Friday, November 6, 2009

Hidup Ibarat Roda

Chelsea.

Ya, memang tidak dapat dinafikan, di bawah kendalian Don Corleon Ancelotti, mereka bermain satu permainan yang sangat menarik. Defensively terrific, plus with outstanding attacking display. Lampard, Deco, Anelka dan The Drog. Dan formasi berlian yang digembar gemburkan kelihatan agak menjadi, walaupun ianya bukan sesuatu yang baru untuk dikaitkan dengan Pride of London ini sejak Abramovich took over the club. Kalo dah duit banyak, memang mainannya berlianlah. 2 kekalahan musim ini, Wigan dan Aston Villa bukanlah kerana persembahan yang teruk sangat. Wigan, Petr Cech dibuang padang, bermain 10 orang, Wigan mengambil peluang sebaiknya. Lawan Aston Villa pulak, kalah sebab set-piece. Corner kick. Ok, kalah tetap kalah, tetapi penguasaan di padang juga sangat penting, dan Chelsea di ketika ini sangat mendominasi bola di padang.

Arsenal.

Sekali lagi untuk ke sekian kalinya, Wenger seperti biasa meletakkan kepercayaan terhadap pemuda pemuda beliau, ya, dengan erti kata lain, duit tak banyak sangat nak buat beli berlian. Tetapi, beberapa pembelian seperti Arshavin dan Vermaelen memang membuahkan hasil. Fabregas, fuh, taubat dia ni memang terer. Umur baru 21, lebih kurang Pipiyapong la kire kan? Tapi, da boleh jadi playmaker-sumber inspirasi-kapten-poster gadis gadis, ya, macam Pipiyapong juga. Cuma, ya lah, darah muda. Kadang kadang tak konsisten sangat. So, kalo stick together 2 3 years more, memang team ni gempak. Tapi, juga seperti Pipiyapong, kerja setahun 2, tukar angin. (Jari dihulurkan sepuluh memohon ampun kepada abang Pipi yang hensem Masyaallah). Apa apa pun, permainan futsal Arsenal memang menghiburkan.

Manchester United.

Haha. Ini memang bunyi akan bias gila la. Sejarah cukup kuat, terutama sejak Sir Alex The Lion (Madagascar) Ferguson ambil alih 1986 dahulu kala. Prestasi semasa? Sejujurnya, melihat MU main memang mendebarkan pasal kadang kadang macam apa je. Asal Big Four, mesti berdebar. Apa gila tak berdebar kena tinggal satu kosong lawan Arsenal dulu tu? Nasib baik Abou Diaby tu memang kecik kecik bercita cita bermain bersama MU dan menjaringkan gol untuk mereka. Terima kasih Abu Dhabi. Kalah lawan Liverpool? Huh, memang hilang punca jugak lawan itu hari. Dah lah aku boleh tersalah lepak Mapley Scouser. Nasib baik takde orang tau aku Mancunian time tu. Tapi, Lady Luck sentiasa bersama kami, er, MU mungkin. Mourinho siap pernah cakap that God is an MU fan. Gila tol beliau. Penghijrahan Ronaldo juga sememangnya memberi kesan. Tapi, Ronaldo dengar cerita tengah cedera parah tu. Jadi, 80juta untuk kecederaan. Terima kasih Florentino Perez Hilton.

Dan akhir sekali, Liverpool.

Hm...season pertama, menang Champions League. Kedua, FA Cup. Er, maaf, ada lagi tak? Tak ada sumber. Kalah, kalah, kalah, hm, menang lawan MU (yes, we are a league challenger), kalah lagi, kalah lawan Fulham (title and trophies does not mean a success). Hm, jadi, kemenangan UCL dan FA Cup kamu bererti kamu kalah, begitu ke Encik Rafa? Teori kekalahan season ini kamu boleh rujuk ini, tetapi teori saya pula, Real Madrid akan membayar Liverpool 10juta untuk membawa Rafa ke Real Madrid. Mengapa? Hati beliau di sana kerana:

1. Bekas jurulatih kelab remaja. Jadi, untuk dinaikkan pangkat menjurulatih pasukan utama dengan kelibat Kaka, Ronaldo dan Guti yang tak pindah pindah tu, memang menjadi satu honor untuk beliau.
2. Berjaya di Valencia dan Liverpool bersama seorang pemain, kesayangan beliau: Xabi Alonso. So, setelah Alonso mengikut beliau ke 2 buah kelab sebelum ini, apa salahnya beliau membalas budi dengan mengikut Alonso pula kan?
3. Sebab ketiga..er, tah, aku dapat rasakan Rafa dah tak suka duk Merseyside tu. Dia rindu tengok matador kot.

Jadi, kesimpulan saya, siapa nak ikut saya tengok Pahang main kat stadium nanti? Burger kat stadium darul makmur tu sedap betol.

2 comments:

  1. Miera; Hidup Chelsea!!!!
    Khamisah: Hidup Liverpool!!

    Hahahah..=)

    ReplyDelete
  2. gua ada dengar radio pagi semalam..dia cakap mungkin guus hiddink ganti benitez..wallahualam

    ReplyDelete