Lembut bayu menghembus hembus ke pipiku. Mataku menjamah ciptaan Ilahi yang mempersonakan. Titis-titis hujan bersantai di setiap rantingan. Indah. Sinar mentari terang mencecah ke kulit, tetapi tetap kedinginan tulang-tulang ini. Pokok-pokok oak, fir dan pokok krismas masih di situ sejak dahulu. Deras air sungai itu sungguh mengasyikkan, berlagu di halwa telingaku. Lalai aku dibuatnya. Macam zaman layan lagu System Of A Down waktu waktu PMR dulu. Band kegemaran Balau, harimau peliharaan Syed Hafeez. Dengarnya dibawa dari zaman sekolah ke menara gading. Itulah dia Syed Hafeez.
Gadis-gadis comel berlari-lari anak di bawah itu aku lihat (ini bukan Syed Hafeez dah). Mahu saja aku mengejar, tetapi ibu bapa mereka yang ketawa riang melihat anak-anak dara mereka menghalang niat murniku. Oh, di sana ada lagi anak-anak gadis. Hm, biarlah mereka berlari. Mungkin sedang mengejar kanggaru, bisik hatiku.
“Aok, tutup kek ekon tu. Sejuk paleh,” teriak adikku.
Pang! Kerusi dari lantai ke perut dia.
“Ni Cameron Highland la kuda!”
Hahaha..Nice story! =)
ReplyDeletePegi Cameron ta gitau akuu..=p
jenis jenis nak kena penampar..adik abang sama saja
ReplyDeletekau buat macam tu kat adik??
ReplyDeletehuhuhu
sian beliau
Mira, aku bagitau kang banyak unsur ke nak kasi jeles je...
ReplyDeleteSyed, bese la, adik pompuan aku tu memang.
Koyuki, beliau semi-layak untuk menerimanya. haha
adik pmpuan ko cakap macam tu?
ReplyDeletewow! mana ciri2 ke-urban-an beliau?
haha, sebenarnye, aku p cameron ngan bapak aku je...cerite diolah untuk kontroversi
ReplyDelete