Friday, September 16, 2011

You Are Here For What You Did Yesterday

Kadang kadang kau hilang sesuatu arah atau tuju, dan kau sudah tidak tahu hendak ke mana. Bukan sebab kau tak nampak kiri kanan, tapi mungkin sebab terlalu bersedih dan memikir akan jalan yang hilang tadi.

Kemudian, kau terjumpa satu penunjuk jalan. Ya, dia datang dan mahu membimbing kau menuju satu jalan. Di hujungnya ada satu kehidupan. Sudah alang alang kau juga sedang tidak berjalan dan masa berlalu, maka kau pun ikut si penunjuk jalan itu tadi.

Dan kau laluilah jalan jalan kau bersamanya. Di sepanjang jalan, banyaklah perkara kau dan dia lalui. Melihat alam. Merasai flora fauna. Senyum riang menangkap gambar. Dan ini adalah satu jalan untuk menuju satu pengakhiran.

Tapi sedang dalam perjalanan, terhenti di tengahnya, kerana sang penunjuk jalan perlu bertapa sebentar untuk mengaji memenuh dada dengan ilmu Tuhan dan alam. Tapi dia masih tetap sebagai penunjuk jalan. Cuma, perhatiannya kepada kau tidak seperti dahulu. Penuh masih penuh, tapi ada juga pertapaannya yang perlu dia dalami dan tumpu.

Dan kau pula, terlihat satu simpang di jalan ini. Dan mungkin, ada sang penunjuk jalan lain, yang mungkin boleh memberi kau semula perhatian tadi. Menemani kau semula sehari semalam. Sepurnama lamanya mungkin. Ya, mungkin. Jalan ini belum pasti, yang mana kau mungkin jumpa apa yang kau cari, atau kau kembali sesat dan hilang arah tuju semula.

Maka, jalan manakah yang kau pilih?

2 comments:

  1. Maka, bg sy, jalan yg bakal dipilih oleh "kau" itu mungkin lg satu sang petunjuk jalan yg ketiga, yg mungkin akan lebih membahagiakan "kau" tersebut. Sang petunjuk jalan yg pertama mahupun yg kedua harus redha dgn ketentuan Allah, mungkin ini yg terbaik buat "kau" dan sang-sang petunjuk jalan. Inilah yg dipanggil kehidupan. Ada turun naiknya, ada bahagia sengsaranya.

    ReplyDelete
  2. If i were you, i won't choose any of them. Baik pergi bertapa penuhkan dada dgn ilmu Tuhan dan alam. Lepastu, tuhan akan tunjukkan jalan. Hehe

    ReplyDelete