Monday, April 26, 2010

Balance of Payment

Khamis aku exam Eco. Kalau kadang kadang korang sembahyang tu(ok: I tak cakap la u'allz ni semayang kadang kadang je...da...!), time tengah doa doa, lepas tu pause sebab tak tahu nak doakan kepada siapa lagi, masukkan la nama I untuk sukses. Thanx. Mmwah!

Kembali ke sini semua. Balance of payment, bermaksud import eksport. Tetapi, bukan barangan yang aku mahu bincangkan sebaliknya kes artikel ini.

Ok. Beliau kata jurulatih kita macam tikus. Tarik nafas. Wat de motherfishmonger!!!!!
Hembus nafas. Lega? Belum? Tak apa. Memang patut.

Pertamanya, beliau ini pernah jadi mana mana jurulatih ke nak komen komen begitu? Tau la jawatan tu tinggi, tapi kalau dah support pun tak bagi, guane gini demo? Perlawanan perlawanan persahabatan untuk pasukan negara konon. Pasukan negara memanglah perlukan pengalaman bersama dan berlawan dengan pasukan luar yang hebat, tapi kalau dah lawannya 2 bulan sekali, guane gini demo? Macam mana nak improve performance lawan dengan orang luar?

(So Gory, what are you trying to say is that we should import player from outside?) -Panel sukan-

Ya, tepat sekali. Sepertinya kita bermain di kampung. Hari hari lawan muka sama. Makanan kegemaran musuh pun kita boleh hafal kalau dah hari hari jumpa. Jadi, kemajuan dalam diri tak perlu sangat sebab kita dah tahu takat (it's actually tahap) permainan musuh.

Dengan adanya pemain eksport, sedikit sebanyak pemain akan cuba berlatih dengan lebih gigih dalam memajukan diri mereka. Mereka juga tidak lagi bersikap "ala-aku-dah-tahu-apa-makanan-kegemaran-musuh-aku" dalam menghadapi musim yang berlalu.

Mengenai artikel tadi, Wan Jamak Wan Hasan kononnya bersikap tikus(ratatouille) kerana kononnya gentar untuk menghadapi cabaran kelab negara luar. Ini kerana pemain kita tidak dilatih untuk menentang pemain dari luar setiap minggu. Ok, kalau aku cuba kaitkan kelab EPL, mungkin "Tuan Setiausaha" akan menyangkal kononnya aku tidak sayang bola tempatan. Ambil negara jiran kita yang sangat kecil, Singapura. Mereka dah la tanah pun kecil lagi dari Kuantan, entah mana depa duk taruk stadium aku pun taktaw. Tapi, mereka punya pasukan kebangsaan berdaya saing kerana di liga mereka, mereka berlawan dengan pemain pemain dari luar negara, SETIAP MINGGU, bukannya SEBULAN SEKALI. Yang sebulan sekali itu pun kerana friendly pasukan kebangsaan.

Aku sangat menyanjungi pasukan kebangsaan sedia ada. Aku mahu lihat zaman kebangkitan seperti zaman zaman Super Mokh, Ghani Minhat, Shebby Singh, Azman Adnan dan Azizul Kamarudin (ok fine! Zaman dorang sume aku tak lahir lagi. Aku tengok dekat Youtube je. Tapi bab Azizul Kamarudin aku pernah tengok dekat Stadium Darul Makmur dulu k? Azman Adnan aku tengok dekat Sehati Berdansa je.)Tetapi, takkan lah nak harapkan pemain ini saja untuk tahun tahun mendatang, betul tak? Perubahan perlu dimulakan dari sekarang! Hidup Hulu Selangor!

(Whatever! Tetapi, berkenaan dengan exam Eco saudara Gory, dah study ke?) -Wartawan Hiburan-

1 comment:

  1. bangang tu tau main bontot bini je dekat rumah, lepas tu keluar statement bodoh macam tak sekolah.

    ha ha ha.

    ReplyDelete