Saturday, April 10, 2010

Nanti Besar Abang Nak Jadi Polis...

Aku : ...Boleh abang pegang pistol, tembak orang jahat, jaga keselamatan negara, bawak kete polis pastu pasang siren kalau nak cepat dan bawak motor polis.

Mak : Ok abang. Abang makan nasik ni banyak banyak, biar cepat besar, biar nanti abang boleh jadi polis.


Setiap hari kita akan menghadapi ujian samada getir mahupun getir gitu gitu saja. Ujian mengajar aku untuk menjadi lebih tabah dan membuka minda untuk melihat sesuatu perkara dari retrospektif yang pelbagai. Ketidaksefahaman antara ahli pasukan, kaki masuk jamban, ditinggalkan kekasih, gagal dalam SPM selepas PMR kononnya pelajar terbaik dan diberhentikan kerja atas alasan prestasi yang memberangsangkan menggugat pegawai atasan adalah antara ujian yang sedang aku muka(baca: face) ketika ini.

Ok. Aku tipu. Ujian yang cuba aku maksudkan adalah bersikap lebih duniawi dan tidak membabitkan emosi. Ok. Aku tipu sekali lagi. Emosi berdebar dan malas dibabitkan di sini. Ujian ujian memandu, ujian undang undang (test law), ujian fizik, kimia, sejarah perundangan negara dan akademi fantasia. Tapi, semua pun aku mengomel. Sedangkan bersepah sepah lagi manusia yang dihujani ujian yang lebih berat macam kene angkat batu 2 tan dan tarik lori. Ok. Mengarut. Ujian ujian yang lebih getir seperti kehilangan ahli keluarga sekaligus tanpa ditinggalkan sebarang harta pusaka, lumpuh separuh badan dan ditinggalkan anak anak di rumah orang tua.

Jadi, aku seharusnya bersyukur, berusaha untuk menjadi lebih baik agar menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. membina masa depan. Sekurang kurangnya, nanti anak aku tinggalkan aku, tak la kat rumah orang tua. Kat rumah aku sendiri yang ada kolam renang dan ruang sekelilingnya untuk dibuat BBQ bersama teman teman warga emas yang lain.


Aku : Tapi mak, kenapa abang kene belajar law fizik semua ni? Abang nak jadi polis!

Mak : Aku lempang kau sat lagi! Gemuk macam kau tak boleh jadi polis. Tak boleh kejar musuh. Lembap! Tak effisien.

Aku : Mak jugak yang suruh makan nasik banyak banyak biar jadi besar. Ni dah besar la ni.

Mak : Pelepow sedas!!!

Aku bukanlah seorang pelajar jurusan undang undang. Tetapi aku sedang belajar undang undang untuk ujian. Wallahualam.

5 comments:

  1. ahahaha....bab awal menyentuh hati...bab last kelakar plak~

    ReplyDelete
  2. Pergh, tersentuh ke kak? Hakhak.

    shiboy ni laki ke pompuan? haha. jangan suka sangat. nanti berduka. kahkah. anyway, arigato athirah.

    ReplyDelete
  3. Eh, tau plak saya Athirah? =P
    no sweat.

    ReplyDelete
  4. HAHA
    :DD
    -menggunakan profile abg utk gelak

    ReplyDelete