Friday, December 24, 2010

Legenda Liverpool Diperkotak Katikkan

Rafael Benitez telah dipecat. Yes, pemecatannya adalah hasil daripada kemenangan FIFA World Club Cup.

Kenapa jadi begitu? Kenapa selepas memenangi piala, beliau dipecat?

Menurut seorang penganut Liverpool yang telah murtad agama Liverpoolnya dan beralih kepada Blackpool, dia difahamkan sumber boleh dipercayai dari Inter Milan beranggapan, Liverpool punya prestasi down teruk selepas memenangi Champions League beberapa tahun sudah. Jadi, Massimo Moratti merasakan bahawa Benitez berpotensi untuk mengulangi pencapaiannya menjatuhkan prestasi Inter Milan pula kali ini. Lalu, fired!

Khabar angin di Britain berlegar legar mengatakan bahawa peminat Liverpool sudah muak sama Roy Hodgson dan mahukan Rafa Beni kembali kerana hanya Benitez sahajalah yang mampu mengembalikan dan menggunakan Lucas Leiva pada tahap yang paling mengagumkan. Lucas adalah pemain kesayangan peminat Liverpool, khususnya di Malaysia. Malah, mereka menganggap Lucas adalah sehebat Kevin Keegan dan Azman Adnan.

Kahkahkah.

No comments:

Post a Comment