Sayang pun entah pernah entah tak. Tapi, mama mesti tau kan aku sayang mama kan? Ok, aku tak cakap aku kau pun ngan mama aku. Saja tulis dalam blog gini, kasi rating naik. Kahkahkah. Bangang. Ok ok, kembali pada topik asal. Ok, terima kasih mama, sebab, pertama, kendong aku dalam perut 9 bulan berapa hari entah dulu. Then, delivered. Itu the ultimate terima kasih la. Paham? Ok, then, besarkan aku. Sampai besar. Yes, besar betul. Hahaha. Lagi, kasi marah marah bila aku malas mandi apa semua. Apa lah salah sangat malas mandi ni. Haha. Tape, mom always know the best.

Ok, itu part sebagai manusia. Terima kasih juga sebab paksa amik insurans dulu. Kalau tak, terhuyung hayang jugak aku terpinga taktau nak jadi apa sekarang. Entah ke belajar jadi doktor. Haha. Memang tak ke mana la jawabnya. Ok, mungkin karier aku dalam insurans ni pun belum secure, tapi mama akan guide jugak aku rasa. Hah, anak mama. Tape lah, kalau bukan anak mama, anak sapa lagi kan? Dah aku memang anak dia. Haha.

K, terima kasih juga kepada Tok, sebab lahirkan mama, dan moyangku yang steady, kerana lahirkan tok aku. Ok, ni kalau sambung salasilah, sampai la ke Hawa gamaknya ye dak? Haha. Dan juga terima kasih kepada Wan, sebab lahirkan abah. Tanpa kau orang kau orang, mungkin tak lahir aku sebagai orang. Ok, dah, cukup la. Dah la tak sweet, nak tulis panjang panjang pulak. Tunggu aku jadi Jason Mraz ke, nanti aku tulis lagu dekat engkau orang semua ye?

Dan kepada ibu ibu di luar sana, Selamat Hari Ibu. Bukan makna kami ingat anda semua hari ibu sahaja, cuma, mungkin hari ini kami nak luah rasa hati segala bagai. Hari lain kita gaduh gaduh lah. Hahaha. Ok, blog ini tidak membawa mesej yang elok kepada adik adik. Sila berundur ke belakang, dan cari blog blog yang kaler pink. Sekian.

Friday, May 6, 2011

Red Riding Rose

There's a love, and I touched it. I try to pick it up, but love isn't about one heart that belongs to you. It's about sharing it with those who's in need. And this one, really gets a lot of need. And I can't understand it, at first.

At first.

But now, after months of walking throughout the jungle and forest, and seeing thousands of flowers, I know roses are red. And of all the reds, there is, you.

Thursday, May 5, 2011

Pandir Pandir Pandir!

Ni masalahnya kalau dengan penyokong kerajaan ni. Tak nak dengar atau tengok langsung sisi lain. Minyak naik harga, keluarlah statement, "Eh, takpe, kita pakai Ron95", "Eh, kau tahu dekat Singapore dengan USA minyak lagi mahal" dan sekian sekian sekian.

Ey pandir. Kalau nak menyokong pun, biar berpada. USA, Singapore, Brunei, UK, minyak depa memang mahal. Tapi tengoklah income depa berapa. Boleh cover. Plus, kereta diorang pun murah. Masalahnya, negara kita, kereta bukan main kencing mahal. Gaji pun tak banyak. Minyak lagi mahal. So, the money doesn't worth the value.

And one more problem, ni aku nak cakap sikit ni kerajaan oi. Hang dok sah lah tengok pada pendapatan per kapita. Pendapatan per kapita tu, dah kira campur yang kaya dengan yang miskin. Memang diakui, kita ramai orang kaya. Dan kaya pun melampau lampau. The problem is not with these people, but the poorer one. Macam kami. Kami ni yang sesak bila minyak dan barang barang keperluan naik harga. Hangpa bukan tahu pasal hangpa naik kereta, minyak semua kerajaan tanggung. Boleh claim. Kami ni, peniaga kecil, pendapatan pun tak seberapa. Nak mohon lesen, kena bayar tol lagi. Lepastu, minyak mahal. Habis habis, tak dak untung pun. Haish.

So, dear government, luangkan masa kadang kadang dengar pihak yang kecil yet penting ni. Malas nak kondem beria. Karang kena angkat jadi Ketua Pembangkang aku. Kena cas meliwat pulak karang. Kahkahkah

A Dream Worth Dreaming

Somewhere in my dreams I hear your voice
Whispering gently....into thin air
At the edge of the mountain I close my eyes
Sensing your breathing...feeling you appear there

On the edge of my dreams I see your face
A twin soul......when we share eyes
At the edge of the mountain I catch my breath
Touching our finger tips...mouth goes dry

In the shadows of my dreams I taste your lips
So soft against mine like a warm rain
At the edge of the mountain my heart slows
Sharing our every breath....two hearts don't refrain

In the deepest part of my dreams I feel your touch
Breathless....from the warmth of your skin
At the edge of the mountain I open my eyes
Seeing only clouds....feeling.... within

On the edge of my dreams is where I want to stay
It's there...I'm forever in your arms...safe...sound
At the edge of the mountain I'll remain breathless
For me.....no greater love will ever be found

Will you always be there on the edge of my dreams?
Will you always meet me to the edge of the mountain?

I will wait for you...be there for you....always.

**Ok kalau sweet, memang pun. Sebab bukan aku tulis. Gahaha. Kalau aku tulis, semestinya berbunyi annoying, tak worth dibaca dan menyampah. Dan annoying.

Kredit to: Er, entah. Aku terjumpa sahaja. Thank you for whoever wrote this love.

Sunday, May 1, 2011

Alhamdulillah. Terima Kasih Kepada Tuhan

Alhamdulillah. Tamat jugak battle aku selama 3 tahun dekat Lendu ni. Well, sebulan aku duduk resah memikir apakah reaksi yang bakal aku lakukan sempena tamatnya paper terakhir diploma. Ok, then ada suara suara luar yang cakap, eleh, aku dah lama habis, eleh, diploma je, aku dah degree and all those sort of words. Well then, bila lagi nak raikan. Kau orang pun masa habis dulu celebrate juga.

Celebrate. Yes, that's the word I am looking for at the moment, but it's not here yet. Aku tak tahu kenapa. But the emotion, the feeling I'm having right now, sssss, it's not what I'm expecting. Fun, joy, melompat, langgar pokok, tendang dinding, ini adalah perasaan perasaan yang aku expect sesudah berakhirnya kertas. But then, aku terlepas pandang akan moment yang sangat penting on top of all these. KERTAS itu! Well, the most difficult paper dalam 3 tahun aku dekat sini. Kertas pertama yang aku bukak bukak soalan, dan rasa nak menangis. Ok, RASA, belum menangis. Blank. Semua yang aku baca, semacam masuk dalam ruangan blind spot dalam otak ni. Semua tak dapat recall. Shut down. Separuh pun aku tak dapat jawab. Well in fact, semua budak aku tak dapat jawab.

And when the final, the LAST mic being picked up by the pengawas peperiksaan and announced that the time is up, the joy of graduating was not there. Because of this paper I guess. Ah, dah la. My 'friend' later told me that, 'dah lah tu, dah buat yang terbaik, just enjoy the moment, tawakkal bla bla bla' and then I realized that although I did some mistake, ok lah kira salah aku lah, sebab study tak 100%, 50% pun tak aku rasa tapi still, kena banyak berdoa jugak. Mengharapkan lulus je. Repeat dekat degree nanti pun tak apa, janji aku grad! Gahaha.

Ok, done with that part. So, here come the toast. Well, I would like to thank all of the people involve throughout these 3 amazing and wonderful years I've experienced here. Pengarah kampus sebab menjaga kami, (ceh, kau kenal aku dak Mizan? Aku pernah berdebat dengan kau pasal isu rumah sewa. hahaha), lecturers of course yang gigih menyumbang ilmu dan melayan kerenah kami, Encik Kamil, Miss Aida, Miss Jun, Joe Aiza (yes, special mention pasal degree nanti mungkin jumpa korang semula). Pak guard, ok, ini macam stail je nak wish. Haha. Terima kasih pak guard kerana menjaga kami. Walaupun saya tak suka sangat, tapi, still, without you guys, we're nothing. Cewah. Pak guard rock! Aku sempat siap salam dengan pak guard semalam. Ok, depa pun tak kisah padahal. Lagi, makcik makcik Alor Gajah sekalian, makcik Kelemak, asam pedas, Sungai Petai, Mak Jan, dan lain lain, for all the great food yang kalian sediakan. (Ada lagi tak untuk part orang orang tua ni?) Hm, and semua semualah yang pernah menyentuh hidup aku walau sesentuh. Without your touch, I may not be here. Oh, and abang abang pasar malam. Gahaha. Terima kasih la belanja saya selalu. Ok, mamak nak kena mention sini dak? Kahkahkah.

Ok, part muda sikit. Terima kasih juga kepada semua rakan rakan sebahtera. Budak budak insurans, from the first day menapak sini lagi. Tapayah la sebut nama dak? Panjang sangat. Haha. Lagi, budak budak bisnes Tuah Kasturi, budak budak akaun, DAIS, Masscomm (ok, masscomm bukan ramai pun aku kenal). And of course budak budak rumah aku. Walaupun aku benci kalian semua. Kahkahkah. Hm...sapa lagi. Makwe makwe sekalian, yang pernah lalu lalang depan aku. Terima kasih kerana menyerikan hidup aku. Cewah.

Ok, oh. Derhaka betul kalau lupa. Terima kasih kepada abah dan mama, sebab, er, bagi duit. Gahaha. Ok, tak. Terima kasih sebab dah suppot dari kecik, then sepanjang hidup, then bagi nasihat (yes, marah from parents is actually nasihat), dan walaupun aku melawan kau orang balik, sebenarnya bukan aku tak sayang. Aku acah acah je. Kahkahkah.

And terima kasih kepada kawan aku Raby, pasal kau dah banyak ajar aku. Macam macam. Hehehe. Walaupun kita kawan, kau tetap someone dalam hidup aku. Terima kasih banyak banyak teman aku setahun lebih ni. Yes, sorry la walaupun bertahan setahun je, tapi still boleh kawan kan? :) Oh, and maaf kalau ada salah silap kasar bahasa. Hehehe.

And to all, from the deepest point of my heart, I thank you guys. Terima kasih intan payung, intan permata, Intan Shakira ku sekalian. Ops. Hahaha.

Salah silap aku minta maaf, halal makan minum pakai lempang sana sini, semua mintak halal. Doakan success kita semua bersama, and keharmonian negara kita, biar kita boleh hidup aman dan tenang.

And now, for the next part of my life. Kerja! ZZzzzz.

Friday, April 29, 2011

Tinggalkan Kekalutan Lama, Kita Bina Semangat Baru



Dah tengok? Ok, let's go.

FUCKING BULLSHIT!!!

Melayu. Berpuak. Satu pihak biru, satu pihak hijau biru cair. Masuk dalam masjid. Bergaduh, kerana seorang lelaki. Malaun betul. Woi Melayu semua! Cuba bangun sikit la! Hangpa semua, kita semua, kena bodoh saja dengan dua dua pihak. BN ka, PKR ka, sama saja. Hak ni duk laung nak revolusi kata nak jatuhkan kerajaan korup la, nak bagi kerajaan rakyat la apa la. Eh, paliahnuk! Hang tak ingat ka dulu hang pun duduk dalam kerajaan, sama saja kerja duduk cari tender sana sini, buat bank bawah nama hang. Cuba kita semua fikir. Anwar Ibrahim ni kerja dia apa? Compare dengan Mahathir contohnya, kalau dia bukan Perdana Menteri sekalipun, dia adalah seorang doktor. Karpal Singh. Kalau dia bukan seorang ADUN sekalipun, dia ada income sebagai peguam. Tapi Si Anwar? Duduk dalam penjara berapa tahun, harta dia, Wallahualam. Kalau dah setiap bulan boleh ke luar negara, memang masyuk la. Lepas tu, setiap kali ceramah, mintak rakyat kasi derma. Live punya pau duit rakyat.

Pasal seorang manusia bernama Anwar Ibrahim, Melayu jadi berpecah belah teruk. Kita yang duduk sokong sokong dia, apa yang kita dapat? Dia yang kaya. Kita yang berkorban.

Dah lah semua. Aku rasa, dah tiba masa, kita anak muda, masuk dalam perjuangan negara, atas satu platform baru. Pergi mati sama Anwar nya, Najib nya, semua nya, Rahim Tambi Chik ka. Ini semua pergaduhan orang dulu dulu. Semua dah tua tua sibuk nak perkaya keluarga sendiri. Kita bangun, bangkit, mulakan satu sistem baru. Start dari generasi kita, tak dak lagi dah sambung pergaduhan depa depa ni. Kita start balik fresh. Buat satu kerajaan, yang friendly-pembangkang. Pembangkang functioning as a check-and-balance for the government. Then, implement kan sistem yang dibuat zaman pemerintah Khulafa Ar Rasyidin. Every year, semua wakil rakyat perlu declare harta depa. Audit dipilih pembangkang akan audit wakil rakyat kerajaan, dan sebaliknya. Supaya berlaku keadilan di situ. After declare, harta mereka akan diambil sebahagiannya, sebab syubhak. Kot kot kalau ada pusing tender sana sini, itu biar dia jawab dengan Tuhan. But at least, negara dapat balik sebahagian duit ini. Pasal untuk membanteras rasuah 100% sounds impossible for me.

Yang kes bersumpah ni, aku tak paham betul lah. Aku rasa, tadi yang pergi ke masjid apa nama entah tu, entah ye entah tidak niat nak semayang Jumaat. Semua dah duduk sibuk memikir nak bergaduh. Sampai buat bising orang semayang, ini apa benda ni? Ha? Woi, engkau Melayu, darah sama, agama sama, tapi sebab telinga dengar cakap pihak berbeza, terus letak belakang agama. Adoyai.

Yang nak bersumpahnya, entah, lantak engkau orang lah nak bersumpah sangat kan. Tapi seingat aku, ini pesen dari zaman PAS lagi, suruh si Shaiful bersumpah dulu. Lepas dah bersumpah, kena maki pulak. Then dah jadi floodgate. Semua pun nak bersumpah.

Yang taknak bersumpah tu, biar jelah. Tayah la sibuk sibuk nak halang orang bersumpah. Suruh engkau bersumpah taknak. Lepastu membebel kata maruah keluarga tercalar. Ok, mungkin dalam hukum ada atau tidak pasal bersumpah ni, aku tak tahu. Then semua pun cakap orang munafik lah apa lah yang bersumpah ni. Well, mungkin juga dia bersumpah betul, kan? Dah bila engkau taknak bersumpah, taknak mainkan agama, then fair. Tayah pakai agama. Kita pakai sains dan realiti. Tunjuk jam Omega, taknak. DNA, taknak. Dah tu, macam mana lagi hang nak bersih nama? Cuba mai datang orang tuduh engkau orang pembaca pembaca (ok, kalau ada yang membaca la), hangpa main dengan perempuan lain ka? Mesti hangpa akan, sumpah aku tak! Right? Betul tidak, it's God punya kuasa. Tapi at least, you can regain back people's trust on you.

Ah, sudah lah bercakap banyak. Esok paper terakhir aku untuk diploma. Aku pula sibuk sibuk pikir pasal benda alah bangang ni. Sepatutnya, aku tulis ucapan perpisahan sekarang ni. Ok, paling sepatut aku study la. Then baru tulis ucapan perpisahan. Chow.

Mimpi

Daripada tadi aku taip, delete, taip, delete, taip, delete. Susah juga nak menulis pasal mimpi ni sebenarnya. Nak menulis dalam mimpi, laptop tak bawa pula masuk mimpi tadi. Haish.

Semoga mimpi indah boleh berakhir dengan indah. Dan semoga indah mimpi boleh dibawa ke realiti.