Statistik. Cukup data dan fakta. Dan markah bawaan (baca: carry mark) yang saya dapat tak sampai separuh. Ya, tak sampai 20 pun. Brilliant? Terima kasih. Saya ingat Tuan Haji Statistik tak perasan bahawa saya tidak menghantar semua kuiz, test, assignment dan diri saya ke kelas seperti yang sepatutnya. Saya silap. Tapi, biasa kawan kawan akan kata, kalau silap, cuba lagi di lain kali. Mahu suruh saya mencuba lagi menduduki kertas ini semester depan? Kamu berhajat (baca: you wish)! Cubaan itu ada juga terlintas dalam kepala saya sebelum kertas semalam, seiring dengan cadangan berhenti belajar, kerja KFC, kumpul duit 20ribu dan kahwin, sebab jika saya duduk pun kertas itu, belum tentu lulus, bukan? Lebih baik tidak duduk terus, sekurang kurangnya jika saya harus duduk lagi semester depan, saya boleh membuat alasan sengaja tidak mahu menjawab kertas tempoh hari. Tetapi, ada seorang kawan saya yang sangat bijaksana menghulur cadangan yang jauh lebih bernas berbanding cadangan cadangan tadi.
Kawan bijaksana: Ala, markah bawaan per 40 sahaja. Ada lagi 60 untuk final. Cuba kamu usaha sungguh sungguh, kalau kamu betul semua (60/60), kamu masih boleh dapat A!
Terima kasih kawan yang bijaksana. Sekarang kamu telah meletak tekanan untuk saya betul semua terhadap kertas yang saya tidak pernah pergi kelas. Tertekan sungguh masa menjawab semalam. baru saya tahu perasaan Benitez sekarang. Sudahlah, saya mahu membuang tekanan sebentar dengan kawan saya. Ozawa!
P/S: Sora Aoi, Sasha Grey, Paris Hilton, Britney Spears, Gee Generation. Oh, saya mengerti erti perkahwinan.
No comments:
Post a Comment