Kali terakhir hari aku rasa kosong adalah pagi aku anta adik aku pegi sekolah dengar Hitz.Fm Maikel Jeksen meninggal. Dan pagi ini, tengah tengah aku set nasik goreng gaul gaul sama sambal ikan bilis dan tempe, aku ternampak muke depan Metro.
"..."
Nasik dan tempe masih disuap, dan sedap masih sedap, cume jiwa rasa kosong. Makwe aku siap suruh jangan menangis. Ok, aku tak menangis sangat, tapi jiwa masih kosong. Kopi O kosong takde gula pun belum aku hirup di sisi pinggan nasik goreng dan tempe.
Din Beramboi, terima kasih kerana mengukir senyuman dan hilai tawa sepanjang kita berkenalan. Moga roh mu tenang di sana dan berada di sisiNya. Al-Fatihah.
tumpang sedih
ReplyDeleteal fatihah
ReplyDelete