Assalamualaikum. Nama saya Atromen. Bukan. Sebenarnya, nama penuh saya Ultra Seven, tapi kawan kawan sedarjah panggil Atromen saja. Saya ada lapan orang adik beradik; Dyna, Tiga, Gaia dan lain lain. Atok saya nama Eighty. Itu pun saya kenal melalui lagu dalam cerita atok saya.
Saya berkelulusan habis kuat pun darjah enam. Saya tidak diterima masuk sekolah tingkatan, kerana kata orang ramai, saya hanya sesuai untuk darjah darjah saja. Hari hari saya berlawan dengan raksasa. Semuanya demi menjaga keamanan dunia. Tetapi, orang dewasa, khususnya anggota polis sering kali memandang serong terhadap saya. Mereka melarang anak mereka mengagumi saya. Saya buat semua ini ikhlas tanpa mengharapkan penghormatan dari sesiapa pun. Ayah cakap, polis tak suka kerana nanti polis tiada kerja kalau saya sibuk sangat. Mungkin juga. Mungkin sebab itu juga saya tidak boleh sambung sekolah tingkatan. Dengarnya, sekolah tingkatan itu susah. Saya pula sentiasa sibuk.
Hm, mungkin awak semua tertanya tanya, manusia gagah macam saya ini pun tulis diari bukan? Atromen pun ada hati, dan dalam hati ada taman. Ikman hari hari ajak joging Taman Bandar, tetapi saya percaya ajakannya semi-palsu. Setakat ini, baru sekali. Itupun hanya melihat gelagat adik umur 4 tahun pancing ikan dekat tasik Taman Bandar tempat budak budak kaya sikit main bot mainan laju, dan budak budak indie dating ngan makwe main baling baling batu kononnya kasi batu itu melompat. Adik tadi pancing pakai tali tangsi. Dapat suku plastik hitam ikan dia. Kasihan. Kecik kecik kena cari makan untuk keluarga.
Oh, untuk berkenalan dengan lebih lanjut, awak awak semua boleh add saya di Facebook.
Haha, LOL.
ReplyDelete