Friday, December 31, 2010

Ok, Damn Aku Kena Buat Entri Yang Tak Berbunyi Tahun Baru

Surat khabar hari ini, ada dua isu aku nak kupas.

Pertama, isu Harimau Malaya nak digantikan dengan Harimau Malaysia. Damn! Selepas bertahun tahun pasukan negara kita tak perform, once perform, terus nak ambik kisah lah, rasa sensitif lah apa lah. Sebelum ni tak de rasa sensitif? Ulasan lanjut Lucius dah buat dekat Sokernet cuma aku nak tambah, this is about tradition, history. Please jangan politikkan benda benda ni. Tolonglah wahai ahli politik oi. Pergilah angkat isu lain nak buat nama, but please, we waited far too long for this success. Don't spoil it. Aku rasa, rata rata warga Sabah dan Sarawak tak kisah sangat pun kot cause they know we never under-appreciate sumbangan mereka dalam bola sepak tempatan.

Second issue, pasal semester universiti tempatan berganjak ke September instead of July. Alasan? Untuk menarik 150000 pelajar asing untuk menyambung pelajaran ke sini. Dah tu, pelajar Malaysia taknak amik kira? Aku tak kisah sangat pasal aku dah grade masa tu, tapi nak buat keputusan, tanyalah kami. Kami ni yang belajarnya. Awak awak politik ni kira duit je tau. Kalau start bulan September, budak budak habis SPM cuti 10 BULAN you man! Lepas SPM, kawin, mengandung, bersalin, then dan lagi masuk universiti. Adalah pantang seminggu dua sempat. Oh, lagi. Tradisinya, kita cuti bulan 11 bulan 12. Sama dengan budak budak sekolah. Boleh lah bercuti dengan adik adik yang cuti sekolah sama. Mak bapak boleh bawak semua anak anak pergi bercuti. Now? Ok, cakaplah kami pelajar universiti matang tak payah bercuti sama keluarga. How about lecturers? Anak anak mereka cuti sekolah, dengan harapan mak bapak boleh bawak pergi jalan jalan main Bukit Gambang. Now mak bapak kena kerja. Kelas kot. mana boleh nak mintak cuti. Ah, damn damn damn!

Malaysia AFF Suzuki Cup

Ok, tiba tiba aku jadi rajin malam ni pasal bosan tak ada sorang makwe pun nak ajak main mesej.

Tab di sebelah aku ni, terpampang ranking dunia terkini dari FIFA. Tak ada terkini mana lah. Updated last on early December tempoh hari. Yakni before the AFF Suzuki Cup started.

So, based on the ranking, Australia is 1st in Asia, ranked at 29th in the world, followed by Japan (29) and South Korea (40). From ASEAN pula, yakni Asia Tenggara, Thailand adalah 1st (17th in Asia, 121th in world), diikuti oleh Indonesia, Vietnam, Singapore. Barulah Malaysia.

Ini semua sebelum AFF Suzuki Cup.

One down, two down, three down, four down. Wow, technically, we're first right?

And selepas ini, kita akan berhadapan dengan Pakistan untuk Kelayakan Olimpik London 2012. Pakistan is sitting at 171st in the world ranking. But hey, menang kalah is not based on this ranking. Really hope that kita dapat melayakkan diri ke Olimpik, pasal buat kat London. Macam boleh je kalau nak pergi ni. Boleh tengok sikit Safee Sali selisih bahu dengan Gareth Bale, tengok siapa laju. Haha. Boleh tumpang rumah Lane. Barath ke. Haha.

Mari kita berdoa ramai ramai semoga ini menjadi titik kebangkitan bola sepak kita. Dan semoga tiada lagi cerita artis Malaysia dalam kem bolasepak kebangsaan. Sekian, terima kasih.

(Lepas Olimpik, pergi Piala Asia 2015, lepastu World Cup 2014, lepastu Euro 2012, lepastu EPL.)

Ini link FIFA. Aku tak reti nak print screen. Kolot.

Wednesday, December 29, 2010

10 Most Memorable Moments In 2010

Ah, aku pun tak ingat. Aku tulis mana yang aku ingat je la.

1. Konsert Slash. Yeah, klasik. Aku dapat lempang Hemo. Lepastu, dapat layan sama Ponde. Sekarang, Ponde ni dah layan A7X je dekat perantauan sana.

2. Dating, dating, dating. Menatang. Berlagak gila. Kahkahkah.

3. Kerja Laksa Shack. Ok, benda ni pasal rare. Memang rare aku kerja. So, sekali sekala kerja, tulis la kan.

4. Final World Cup di Subaidah. Eh, Subaidah ke Zubaidah nama mamak ni? Aku masuk ni pasal aku tengok sebagai seorang student, layan lepak ramai ramai. Mana lah tau, nanti World Cup 2014, aku dah kawin. Tengah tengah tengok Final dekat rumah kena pulak buat susu anak.

5. Surfing. Oh yeah! Memang heaven. Mula mula ride dari Kuantan ke Cherating. (Ok, tokok tambah. Sebenarnya dari beserah.) (Ok, tokok tambah lagi. sebenarnya aku ride separuh jalan je. Gilir gilir dengan Nemba.) Lepastu, layan lepak dekat Cherating. Lepastu, surfing! Pergh sumpah heaven. Memang boleh buat karier lah surfing ni.

6. Malaysia menang AFF Suzuki! Sebenarnya aku harap dari Piala Asia lagi, tapi referee Australia masa lawan China itu hari memang main gila. Tak kisah la. Janji menang AFF. Harapan, agar 2011 memberi lebih sinar kepada skuad bolasepak. Dengan perlawanan pertama, Kelayakan Olimpik lawan Pakistan. Mac. Harap harap menang. Boleh pergi Olimpik. Lepastu Piala Asia, lepastu pergi World Cup. Lepastu pergi Euro 2012. Lepastu menang EPL.

7. Aaaaku tak ada idea dah. Nanti ingat aku update lah. Haha. Selamat enjoy hari last 2010!

8. Oh, lupa. Aku dah 20. Memang tak memorable. Lepas ni dah boleh start pikir pasal anak.

Piala AFF Suzuki

Selain tahniah, aku juga ingin menyuarakan harapan agar Piala AFF dapat melupakan rakyat Malaysia dari Piala AF dan realiti realtiti TV bodoh Malaysia yang lain.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada Indonesia kerana tidak membuat kacau. Malah, menghidangkan kami dengan santapan untuk mata melalui tatapan umum Manohara and Co. Oh, dan Luna Maya juga. Gojes. Roarrr.....

Well Done Malaysia!

Lepas ni, kita harap adalah Arsenal ke beli Khairul Fahmi. Lepastu, Liverpool beli Safee Sali. Silap silap kena jual Babel.

Tuesday, December 28, 2010

"Kita Tak Boleh Jugak Nak Tuduh Tuduh Pakai Dukun Ni..."

"...pasal, kalau pakai dukun, mana lut. Depa pakai player Uruguay ke Argentina entah. Depa mana main dukun dukun ni. Elok pakai Buzzlightyear je. Kemain jauh lagi laser tangan dia tu," - Kak Limah, Kampung Pisang.

Monday, December 27, 2010

Malaysia Laser

Sekarang pukul awal pagi dalam pukul satu. Aku mengantuk macam celaka, pasal surf punya pasal. Tapi, sebelum aku tidur, aku nak komen sikit pasal Malaysia.

Malaysia kito boleh pergi ni boh. Haha.

Ok. Aku mengantuk gila babi dah ni. Cumanya, pasal laser ni, aku masih dengan pendapat aku, ada kemungkinan laser tu datang dari fans Indonesia sendiri. Ataupun dari fans Thailand pasal marah dengan Indonesia. Ataupun fans dari Uruguay ke Argentina ke pasal depa bengan Indonesia curi Gonzales. Ataupun laser tu datang dari jedi. Ya. Pertarungan antara jedi dan padawan menentang Darth Vader telah merebak ke Bukit Jalil. Laser tu lightsaber.

Ataupun, laser tu sebenarnya Buzzlightyear yang main,

Ah, aku tido dulu. Selamat malam semua. Kalau jumpa dalam mimpi, jangan sombong. Tegur tegur la.

Sunday, December 26, 2010

Rentetan Dan Sorotan Event Cherating Surf Fest 2010

Penat ni boh! Kito cerito esok luso la.

Hok penting, sek kito menang boh lawan Garuda Gonzales. Kahkahkah.

Kuantan-Cherating boh!!!

Friday, December 24, 2010

Legenda Liverpool Diperkotak Katikkan

Rafael Benitez telah dipecat. Yes, pemecatannya adalah hasil daripada kemenangan FIFA World Club Cup.

Kenapa jadi begitu? Kenapa selepas memenangi piala, beliau dipecat?

Menurut seorang penganut Liverpool yang telah murtad agama Liverpoolnya dan beralih kepada Blackpool, dia difahamkan sumber boleh dipercayai dari Inter Milan beranggapan, Liverpool punya prestasi down teruk selepas memenangi Champions League beberapa tahun sudah. Jadi, Massimo Moratti merasakan bahawa Benitez berpotensi untuk mengulangi pencapaiannya menjatuhkan prestasi Inter Milan pula kali ini. Lalu, fired!

Khabar angin di Britain berlegar legar mengatakan bahawa peminat Liverpool sudah muak sama Roy Hodgson dan mahukan Rafa Beni kembali kerana hanya Benitez sahajalah yang mampu mengembalikan dan menggunakan Lucas Leiva pada tahap yang paling mengagumkan. Lucas adalah pemain kesayangan peminat Liverpool, khususnya di Malaysia. Malah, mereka menganggap Lucas adalah sehebat Kevin Keegan dan Azman Adnan.

Kahkahkah.

Monday, December 20, 2010

Udoh Le Tu. Cite Je Hal Yang Sebenornye

Ok, sebenarnya tajuk aku nak letak, "Setiap yang bermula, pasti akan berakhir." Tapi pasal semalam pergi layan Man Laksa, aku dah tertengok Zombie Kampung Pisang, dan bakal disusuli dengan ulangkaji semula Hantu Kak Limah esok. Alhamdulillah, semoga Mamat Khalid bahagia. Kahkahkah.

Ok, serius.

Setiap yang hidup, pasti akan mati. Tak kiralah manusia, haiwan, pokok fir buat jadi pokok krismas, Hitler, henpon, game Dota. Hatta karipap sekalipun.

Ya, karipap.

Tadi tengahari aku ride seorang diri ke Taman Gelora menanti kereta diservis. Lalu, sambil sambil ride, aku singgah la untuk mengembalikan nostalgia main buaian, gelongsor ada tutup atas, dan ultimately, karipap Taman Gelora. Dengan isi yang mantap, panas, sedap, isi banyak. Ah, kalau dulu, pergi pukul 4 pun dah habis.

Tadi, aku pergi, pukul 2. Jenguk punya jenguk punya jenguk, rupanya aku ketinggalan zaman. Zaman karipap panas inti padat mantap orgasm semua dah tamat. Tinggal karipap kecil seringgit dapat 3 bijik saja yang ada. Kalau dulu, mantap mantap seringgit dapat empat. Itu pun kira paling mahal dah, pasal dulu seringgit dapat 5 ye dak?

Ah, karipap.... :-(

Ke mana perginya subsidi karipap yang diwar warkan tu ha!!!????? Corruption!!!!

Sunday, December 19, 2010

Mari Bersenang Senang dan Bergelak Ketawa

Satu, dua, tiga, do re mi.
Apa nak jadi, alif ba ta ABC.

Pergh, layan Man Laksa sorang sorang malam malam gini memang bikin orang tengah tido hangin. Haha.

Saturday, December 18, 2010

Sambungan Entri Sirap

Yes, aku akan tentang sampai bila bila. Sehingga titisan darah yang terakhir. Semalaman aku membaca blog yang perjuangkan gay tu. Aku taknak letak link pasal nanti depa rasa hot pulak ramai yang pergi baca blog depa.

Ok, one ponit diorang naikkan ialah, baik kami gay, daripada jadi macam laki pompuan yang duduk pegang tangan tak tahu malu. Itu pun haram. Apa bezanya?

Ok, come here, let me show you the difference. Aku tak ingat exact hadis or dalilnya, but lebih kurang goes macam ni. Siapa yang menyentuh orang lain, dengan niat untuk membangkitkan nafsu, dosa. So, kalau pegang perempuan haram, pegang lelaki dengan niat untuk bernafsu pun haram. Tak bermakna engkau tak beromen dengan gay kau, tapi kalau kau pegang tangan dia untuk cuddling cuddling tetap haram.

Lagi, ada orang komen letak hadis, kalau nampak mereka yang berkelakuan seperti Kaum Nabi Lut, maka bunuhlah kedua pelakunya. Sorry tapi for better confirmation mintak siapa siapa pergi cari hadis ni k? I malas.

Haha.

Lagi, orang yang berzina, lelaki dan perempuan itu, melanggar syariat. Dosa besar. Then, how about gay? Lebih berdosa besar kerana, liwat, satu. Keduanya, mereka melanggar fitrah manusia. Hukum alam. Menzalimi diri sendiri. Kerana tidak berlaku adil. Adil bererti meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya. Dan adakah meletakkan 'kelelakian' engkau di belakang lelaki lain adalah patut? NO! Hambik kau. Dah terlucah. Sorry.

And anonymous posted this yesterday, and yes, he got a great point to counter.

Anonymous said...

Orientasi seksual bukan suatu pilihan dalam Islam. Ya, Islam bersifat terbuka dan adil. Namun harus difahami, adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya. (lawan bagi adil ialah zalim iatu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya)

1. Islam adil dengan mengiktiraf hak bagi mereka yang layak. Dalam isu homoseksual, ia bukannya suatu hak kerana seseorang lelaki misalnya, tidak berhak untuk mempunyai keinginan seksual kepada lelaki. Homoseksual melanggar fitrah manusia, lantas ia bukanlah suatu hak.

2. Melihatkan kepada definisi adil ini juga, terbukti, mereka yang gay yang bersikap tidak adil kepada diri mereka sendiri. Mereka kenal diri mereka bahawa mereka ialah seseorang lelaki, tetapi mereka masih 'memupuk' perasaan keinginan seksual kepada sesama jantina. Maka mereka yang bersifat zalim.

3. Islam begitu baik kerana Islam tidak menghina mereka yang punya perasaan kepada lelaki tetapi dalam pada masa yang cuba untuk mengawal daripada melakukan maksiat dan berusaha menjadi normal, sebaliknya Islam menghina mereka yang 'memupuk' perasaan homoseksual tersebut dan mereka yang melakukan maksiat (liwat dsb). Maka, andai anda katakan perasaan homoseksual itu timbul semula jadi (tidak boleh dinafikan), anda PERLU mengawalnya. Perasaan itu adalah suatu ujian yang diberikan Allah kepada anda, jikalau anda berjaya kawal, anda adalah orang yang mendapat rahmat Allah. Sekalipun anda tidak kahwin sehingga ke tua, kerana tiada minat terhadap perempuan, tetapi sekurang-kurangnya anda tidak melakukan perbuatan maksiat homoseksual, anda adalah orang yang bertuah, kerana syurga menanti anda.

Anda perlu jejak pada realiti bahawa agama Islam melarang anda melakukan maksiat homoseksual. Jangan cuba berdalih dengan bercerita tentang hak asasi, kebebasan dsb. Usah terpengarauh dengan fahaman orientalis mahupun mereka yang beragama lain. Usah cemari kesucian Islam yang merupakan agam sempurna. Islam mengatur huku atas sebab0sebab yang munasabah. Banyak keburukan andai aktiviti gay ini berleluasa. Usah sampai kita dilakanat Allah seperti mana kaum Lut. tuntutlah ilmu agama yang banyak agar kita lebih memahami. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka bagi mereka yang berusaha.

Sekiranya anda kata, ustaz ustaz, guru guru dan ibu bapa yang menasihati anda itu tidak memahami anda kerana mereka heteroseksual, saya mengaku yang suatu ketika dahulu, saya meminati kaum sejenis saya juga, tetapi saya sedar bahawasanya orientasi seksual dalam agama yang saya cintai, tiada pilihan. Lelaki harus memliki perasaan seksual kepada perempuan sahaja.

Saya memahami diri sya,a saya memahami anda dan saya memahami hakikat penciptaan saya ke dunia ini olehNya.

And kalau mereka kata kejam kerana tiada pilihan dalam hidup, hell you! God gave us this life. That is a choice of Him, and He chose to give you a chance to live. So, sedar sikit lah. Hidup kita ni bukan pilihan kita. Kita diamanahkan untuk menjadi khalifah. So, jalani hidup according to peraturan yang ditetapkan. Ok, aku memang sirap dah naik kepala ni. Harap harap kenduri kahwin karang tak hidang sirap tawar!

Friday, December 17, 2010

Ok, Seriously Aku Memang Dah Menyirap Dengan Ideologi Ini

"If you want to success, be yourself, follow your heart, don't hear what people say about you."

Sesiapa yang agak agak tak pernah dengar atau baca wisdom word macam dekat atas angkat tangan?

Mari kita create a situation. Contohnya engkau nak buat ladang kambing. Engkau memang berkobar kobar. Kemudian, datang 3 4 kerat kawan engkau ornag dan datang dan cakap, "Hek eleh, macam la lepas", "Ah, aok tu dah la pemalas" dan lain lain. Maka, di sini jika engkau dengar orang kata, engkau tidak akan berjaya. Yes, this ideology applies to those who wanted to further career or business or study.

But how about the 'other' situation? Contoh. Saya gay, saya minat kaum sejenis, dan saya akan ikut kata hati saya dan tidak mahu dengar apa orang kata. Ha, macam mana macam mana? A term for it, I called as 'whatever' or 'ada aku kisah?" Eh sial, kalau engkau tak kisah apa yang orang kata pasal engkau, pergi hidup dalam neraka atau kubur la. Sana, engkau hidup sorang sorang, tak payah hirau pasal orang lain.

This emotional writing is a result of reading a blog which support gay. Yes, aku totally anti-gay. Biar aku dibunuh asal aku tidak berfahaman ini. Dengan izin dan kuasa Tuhan, diharapkan agar benda alah ini tidak berleluasa dan menjadi sesuatu yang halal di Malaysia. Even Bilal Bin Rabah pun sanggup dihempap batu hanya kerana menyebut Allah hu Ahad, atau Sumaiyah dibunuh kerana agama. Takkan kita nak mensia siakan perjuangan mereka dengan hanya menyokong gay untuk berlagak moden?

Ok, entri ini bukan khusus untuk mengutuk gay lesbo tetapi juga kepada mereka mereka yang menggunakan istilah hak asasi manusia untuk menghalalkan segala macam. Aku memang berhajat untuk mengulas panjang tentang 'human right' issue ini tapi belum ada daya. In other word, malas.

Tapi here I just wanna petik regarding this gay issue. Mereka mengangkat 'hak asasi manusia' sebagai alasan untuk mereka gay. Katanya, ini adalah hak saya untuk menyayangi sesiapa sahaja. Yes, seperti Adam Lambert punya jawapan semasa ditanya media Malaysia tempoh hari. Eh, hell! We, human, does not have right! Hak kita hanyalah basic necessities, yakni makan pakai tempat tinggal. And untuk mendapatkan hak ini, kita perlu kerja. Takkan datang bergolek. Selain itu, hak hak reasonable seperti pendidikan agama, dilayan seperti manusia dan bukan hamba dan beberapa lagi yang difikir logik adalah hak kita. Tapi mostly, kita mempunyai hak tersendiri kepada alam, haiwan, sesama manusia dan Tuhan terutamanya.

Dan apabila politik hari ini semakin menekankan tentang hak asasi manusia dan kebebasan bersuara, maka the world will end up upside down. Mari aku kasi contoh mudah untuk kau orang fikir. Kalau kau kata tentang kebebasan bersuara. Yes, aku setuju kita ada hak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kepada sistem kerajaan misalnya, atau jalan di kamping berlubang. Tapi bila segalanya adalah bebas untuk disuarakan, maka mulalah perkara sumbang kedengaran. Bersuaralah individu mengatakan dia mempunyai hak untuk menjadi Perdana Menteri. Saya bebas bersuara untuk menjadi gay. Kerana itu hak asasi saya. Hell!

Another situation. Kau pernah tengok video dekat FB pasal a Chinese lady yang menganjing polis melakukan tugas? Aku tak ingat dekat mana aku tengok dan tak ingat sangat exact dialog tapi lebih kurang macam ni. Here how it goes. The lady ditahan kerana melakukan kesalahan lalu lintas. Then, two policemen datang kepadanya. The lady merakam the policemen. Then, police itu bertanya, "Kenapa rakam? Jangan rakam kakitangan awam melakukan kerja tanpa kebenaran" lebih kurang macam tu. Then, perempuan ini menjawab, "Saya bebas melakukan apa saja. Saya ada hak sebagai rakyat Malaysia." Police itu bersabar. Kemudian, police tadi meminta IC dan lesen. Lepas tu, kau orang tahu apa jadi? Perempuan itu jawab, "Saya ada hak untuk tidak memberi my things kepada stranger." Ha, amacam? Kalau kena tahan dengan police, boleh buat gitu? Lepastu, polis itu tulis saman dan suruh perempuan tu sign. Yes, perempuan itu ambik sign tadi dan conteng kertas saman tadi. Bila polis itu marah, the lady jawab, "You're intimidating me. I want my lawyer and sue you in court." Hell! Macam mana? Yes, aku pissed off tapi aku blame politician yang berjanji manis dengan berkata mereka menjanjikan demokrasi dan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara. Sebab itu perempuan tadi berani buat begitu. No, perempuan otu tidak benar kerana dia telah menghina institusi polis, penjaga keamanan negara. Kalau dia menganjing macam tu, dan kepada mereka mereka yang beci sangat dengan polis, cuba fikir apa jadi kalau tak ada polis? Jangan benci polis hanya kerana mereka tidak menyokong parti politik kau.

Ah, kalau kau tak nampak point aku, sorry. I can't make it clearer. I'm just pissed off.

Berbalik kepada ideologi tadi, follow your heart. Kalau aku kata aku idolize Maria Ozawa dan mahu ikut kata hati aku menjadi macam dia, macam mana? That's when the words 'don't hear what people think of you' datang. Kita kena dengar apa yang orang kata tentang kita. Kerana mungkin apa yang dikatakan mereka itu salah yang kita lakukan. Seperti orang kata, eh, kau tak pakai tudung? Yes, it is wrong because tudung is wajib.

Ah, aku makin lost dalam kata kata. Nantilah aku ulas. Tapi, I hope who ever read this get my point.

Nota noti tambahan.
Dore ada post dekat blog dia link blog golongan gay lesbian ni. Bacalah dan renungkanlah dan nak kutuk tu kau orang punye pasal.

Wednesday, December 15, 2010

Review Malaysia VS Vietnam


Ini Roy Azman. Siapa tak kenal angkat tangan?




Tadi Malaysia menang terima kasih sedikit kepada dia kerana bermain dengan agak baik. Walaupun tak skor, kira ok la. Contribution sana sini.




Terima kasih Roy Azman.




Eh, salah ke? Malunyeee I. Auuwww. By the way, steady la Malaysia. Keepit dap.

Tuesday, December 14, 2010

Hari Assyura

Bersamaan dengan 9 dan 10 Muharam esok dan lusa, marilah kita ramai ramai berpuasa sunat dan mengambil peluang untuk menambah amalan. Amalan amalan dan lain lain info boleh baca dekat blog Raby. Sekian, Man United menang! Kahkahkah.

Monday, December 13, 2010

Dubuk Liar VS Ayam Hutan Jantan

Malam tadi, Chelsea lawan Spurs untuk regain back their title bid. Dalam usaha kembali ke landasan perlumbaan kejuaraan liga, mereka bertandang ke White Hard Lane, a real hard stadium for them to win.

Game memang sengit gila. Dan Drogba masuk pada babak kedua untuk mengganas seterusnya berubah menjadi dubuk seperti biasa dan menyerang mangsanya, yakni ayam hutan jantan. Tapi ni ayam hutan beb, mana jinak beb.

Ah, layan gambar. Cakap banyak pun penat. A picture tells thousands of stories.



Selepas menjaringkan gol penyamaan, Drogba menjadi predator...


... seperti binatang pujaannya, hyena @ dubuk liar yang rakus menjamah ayam hutan.




Kemudian pula, Drogba mendapat sepakan penalti, dan bersedia untuk meratah hidangannya...




... tapi apakan daya, instead of dubuk, Drogba is just like his favorite cartoon Hagemaru.





Gambar dicedok sedikit dari Sokernet.

Sunday, December 12, 2010

Review TC Ride KTNFX - F.I.X.T

Makwe itu berlari lari anak ke arah pantai. Di matanya mengalir jejesan airmata. Mengalir perlahan. Sayu hatinya. Hiba. Di tangannya tersimpan satu kepahitan. Dia mengenggam sebak hatinya ditemani hembusan angin malam pantai terkenal Kuantan beserta melodi ombak yang dahsyat gilerrr~

Mata mata anak anak muda sekeliling yang melepak berpeleseran di hadapan KFC hanya memerhati makwe tadi. Hanya memerhati, dengan tanda tanya bermain di hati masing masing. "Kenapa si dia menangis?", "Lawa badan makwe tu" dan "Pergh, makwe menangis tepi pantai" antara persoalan yang diajukan di hati masing masing.

Tiba tiba, berlari seorang lelaki di tengah tengah hiruk piruk anak anak muda tadi dan menuju ke arah makwe menangis tadi. Membawa handbag di sebelah tangan, mukanya juga seperti mahu menangis. Tak macho.

Kemudian, dia menyapa ke arah perempuan menangis tadi. Kelihatan seperti pergaduhan pakwe makwe, merajuk sana merajuk sini, maki sana maki sini, dan aksi hampir berpelukan.

Kerana jarak yang menyukarkan sebarang dialog kedengaran, maka anak anak muda yang ramai ramai tadi berbunyi sesama sendiri mengikut rentak pergaduhan tadi.

"Aku sedih dow, aku kasi pilihan antara aku dengan TC, dia pilih TC dowh..." disambut dengan hilai tawa yang gelak gemalai.

"Aku sedih dow. Aku bagi pilihan antara KFC dengan TC, dia pilih TC dow..." semakin galak dengan ketawa mawa.

"Aku sedih dow. Aku order Original, dia nak Spicy dow..." kahkahkah. Macam cilake.

Rupa rupanya, selain basikal, video comolot KLCC juga mampu menyatukan hati budak budak Kuantan dan budak budak Temerloh. Kahkahkah

Saturday, December 11, 2010

Mungkinkah Taylor Swift dan Gareth Bale Bercinta?


Gareth Bale with his love




And Taylor with hers

Friday, December 10, 2010

Jangan Letak Takdir Sebagai Alasan Kau

Dalam hidup kita ini, kita memang ditakdirkan untuk melakukan kesalahan. Sebenarnya, kesalahan semua tu memang terletak atas bahu kita, jangan salahkan takdir. Kesalah dan kesilapan tu termasuk juga lah kesalahan kecil besar tak sengaja sengaja tersilap dan sebagainya. Sebagai contoh. Kau bawak kereta, kau langgar anak orang. Dalam undang undang, kira kesalahan kau. Mungkin budak tu cross jaaln tiba tiba atau kau tak perasan. Tapi tetapi kira salah satu kesalahan.

Dalam hidup aku, memang berjuta juta kesalahan yang dah aku buat. Ah, memang aku ni jahil sangat. Cuma, belum buat ragut dan minum arak dan hisap dadah dan culik anak orang mintak satu juta je. Oh, hisap rokok pun aku tak. Shisha pun tak.

Namun, dalam banyak banyak kesalahan tu, paling banyak dah tentulah aku buat kesalahan dengan Yang Maha Esa. Tapi dalam kategori dunia, aku rasa aku baru sahaja buat satu kesalahan paling besar dan bodoh dan akan aku sesal sepanjang hidup. Yes, pasal ini mungkin melibatkan masa depan aku. Biarlah rahsia apa kesalahannya. Tapi, dalam kes kes kesalahan yang sengaja dan bodoh dan forgivable, aku letak kesalahan aku dalam kategori unforgivable, and I guess I deserve it. Walau apa pun, aku tetap meminta maaf. Yes, aku tetap minta maaf walaupun aku tahu it is unforgivable. Mari kita anggap aku telah membunuh seseorang lah. Kau mahu maafkan pembunuh kau? Tahap kesabaran ultimatum saja yang mampu, dan aku tahu semua manusia tetap ada had sabarnya. Jadi, aku anggap aku telah mengkhianati had sabar itu dan bertindak bodoh.

Tetap, aku minta maaf.

Bila Mana Kak Limah Dan Husin Balik Rumah

*PERINGATAN*

Jika kau pergi ke wayang panggung untuk menonton filem kelakar, anda salah. Sebab cerita ni seram gila babi nak mampos.

Mana tak seram kalau Hantu Kopek datang dekat kau malam malam dan buat kelakar.

Kahkahkah. Credit gila babi lah dekat Mamat Khalid.

Kahkahkah.

Sumpah. Terbaik. Sumpah ni. Baik kau pergi tengok. Aku bersama lima lagi dickheads dan berjuta juta lagi dalam panggung memang menangis nangis gelak. Walaupun ada dua dickheads yang gelak lambat sikit pasal pergi bantai main snooker dulu dan mengorbankan 10 minit pertama cerita. Haha.

Ok, keduanya. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan untuk result.

Thursday, December 9, 2010

"Boleh Pegang Pegang, Jangan Pandang Pandang"

Gemersik kedengaran suara Suhaimi Mior Hasan diselang seli dengan suara gedik Anna Rafali.

Eyh.

Ke "Boleh pandang pandang jangan pegang pegang"?

Ah, persetan. Sambil aku memerhati nenek nasi lemak sedang membungkus nasi lemak. Tua. Agak agak dalam 80 aku rasa umur dia. Dari aku umur 5 tahun aku berbasikal ke warung dia untuk membeli nasi lemak. Memang true.

Suara Suhaimi Mior Hasan masih berkumandang di radio nenek tadi.

"Macam bodoh."

Sayup nenek tadi bersuara.

"Macam bodoh lagu sekarang," sambil terus mencampak ikan bilis dan kacang dan timun ke dalam nasi lemak berbalut surat khabar tadi. Sambal asing.

Monday, December 6, 2010

Azam

Ok, ini adalah sekuel post sebelum ini. Pertama, aku tertanya tanya. Binatang azam ni apa dia sebenarnya? Dia sama dengan impian tak?

Ok lah. Untuk azam aku yang baru, aku listkan di bawah. Aku ber-decide untuk post dekat blog pasal selepas beberapa belas tahun aku berazam, aku tak pernah ingat pun binatang apa yang aku azamkan.

Senarai azam azam saya:

Azam Tahun Baru Saya

1. Kurus. Ok. Binatang ni memang payah nak capai. Last aku rasa aku kurus Tahun 2007, zaman zaman sekolah SPM. Berat aku pernah lah area area 60-63 kilo. Sekarang 13 tan. Jadi, azam ni memang paling liat.

2. RM 10 ribu. Hm, yang ini, Insyaallah boleh capai kot. Tapi, itu lah. Kena cari bisnes la. Kalau lepas graduate nanti aku sambung kerja ada rezeki, aku try sedaya upaya azam yang satu ini. Caranya? Selain kerja, aku juga merancang untuk duduk rumah mak bapak aku sampai anak ada lapan orang.

3. Kereta. Setakat ini, memang kereta yang aku mahu hanyalah Viva. Ok, kalau kereta impian, antara MyVi Proton Saga gitu gitu saja lah. Pasal untuk mencapai azam no. 2, memang haram aku berangan pakai Toyo Supra.

4. Supra? Memang aku takkan berazam nak beli Supra sepasang. Tapi tengok Will.I.Am shuffle itu hari pakai Supra macam macho jugak. Ah!

5. Rumah? NO!

6. Kahwin? Ok, yang ini memang tak boleh bawa berbual macam benda lain. Hal hal jodoh di tangan Dia. Tapi kalau rasa rasa macam wajib tu, nak buat macam mana kan? Kehkehkeh.

7. Ok, sesat sekejap. Siapa siapa rasa nak jual tanah, atau ada kenalan nak jual tanah, dan nak carikan pembeli, boleh roger sama aku.

8. Lagi azam? Ah, entah. Kau orang tolong cadangkan lah. Boleh?

*Tambahan.

Tadi makwe aku tanya, taknak sambung degree ke? Ok, sepertimana orang orang lain yang duduk tanya aku pasal sambung degree ni. Aku memang malas sambung degree. Pasal nanti sambung lambat kerja. Kerja sekarang dah rare. Macam peti suara. Tapi, itu hari aku ada ter-berborak sama Cikgu Yanti dan Cikgu Rihana, eyh, Rohana. Depa kata, sambung degree bukan untuk kerja, tetapi untuk kemajuan tahap pemikiran. Poh!

Jadi, bergantung pada rezeki, aku mungkin akan kerja setahun, lepastu kalau ada rezeki, aku sambung degree. Rezeki Tuhan belaka. Dan moga rezeki murah, tercampaklah aku untuk sambung ke Australia ke, Zimbabwe ke. Sekian, tolonglah jangan siapa siapa lagi lepas ni hasut aku untuk sambung terus. Aku tahu kalau kerja dulu nanti malas belajar, tapi aku tetap nak cuba.



Peti suara rare. Gambar aku curi dari Nemba. Harap halal Nemba.

Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah kepada engkau engkau semua. Bersempena dengan Maal Hijrah/Tahun Baru ini, mari kita review sedikit azam azam aku yang lepas dan pencapaian pencapaian azam tersebut.

Azam untuk 1423, er, 1432, Masyaallah. Aku tak ingat sebenarnya. Ok lah. Untuk azam tahun lepas, azam aku adalah....

....

....

Ya, aku tak ingat. Biasanya buat azam ni sehari dua je ingat. Tapi pernah aku berazam untuk kumpul RM 1ribu macam tu kot untuk buat saving. Alhamdulillah, tercapai.

Baiklah, untuk azam azam tahunan akan datang, aku target untuk capai RM 10k setahun tak kira datang dari mana. Maksudnya, halal la.

Lagi, azam aku, apa lagi eyh? Ok, aku ada satu azam ultimate - untuk muncul atau sekadar pergi ke Oprah punya show. Tapi dah tak jadi nyata pasal Oprah punya show season ni is the last season. So, tak dapat la pergi.

Next.

Azam lagi. Hm, apa lagi azam aku eyh? Tah. Siapa siapa ada azam nak kongsi, silalah.



Liverpool relegated bukanlah azam aku. Kerana ia adalah azam semua orang. Kahkahkah.

Sunday, December 5, 2010

Taylor Swift


Masa dalam sebulan layan lagu gedik "Romeo take me somewhere we can be along" tu, mula mula rasa la layan. Lepas tu adik aku cakap la lagu dia banyak berfantasi. Ah, tak kesah. Janji dia cantik. Pada aku sangat cantik.

Lepas tu, adik adik aku hasut lagi, katanya dia tak cantik la muka pelik la. Aku rasa muka dia macam ular sikit sikit. Cantik. Tapi bila lama lama depa cakap tak cantik, aku macam terasa jugak dia ni biasa. Ah, tapi masih cantik.

Sehinggalah aku pulang ke Melaka untuk sem baru dalam sem lepas. Aiidir Putra (Edy) duduk menghadap laptop dia gambar Taylor Swift. Biar sampai bergaduh besar dengan awek, janji Taylor Swift cantik, katanya. Aku sokong.

Pang! Keluar dia dekat American Music Award itu hari buat rambut lurus ni, dah tak ada sapa boleh bising. Dia memang cantik!

Ah, aku pun taktau pasal apa aku cerita pasal Taylor Swift ni.

Friday, December 3, 2010

Kuala Lumpur

Pertama tama sekali, aku mahu ucapkan berbanyak banyak maaf kepada dua brader Ashraf Kamal sama Farhan Hanis. Pasal penat penat mereka datang cari aku, tapi aku boleh layan tertidur dekat bilik. Ok, serius Mael, aku tertidur, dan masalah duit tak ada bukan boleh bawak main bila kredit tak ada.

Aku ke KL untuk belajar satu dua hal hal mencari prospek klien, menjaga anak kecil dan mengajar mereka erti naik LRT. So, masa memang agak pack. Jadi, malam pertama tiba, aku roger roger abang dua orang ni ajak tengok Man United main bola lepas seharian bahan Real Madrid kena bantai.

Memandangkan aku tertidur dan tidak berkesempatan jumpa mereka dan menonton bola, selain tak dapat layan borak, aku juga tak dapat layan kena maki pasal Man United dengar cerita teruk kena bantai.

Ok, tinggal cerita mengarut di atas.

Setibanya aku di Kuantan, baru aku dapat online pasal kondo KL tu sebelah bukit, line 3G Celcom ni semput nak panjat bukit. Dan aku dapat baca perkhabaran World Cup punya penganjuran jatuh kepada tangan Rusia 2018 dan Qatar 2022. Aku dah menyendeng nyendeng (meroger roger, bercadang cadang) untuk lepak UK kalau England menang bid 2018 tu. Duduk rumah Lane ke. Tapi dah tak dapat, kena la jenguk jenguk Qatar tu kot lepas. Qatar ni, kecik lagi dari Pahang. Rakyat pun lebih kurang Pahang, dalam 1.7 juta orang gitu. Qatar pun tak pernah lepas World Cup. Jadi, aku syak jugak sikit sikit kalau kalau ada corruption.

Persoalannya, lepas dak agak agak kalau Pahang bid World Cup? Setakat corruption tu, Sultan boleh setel kot.