Sayup kedengaran bunyi unggas bersiulan disahut dengan bisikan cengkerik malam. Tenang dan sunyi seperti hati Taufik. Tetapi lamunannya akan Zainab menghentikan ketenangan malam itu seraya diganti dengan kegelisahan yang memanikkan titis titis di pipi hitam tembamnya. Cermin mata barunya dibela setiap beberapa ketika. Diletakkannya lengan di dahi dan memandang siling bilik. Indah sungguh pemandangan malam yang dipenuhi bintang bintang di langit. Ah, pemandangan itulah yang ditatapnya setiap malam. Bintang bintang plastik glow-in-the-dark yang ditampalnya ketika dia mengambil PTS darjah Tiga dahulu masih di situ, seperti juga bantal busuk yang setia menemaninya sejak sekian lama. Makin tak basuh makin nostalgik, katanya suatu ketika dahulu kepada ibunya.
Talifon bimbit N3310 kesayangannya tiba-tiba berdering bersama gegaran vibrate. Buruk dan kuat bunyinya. “Ah, Zainab miss call,” bisik hatinya. Itulah rutinnya. Perempuan comel yang disayanginya itu hanya akan miss call. Dia tidak seteruja tadi. Tetapi, setelah masuk miss call yang ke-8, Taufik tewas dengan lamunan sendiri.
“Hai, buat ape? Farid mana?” tanya Taufik kepada Zainab. Seperti kebiasaan, selepas berbual bersama kekasih hati, dan selepas kekasih hatinya itu tidur, atau dah tak tau nak cakap apa, Zainab akan beralih kepada kawan berbualnya untuk menghabiskan malamnya sebelum tidur.
“Ha, dia dah tidur. Besok ada lawan hoki ais, so dia nak berehat. Huhu. Awak watpe? Tak tidur lagi ke?” lembut lembut kedengaran suara Zainab di talifon Taufik. Bergetar hatinya. Dia mula tersenyum sendirian. Tetapi, angannya tidak mudah menguasai diri kerana dia tahu betapa dia mengharapkan Zainab, dia hanyalah kawan. Sekadar kawan. Bukan kawan baik, bukan kawan akrab, kerana dia merasakan even untuk menjadi kawan baik Zainab dia tidak layak.
“Belum, berangan angan je. Hehe,” dan bermulalah sebuah perbualan yang berharga RM 3.80 dengan kadar 10 sen seminit. Nasib baik dia sudah top-up awal awal tadi semasa pergi ke 7-Eleven yang tiada makwe lawa berdekatan dengan rumahnya. Hip juga area rumah aku dah ada 7-Eleven, bisik hati kecilnya.
Semakin lama, semakin tidak berhenti perbualan mereka, dan kerana itu jugalah, Taufik tidak mampu melihat dirinya bersama perempuan lain. Dia seorang yang agak pendiam, dan lebih lebih lagi apabila berbual dengan perempuan. Perbualan telefon yang paling lama antara dia dan bapanya direkodkan ialah 3 minit, dan 4 minit bersama ibunya. Itupun, tiga per empat dari perbualan itu adalah berkisar alasannya untuk meminta duit poket lebih. Jadi, dia merasakan di masa akan datang, hanya Zainab yang mampu untuk dia menghabiskan masa, membuat dia berbicara apabila mereka bersama. Berbual di depan TV bersama anak-anak, ketika memasak, mengemas bilik dan memasang atap.
“Bila nak cari makwe?” usik Zainab kepada kawannya itu yang tidak pernah bercinta sepanjang 6 tahun hidupnya.
hah gory ka bler na carik makwe?wahahaha;0)
ReplyDeletetakde takde. jangan kaitkan aku dalam cite ni. ni sume cerite semate mate. hehe
ReplyDeleteko jadi gay je la...
ReplyDeletesenang sket...
haha
orait gak kan. hm, ko nak? jom...
ReplyDelete